Aida Kamalia Diterbitkan 21 May 2019

Tabiat Mengorek Telinga, Mengundang Risiko! 

Tabiat Mengorek Telinga, Mengundang Risiko! 

Mungkin masih ada yang berpendapat, anda seharusnya membersihkan telinga setiap minggu atau dua minggu sekali untuk membuang tahi telinga yang terdapat di dalam telinga. Malah ada yang lebih teruk apabila seseorang sudah menjadi rutin harian untuk korek telinga sebaik sahaja selesai mandi, katanya sudah terbiasa! Sama ada menggunakan cotton bud, atau pun menggunakan peralatan besi khas untuk megeluarkan tahi telinga. Namun tahukah anda sebenarnya tindakan membersihkan telinga atau mengorek telinga ini sangat berisiko untuk medapat jangkitan kuman dan berbahaya? Jadi perlu atau tidak korek telinga ni? Teruskan membaca ya! 

Image result for ear wax cleaner

 

 

Apa itu earwax

Telinga kita mengeluarkan earwax bertujuan untuk mengelakkan habuk atau bendasing masuk ke dalam telinga terus ke saluran telinga. Earwax yang melekit ini sebenarnya bertindak sebagai agen untuk melembabkan telinga anda, jika tiada earwax, telinga aka berasa kering dan gatal. Ianya normal dan menunjukkan badan berfungsi dengan baik apabila telinga mengeluarkan earwax ini. Sebenarnya, telinga anda boleh membersihkan telinga dengan sendiri tanpa memerlukan sebarang bantuan. 

 

Bagaimana? 

Telinga anda dapat mengeluarkan tahi telinga dengan sendiri dan anda tidak perlu mengorek. Ini terjadi apabila anda mengunyah dan menggerakkan rahang, ia akan memindahkan tahi telinga atau earwax ke bahagian luaran telinga. Lama kelamaan, ia akan berada di bahagian luar telinga dan anda boleh lap sahaja earwax ini. Oleh itu, peralatan seperti cotton bud atau besi korek telinga tidak diperlukan untuk mengeluarka tahi telinga. 

Risiko 

Bercakap tentang risiko mengorek telinga, ianya berisiko tinggi untuk mendapat penyakit lain. Apabila anda memasukkan cotton bud atau besi, anda mungkin akan menolak tahi telinga ini lebih dalam ke saluran telinga, menjadikan ear wax ini lebih sukar untuk keluar, dan mungkin akan menjadi tersumbat. Apabila telinga anda sudah tersumbat, ia akan menyebabkan kesakitan atau mungkin gegendang telinga luka, dan lebih teruk lagi, anda mungkin boleh hilang deria pendengaran!

 

Cara bersihkan telinga 

Untuk membersihkan telinga jika anda berasa tidak selesa atau merasakan earwax terlalu banyak, cukup sekadar membersihkan pada bahagian luaran telinga menggunakan kain basah, atau tisu basah. Titikkan baby oil untuk melembutkan tahi telinga, kemudian lap menggunakan tisu basah untuk keluarkan earwax tadi. Tapi anda harus berhati-hati ya, jangan masuk ke bahagian dalam telinga! Cukup sekadar membersihkan bahagian luaran sahaja. 

Kesimpulannya, ada tahi telinga di teinga bukan menunjukkan seseorang itu pengotor, tetapi badan berfungsi dengan baik! Jika anda mempunyai tabiat mengorek telinga ini, diharapkan dapat tinggalkan tabiat buruk ini, bukan sahaja tidak perlu, malah mengundang bahaya. Jangan buat ya! 

 

Rujukan : WebMD