Senarai Checklist Barang Bayi Yang Perlu Anda Bawa Untuk Hari Raya Nanti
Sudah tiba masanya untuk para ibu di luar sana memikirkan tentang perkara yang berat ini, lebih-lebih lagi untuk ibu yang pertama kali nak balik raya bersama anak pertama ini. Sememangnya mencabar juga ya, para ibu haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk balik ke kampung! Bukan apa, memang anda pernah sahaja pulang ke kampung pada hari biasa, tetapi ibu-bapa disini harus ingat, suasana pada Hari Raya Aidilfitri nanti berbeza dari hari biasa! Saudara-mara tidur di kampung, bunyi mercun yang sangat bising pada waktu malam serta riuh dalam rumah itu sendiri, yelah sudah berkumpul adik-beradik pasti banyak yang ingin bercerita!
Tidak mengapa, pada waktu raya ini lah kerjasama antara suami isteri sangat penting untuk tolong satu sama lain. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai bayi kecil, yang mana memerlukan perhatian yang penuh serta penjagaan yang lebih rumit. Untuk pack barang bayi anda nanti, semuanya bergantung pada perjalanan dan di mana anda akan duduk semasa pulang raya. Perjalanan yang jauh seperti pulang ke Kelantan, mengambil masa yang lebih lama dan lebih banyak preparation, berbanding kampung yang jaraknya lebih dekat. Di manakah anda akan tinggal nanti, di kampung sendiri atau pun di hotel?
Lihat di bawah checklist ini untuk lihat apa yang perlu dibawa untuk balik raya nanti!
- Pampers
- Alas getah
- Krim ruam bayi
- Baby wipes
- Water spray
- Losyen bayi
- Bedak antiseptik
- Minyak telon atau apa sahaja minyak
- Ubat bayi atau first aid
- Puting bayi (pacifier)
- Beg plastik
- Kipas kecil
- Hand sanitizer
Jika perjalanan anda untuk pulang ke kampung mengambil masa yang lama, sediakan plastik sampah serta wipes lebih banyak. Ini kerana anda mungkin akan tersangkut dalam kesesakan, dan masih jauh untuk ke RnR. Membuatkan anda terpaksa menukar pampers di dalam kereta. Jangan lupa membawa segala ubat-ubatan yang diperlukan dan first-aida sebagai persediaan, kita tidak tahu apa bakal terjadi kan?
- Bantal bayi
- Selimut bayi
- Cadar tebal untuk tidur
- Kelambu kecil
- Krim elak nyamuk
- Puting bayi (pacifier)
- Mainan bayi
Untuk membuat bayi anda tidur dengan lena semasa hari raya nanti mungkin agak mencabar disebabkan bunyi bising dan sebagainya. Jadi anda haruslah menyediakan kelengkapan untuk tidur dengan sebaik mungkin. Jangan lupa kelambu kecil untuk diletakkan semasa bayi anda tidur pada waktu malam, mungkin kelambu ini nampak remeh tetapi sangat penting. Jika di kawasan kampung, pasti banyak nyamuk pada waktu malam kan. Jika anak anda digigit nyamuk, pasti mereka tidak boleh tidur sepanjang malam dan akhirnya menganggu mood anda nak raya nanti! Pastikan selimut dan bantal yang selesa untuk mereka tidur nanti, anda juga boleh membawa mainan kecil untuk anak anda supaya mereka dapat beralih perhatian dengan mainan apabila ibu-bapa sedang sibuk.
- Baju dan seluar
- Stokin bayi
- Shampoo bayi
- Sabun bayi
- Sabun basuh botol susu
Pada waktu raya ini pasti ibu-bapa sudah membeli pelbagai baju untuk digayakan oleh bayi anda kan? Lebih-lebih lagi para ibu diluar sana pasti lebih bersemangat untuk menggayakan anak kecil kesayangan anda. Apabila anda pack baju raya anak anda, jangan lupa membawa baju persalinan lain yang lebih selesa. Sangat penting terutamanya pada hari raya nanti, apabila anda beraya sampai ke petang bayi akan rasa tidak selesa jadi tukarlah baju yang lebih selesa dan tidak panas. Jangan lupa juga untuk membawa kipas kecil supaya bayi anda tidak panas semasa beraya di rumah saudara. Apabila mereka tidak selesa pasti akan meragam.
- Biskut bayi untuk mengunyah
- Makanan bayi
- Susu formula
- Breastmilk (letak dalam storage tahan sejuk)
- Pam susu badan
- Pemanas susu badan (milk warmer)
- Aneka buah-buahan
Untuk makanan anak kecik anda pula, bawa sahaja semua makanan yang mereka gemar. Atau lebih mudah untuk barang basah seperti buah dan ayam untuk dibuat bubur, beli sahaja apabila anda tiba di kampung halaman. Lebih mudah dan tidak renyah untuk anda pack nanti. Jika anak anda fully breastfeed, milk warmer sangat penting untuk dibawa ke mana-mana. Apabila anda beraya di rumah saudara, memberi susu di dalam botol lebih mudah berbanding direct breastfeed, dimana memerlukan anda pergi tempat yang lebih privasi. Jangan lupa juga membawa snek seperti biskut untuk mereka makan dan untuk mengalihkan perhatian mereka ketika anda beraya nanti.
Jadi macam mana para ibu di luar sana? Dah ada semua checklist di atas ini? Memang banyak senarai di atas ini tetapi semuanya sangat penting untuk bayi anda bagi memastikan mereka selesa dan mood baik sepanjang hari. Walaupun barang yang perlu pack ini banyak dan panjang, cuba sebaik mungkin untuk tidak terlebih bawa barang.
Untuk para ayah juga, jangan biarkan isteri anda melakukan task ini seorang diri, semak semula senarai dan periksa jika barang itu ada atau tidak. Kadangkala kita pun terlupa kan?
Good luck!