Carian
Ikuti Panduan Dari LinkedIn Untuk Carian Kerja Khas Buat Graduan Baru
May 17, 2019 Lina Rosli

Ikuti Panduan Dari LinkedIn Untuk Carian Kerja Khas Buat Graduan Baru

Jika kita lihat hari ini, terdapat ramai individu termasuk para graduan universiti yang berpusu-pusu mencari dan ingin mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan yang mereka perolehi. Masing-masing berlumba-lumba dalam mempamerkan bakat dan kredibiliti dalam mencuba nasib bagi menempatkan diri dalam industri pekerjaan. Menerusi LinkedIn, para graduan boleh membuka akaun di rangkaian profesional dengan berkongsi tips untuk membantu mereka menerajui setiap langkah di alam pekerjaan. Bukan itu sahaja, ia juga turut menghubungkan para graduan dengan pilihan syarikat yang bersesuaian dengan kualiti dan kelayakan yang mereka miliki sekaligus membantu dalam membina kepercayaan dan kredibiliti seseorang.

1. Serlahkan diri melalui profil digital

Bila sudah menghampiri semester akhir, mesti anda akan sibuk dalam mengemaskini profil dan resume berkenaan diri. Selain resume biasa, anda juga boleh mengemaskininya pada akaun digital seperti LinkedIn. Di LinkedIn anda boleh berkongsi pelbagai maklumat mengenai diri, kemahiran, pembelajaran dan pengalaman yang menjadikan anda unik. Lebih daripada sekadar resume, profil LinkedIn dapat membantu anda dalam menonjolkan bakat dan kemampuan diri kepada perekrut di LinkedIn setiap hari melihat ketika melihat profil anda.

2. Kemahiran dan pengalaman atas talian

Sijil yang anda miliki bukan penentu sesuatu kejayaan. Tapi, Ijazah atau kelayakan yang lain membantu anda membuka peluang untuk mendapatkan pelbagai jenis pekerjaan di luar. Sekiranya terdapat kemahiran baru yang anda ingin pelajari atau baiki, platform atas talian seperti LinkedIn dapat membantu anda memulakan perjalanan. 

man holding tablet computer

3. Terokai peluang pekerjaan di LinkedIn

Di internet, terdapat pelbagai website pekerjaan yang anda boleh rujuk untuk mencari kerja. Oleh itu, anda perlu merebut peluang yang anda peroleh di website tersebut termasuk di LinkedIn. Dengan kesempatan yang ada, anda boleh menapis carian anda mengikut kelayakan, industri, fungsi dan pengalaman untuk mencari pekerjaan yang sesuai untuk anda. Menemui pekerjaan baru di LinkedIn akan menjadi lebih mudah dengan melakukan carian melalui ‘Job Title’ dan ‘Job Announcement’.

group of graduates throwing academic hats

4. Berhubung dengan komuniti

Di dalam komuniti LinkedIn, terdapat ribuan orang yang mempunyai latar belakang pendidikan dan pekerjaan yang berbeza. Oleh itu, anda boleh berinteraksi di dalam komuniti sekaligus menonjolkan kredibiliti diri secara professional kepada mana-mana syarikat atau perekrut yang berminat.  

5. Menunjukkan imej yang baik

Mengenali latar belakang dan cara kerja sesebuah syarikat dapat membimbing anda dalam mendapatkan pekerjaan yang diingini. Menerusi maklumat di laman web dan LinkedIn syarikat, ia menempatkan sumber-sumber dan informasi atas talian lain yang sedikit sebanyak membantu dalam mempelajari gaya hidup pekerja di sesuatu tempat kerja selain membantu anda menunjukkan imej yang lebih baik.

_______________________________________________________________________________________

Untuk anda yang sedang mencari kerja, di harap dengan perkongsian di atas, ia dapat membantu anda dalam mempersiapkan diri dengan segala informasi dan maklumat dalam carian kerja. Platform atas talian, LinkedIn, bukan sahaja menghubungkan anda dengan pilihan syarikat yang bersesuaian, malah ia juga membantu dalam membina kredibiliti individu sebelum masuk ke alam pekerjaan. Oleh itu, semoga dengan panduan di atas, ia dapat membantu anda dalam mendapatkan kerja impian anda. Selamat mencuba!

Komen