Tempah Tempat Penginapan Anda Menerusi Aplikasi OYO Lite

OYO Hotels & Homes merupakan satu rangkaian tempat penginapan yang menyediakan hotel, rumah dan ruang kediaman mampu milik kepada para pengembara di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Bagi memudahkan para pengembara untuk menempah tempat penginapan sewaktu percutian, OYO kini hadir dengan satu aplikasi baru, iaitu OYO Lite yang mana ia membantu pengguna mendapatkan ruang ideal mereka dengan lancar. Ia merupakan sebuah versi ringkas untuk aplikasi pengguna OYO yang membawakan saiz storan yang lebih kecil, iaitu 800KB berbanding aplikasi OYO versi sebelum ini.
Menerusi penawaran aplikasi ini, pengguna boleh mendapatkan segala maklumat dan informasi mengenai sesebuah hotel atau ruang idaman yang disuaikan berdasarkan kriteria pilihan pengguna. Bukan itu sahaja OYO Lite juga direka untuk mengoptimumkan masa interaksi pengguna dan menawarkan pengalaman yang lancar sewaktu melakukan tempahan bilik.
Selain itu, OYO turut hadir dalam menawarkan penginapan berkualiti dan pada harga berpatutan di hujung jari dengan memanfaatkan teknologi yang ada. Malah, aplikasi OYO Lite ini juga dilengkapi dengan butang SOS yang terbina pada perisian yang mana membolehkan tetamu menerima bantuan apabila berlaku kecemasan. Dengan ini, pengguna akan menerima bantuan dengan lebih mudah dan pantas daripada kakitangan hotel serta menerima manfaat kepakaran Pasukan Respons Keselamatan OYO (SRT) 24-jam yang dilatih khas, dan juga membuat panggilan kepada pihak penguatkuasa undang-undang tempatan.
Kesimpulannya, aplikasi ini merupakan satu langkah inisiatif dari OYO Hotels & Homes dalam membantu individu dan para pengembara membuat perancangan perjalanan saat akhir dengan mudah tanpa gusar terhadap keadaan rangkaian telekomunikasi dan kesediaan penginapan berkualiti.
Muat turun : Aplikasi OYO Lite di Play Store