Ikuti Tips Ini Sebelum Membeli Baju Raya Di Platform Atas Talian

Kini kita sudah berada pada minggu-minggu akhir Ramadan, jadi pasti ramai yang sudah sibuk mencari kelengkapan dan baju untuk raya. Bagaimana dengan tema raya anda tahun ini? Sudahkan anda menetapkan warna apa yang ada akan peragakan untuk lebaran kali ini? Ataupun anda masih lagi sedang mencari warna yang sesuai di butik-butik atau kedai-kedai atas talian?

Jika kita lihat di kedai-kedai atas talian atau online sekarang, terdapat bermacam-macam rekaan, warna dan corak yang boleh anda pilih untuk persalinan raya anda. Pelbagai jenis baju raya yang boleh anda masukkan ke dalam list termasuk baju kurung, kebaya nyonya, kebarung, kain pario, baju kurung kedah dan banyak lagi. Namun, apabila membeli di laman e-dagang, pasti akan ada risiko yang perlu anda ambil kira bagi mengelakkan baju yang anda beli tidak seperti yang dinyatakan di butik online tersebut.

Antara panduan yang boleh anda praktikan adalah:

1. Semak ukuran saiz yang dinyatakan

Pastikan anda semak dahulu ukuran saiz untuk baju pilihan anda. Ini adalah perkara asas dalam pemilihan sesuatu barangan yang melibatkan saiz sewaktu pembelian secara atas-talian. Hal ini kerana, setiap jenama atau rekaan dan potongan baju mempunyai saiz yang berbeza. Kebanyakan butik pastinya akan mempamerkan ukuran saiz yang berlainan untuk setiap jenis rekaan. Oleh itu, anda tidak boleh menganggap saiz baju anda sama untuk setiap jenama.

assorted tape measures

2. Ketahui material yang digunakan

Kebiasaannya waktu hari raya pasti kaum perempuan akan sibuk untuk menyediakan makanan, melayan tetamu atau mungkin juga sibuk membasuh pinggan mangkuk di dapur. Jadi, material yang selesa sudah semestinya perlu menjadi salah satu faktor yang anda perlu ambil kira sewaktu memilih baju. Oleh itu, periksa material baju dahulu sebelum anda klik butang checkout.

3. Bandingkan harga antara butik

Selain saiz dan material, harga juga menjadi faktor utama ketika memilih baju raya. Menjelang syawal yang bakal tiba ini, terdapat banyak butik online yang mengadakan promosi secara besar-besaran. Tidak kira jenama besar atau biasa, masing-masing tidak mahu lepaskan peluang untuk mempromosikan rekaan raya mereka. Termasuk FashionValet yang memberikan diskaun kepada para pelanggan sebanyak 15% mengikut tema pada minggu tersebut. Tidak lupa juga Zalora yang memberikan diskaun 25% dan penghantaran percuma kepada pelanggan baru selain diskaun-diskaun lain untuk setiap jenama pakaian raya. Jadi, buatlah pilihan bijak untuk baju raya anda!

4. Padankan rekaan baju dan bentuk badan anda

Mengapa anda perlu padankan dulu sebelum beli? Hal ini bagi mengelakkan baju yang dibeli tidak sesuai dengan bentuk badan anda. Mungkin anda telah memilih baju mengikut saiz ukuran yang sama dengan anda, namun ia tidak menjamin baju yang dipilih adalah sesuai untuk anda. Jika anda memiliki bentuk badan plus size, elakkan daripada membeli baju kurung yang mempunyai potongan yang lurus atau straight cut kerana potongan ini akan membuatkan badan ada kelihatan lebih besar, selain ia adalah lebih sukar untuk anda sarungkan. Berbeza dengan potongan kurung pahang atau lebar di bawah, ia akan menjadikan si pemakai kelihatan lebih ramping serta ia adalah lebih mudah untuk digayakan.

5. Periksa perincian kecil pada baju

Kadangkala, apabila anda beli online pasti akan ada perincian yang mungkin anda akan terlepas pandang. Sebagai contoh, kedudukan butang atau zip pada baju yang mungkin tidak sesuai dengan si pemakai. Bagi ibu yang mengandung, mungkin perincian seperti ini perlu dipandang serius sebelum membeli. Tidaklah nanti ia menjadi satu constraint untuk anda melakukan sesuatu aktiviti. Untuk anda yang mungkin ada anak atau adik kecil, baju yang mempunyai labuci atau aksesori pada baju mungkin agak tidak sesuai dijadikan sebagai pilihan baju raya anda. Lebih baik jika anda memilih rekaan atau corak yang lebih minimal atau kids-friendly.

6. Perbezaan warna di gambar dan realiti

Seperti biasa, perkara ini kerap berlaku apabila anda beli baju di mana-mana platform e-dagang. Kadangkala warna baju yang sampai selepas penghantaran tidak sama dengan warna yang ditunjukkan di dalam gambar. Oleh itu, sebelum membeli mungkin anda boleh baca dulu respons atau maklum balas dari pelanggan sebelum ini mengenai material atau warna baju. Melaluinya, anda boleh membuat perhitungan sebelum meneruskan pembelian untuk baju tersebut.

____________________________________________________________________________________________

Jadi, sudahkah anda bersedia untuk mendapatkan baju raya pilihan anda? Semoga dengan  perkongsian tips dan panduan membeli baju raya secara online ini dapat membantu anda membuat pilihan yang bijak sekaligus memeriahkan lagi sambutan hari raya anda tahun ini. Jadi apa tunggu lagi, mari dapatkan baju raya pilihan anda hari ini!