Carian
Rebut Tawaran Diskaun Menarik Di Shopee Bermula Hari Ini!
May 24, 2019 Lina Rosli

Rebut Tawaran Diskaun Menarik Di Shopee Bermula Hari Ini!

Bersempena sambutan hari Raya yang sudah semakin hampir, Shopee kini hadir dengan penawaran pelbagai baucar diskaun untuk pelbagai kategori produk termasuk koleksi raya, set kecantikan dan barangan elektronik. Promosi jualan raya ini berlangsung bermula dari 25 April hingga 5 Jun 2019. Sebagai permulaan, Shopee menyediakan promosi khas Goyang Shopee Day dengan tawarkan jualan serendah RM1 untuk produk terpilih pada tempoh-tempoh tertentu.

Menerusi tawaran ini, anda boleh mendapatkan sejumlah koin yang bernilai hampir RM5 Juta pada waktu yang ditetapkan iaitu jam 12.00 malam sehingga jam 11.00 malam yang berikut. Anda juga boleh memperoleh satu baucar ekstra untuk pengeposan percuma dan bermacam-macam lagi.

Bukan itu sahaja, pengguna turut boleh mula menebus baucar untuk Raya Mega Vouchers pada 24 Mei hari ini bermula jam 9 malam sehingga 11.59 malam. Terdapat pelbagai tawaran yang anda boleh rebut dan tebus untuk transaksi pembelian pada masa kelak. Untuk kategori fesyen, Shopee membawakan pelbagai diskaun menarik. Antaranya, anda boleh mendapatkan diskaun sehingga RM300 untuk jenama Bonia, diskaun RM20 untuk barangan Skechers dan juga promosi sehingga 25% untuk barangan Watsons.

Untuk kategori Home & Living, antara jenama yang turut serta dalam membawakan potongan harga bersempena hari raya ini adalah Tefal, Elianware, Jean Perry dan Bosch. Tidak ketinggalan juga, Mydin, Cocal Cola, Old Town White Coffee da Kelloggs juga menawarkan promosi hebat di bawah kategori Groceries and Pets. Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang dan tawaran istimewa dari Shopee pada jam 9.00 malam hari ini!

Komen