Aida Kamalia Diterbitkan 16 May 2019

Cacar Monyet – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Cacar Monyet – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Apabila tular berita yang mengatakan cacar monyet sudah berada di Singapura, sememangnya berita ini mengejutkan semua rakyat tempatan. Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan menerima satu kes import jangkitan cacar monyet membabitkan seorang rakyat Nigeria yang tiba bulan di Singapura untuk menghadiri sebuah bengkel.

Lelaki yang berumur 38 tahun ini dikatakan pulang ke kampungnya di Nigeria untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan, dimana dipercayai memakan makan daging liar  kemudian mengalami simptom-simptom cacar monyet apabila tiba di Singapura. Namun, lelaki ini sudah pun dikuaratin bersama 23 orang terdekatnya.

Sebelum itu, tahukah anda apa itu penyakit cacar monyet ini? Adakah ia penyakit berjangkit sesama manusia atau pun tidak?  Kita lihat di bawah!

Apa Itu Cacar Monyet

Cacar monyet adalah penyakit yang disebabkan oleh virus dari bintang liar seperti monyet, tikus Gambia dan tupai. Penyakit ini boleh berjangkit melalui darah, air liur, cairan tubuh dari binatang yang sudah pun dijangkiti virus, atau anda memakan daging binatang liar ini.

Walaupun ia mampu berjangkit dari manusia ke manusia, tetapi  peratus sangat jarang berlaku.

Simptom-simptom cacar monyet

  • Demam
  • Lesu badan
  • Sakit sendi
  • Menggigil
  • Keluar gelembung nanah

Ada ubat ke?    

Untuk penyakit cacar monyet ini, memang tiada penawar bagi pesakit yang dijangkiti cacar monyet ini. Ini kerana ia mampu baik dengan sendiri, dan mungkin mengambil masa selama 6 hingga ke 16 hari, atau pun hingga 20 hari. Untuk pengetahuan anda semua juga, penyakit cacar monyet ini tidak membawa maut.

Kesimpulannya, walaupun peratus untuk berjangkit sesama manis sangat rendah, namun penting untuk kita berjaga-jaga setiap masa dan untuk berhati-hati ketika memilih makanan yang tidak diragui kebersihannya. Sentiasa berwaspada ya!