norzalia Diterbitkan 21 May 2019

Dalca Tulang Lembu

Dalca Tulang Lembu

Semalam terajin ke Mydin Pulau Sebang. Bermacam macam ada discount di Mydin sempena bulan Ramadhan ini. Lebih kurang setengah jam dalam Mydin, teragak untuk mencari tulang lembu untuk di buat kari. Bahagian frozen betul betul ngam ada tulang lembu. Rembat ajerla untuk menu berbuka petang nanti. Asalnya plan untuk buat kari berkesudahan mencari Dalca Tulang Lembu. 

Joom try resipi Dalca Tulang Lembu. 

Dalca Tulang Lembu
(untuk 6pax)

Bahan A (direbus sehingga empuk daging nya senang relai dari tulang selama 3 jam. Sekiranya ada keberanian menggunakan pressure cooker, silakan lagi mudah yea.)
1.5kg Tulang Lembu 
250gm Daging Lembu 
(Air rebusan jangan dibuang untuk digunakan semula nanti)

Bahan B (1) (Dicincang halus)
6ulas Bawang Merah Rose
2biji Bawang Merah Besar
8ulas Bawang Putih
2inci Halia 
2batang Serai (diketuk)

Bahan B (2) (digaul rata)
3 susu besar Rempah Kari Daging 
2 sudu besar Rempah Kari Ikan 
2 sudu besar cili kering kisar halus (mengikut tahap kepedasan)
4 sekawan untuk tumisan

Bahan C
300gm Kacang Dhall (direbus)

Bahan D
600gm Santan 

Sayuran Sampingan
2biji Terung Panjang
100gm Kacang Panjang
2 biji Kentang (potong dadu)
2 biji Bawang Besar (potong Wedges)
1 biji Carrot (potong Julliene atau bunga untuk cantik)
2 biji Cili Merah
2 biji Cili Hijau (saya suka gantikan dengan cili padi untuk menambah sedikit rasa pedas)

Garam dan secubit gula

Method
Panaskan minyak dan masukkan 4 sekawan dan bahan B(1) yang dikisar, tumiskan sehingga layu dan wangi. 
Masukkan bahan B(2), dan masak sehingga naik minyak dan garing. 
Setelah garing masukkan air rebusan daging dan tulang lembu dan biarkan agak mendidih sebelum masukan daging. Kemudian masukkan kacang dhall yang telah direbus bersama santan dan dikacau perlahan sehingga santan masak dan boleh dimasukkan kentang dan juga carrot, kemudian setelah agak empuk, tambahkan sayuran sampingan yang lain dan diperasa kan garam dan sedikit gula. 
Boleh dihidangkan bersama nasi panas, roti jala, roti canai dan pelbagai jenis roti termasuk roti putih. 🙂

Selamat Mencuba… !