Penjagaan Kulit Untuk Kawasan Sekitar Mata
Mata digelar sebagai jendela jiwa. Jadi salah tak kalau saya sebut kulit di sekitar mata adalah langsir kepada jiwa? Ok, tidak kelakar. Namun ketahuilah kulit mata yang sebam, kusam dan berkedut boleh membuatkan anda kelihatan lebih tua sebelum waktunya. Ikuti langkah di bawah untuk penjagaan kulit sekitar kawasan mata agar anda tampil segar dan menawan.
Gunakan Krim Pelindung Matahari Pada Siang Hari

Ramai yang menggunakan krim pelindung matahari tetapi tidak menggunakannya dengan betul. Krim pelindung matahari mestilah dipakai di kawasan mata untuk melindungi kulit di kawasan ini daripada kerosakan UV yang seterusnya menyebabkan kulit menjadi gelap, kering dan tampak tua. Gunakanlah krim pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF30 walaupun anda bersolek.
Bersihkan Kulit dengan Pencuci yang Lembut

Kulit di kawasan sekitar mata adalah nipis, lembut dan sensitif. Oleh yang sedemikian, ia mestilah dibersihkan dengan lembut. Penggunaan eye make-up remover sangatlah digalakkan untuk menanggalkan solekan dan krim pelindung matahari. Jangan tonyoh dengan kasar, dan gunakan kapas muka untuk menanggalkan kotoran atau solekan dari kawasan mata.
Pastikan juga anda menggunakan mild/ gentle facial cleanser dengan urutan yang lembut ketika mencuci kulit. Harsh cleansers hanya mengeringkan kawasan mata yang membuatkan mata kelihatan berkedut akibat kehilangan lembapan.
Pakai Krim Pelembap

Kulit di kawasan sekitar mata memerlukan krim pelembap khas. Ini adalah kerana krim wajah adalah terlalu rich untuk kulit kawasan mata yang nipis. Tidak ada istilah terlalu awal untuk menggunakan krim mata, namun gunakan produk yang bersesuaian mengikut usia anda.
Untuk anda yang berusia sekitar 20-an sehingga 30-an, dapatkan krim mata yang mengandungi asid hyaluronik. Bagi anda yang risau dengan penampilan garis halus atau kedutan, bolehlah menggunakan krim mata yang mengandungi peptide (buat mereka yang berusia 20-an hinggan 30-an) atau retinol (buat mereka yang berusia 30an ke atas atau mempunyai kulit matang) pada waktu malam.
Tips penting: pakai krim pelembap mata di sekitar orbital mata, bukan kawasan bawah mata sahaja.
Gunakan Eye Mask

Eye Patch Mask sangat sesuai digunakan untuk memberikan plumping effect untuk kulit di sekitar kawasan mata. Ia sesuai digunakan sebelum anda mengenakan solekan atau digunakan pada waktu malam dalam rutin penjagaan kulit. Ia mampu membuatkan mata tampil segar dan anda kelihatan seolah-olah telah rehat dengan cukup.
Ikuti Gaya Hidup yang Sihat

Merokok, tidur yang kurang, makan makanan yang tidak sihat dan seimbang juga boleh menyebabkan kulit di sekitar mata tampak lebam, kehitaman, berkedut, tenggelam dan/ atau puffy. Anda digalakkan untuk:
- Tidur malam yang cukup antara 7 hingga 8 jam setiap malam, bergantung kepada keperluan badan masing-masing
- Menghidrasi diri sebaiknya, sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari
- Memakan makanan yang seimbang dan kaya dengan antioksida, dan omega-3 fatty acid. Lebihkan pengambilan sayuran hijau serta buah-buahan.
- Bersenam untuk memastikan peredaran yang baik dalam badan yang sekaligus membantu untuk mengatasi isu puffiness
Langkah di atas bukan sahaja dapat memberikan anda mata yang cantik, segar bermaya, malahan baik untuk kesihatan anda secara keseluruhannya.
Sambil kita menjaga kulit, penjagaan kulit sekitar mata janganlah diabaikan. Semoga artikel ini memberikan anda sedikit sebanyak panduan untuk tampil dengan mata yang lebih cantik berseri.