Inginkan Solekan Kekal Segar Sepanjang Hari? Kuasai Asas Solekan Ini
Ramai yang gemar bersolek, namun tidak ramai yang dapat menguasi asas solekan dengan baik. ini menyebabkan solekan kelihatan bercapuk, tidak sekata dan tidak mampu bertahan lama.
Untuk medapatkan solekan yang kemas dan cantik, anda hanya perlu menguasi asas solekan – dari langkah sebelum bersolek sehinggalah proses berbedak. Namun, langkah asas inilah yang akan memastikan kualiti dan kehalusan kemasan solekan anda.
Mari kita kuasai asas solekan dengan tips mudah berikut:
Kenalpasti Kulit Anda
Ini adalah langkah yang terawal dan paling penting. Dengan mengenalpasti kulit anda, anda dapat membuat pilihan produk yang tepat dengan kulit anda. Ini membolehkan solekan kelihatan cantik dan mampu tahan lama. Ia juga memastikan agar anda tidak membazir membeli produk yang salah.
Sebelum ingin mula bersolek, kenalpasti perkara berikut:
- Kondisi Kulit: Adakah anda mempunyai kulit berminyak, kering, kombinasi atau sensitif? Ini penting untuk menentukan jenis produk yang sesuai dengan kulit anda, terutamanya dalam pemilihan primer dan foundation.
- Warna Kulit: Ketahui warna kulit anda iatu cerah, medium atau gelap. Ini memudahkan anda untuk mendapatkan foundation dengan warna yang sepadan.
- Undertones: Seterusnya kenalpasti sama ada anda mempunyai undertones cool, neutral atau warm. Untuk mengenalpasti, lihat urat di pergelangan tangan anda. Urat yang berwarna hijau menandakan anda bertona warm, biru bermaksud anda bertona cool manakala urat dengan gabungan warna biru dan hijau bermaksud anda bertona neutral. Pemilihan foundation dengan undertones yang tidak sesuai akan menyebabkan anda kelihatan kusam.
Mulakan dengan Primer
Penggunaan primer adalah langkah pertama yang wajar diikuti sebelum anda mengenakan solekan ke wajah. Primer berfungsi sebagai lapisan pelindung antara kulit dan solekan, membuatkan permukaan kulit tampil licin untuk aplikasi solekan yang lebih baik, memanjangkan ketahanan solekan, dan memperbaiki penampilan solekan secara keseluruhan.
Sekiranya anda mendapati foundation anda sering bertukar warna seakan-akan kekelabuan atau bertambah gelap selepas anda bersolek, maka gunakanlah primer sebelum bersolek. Primer dapat mengelakkan foundation daripada bersentuhan dengan sebum yang dihasilkan oleh kulit lantas menyebabkan foundation teroksida dan bertukar warna.
Ada pelbagai jenis primer di pasaran untuk dipadankan dengan jenis kulit.
Kulit Kering atau Kombinasi Kering: Gunakan hydrating primer di keseluruhan wajah (kering secara keseluruhan) atau di kawasan di mana kulit terasa kering (kulit kombinasi kering).
Kuit Berminyak atau Kombinasi Berminyak: Sapukan mattifying primer di keseluruhan wajah atau di kawasan tertentu di mana kulit anda berminyak. Sekiranya kulit anda juga turut mempunyai masalah jerawat, anda boleh menggunakan primer dengan kandungan anti-acne seperti niacinamide agar pemakaian solekan tidak memburukkan lagi kesan jerawat.
Kulit sensitif: Kulit yang sensitif sering tampil kemerah-merahan. Gunakan primer yang mempunyai warna hijau sebagai asas untuk mengurangkan penampilan warna merah. Anda juga boleh menggunakan primer yang mempunyai ekstrak teh hijau untuk menenangkan kulit.
Kulit matang: Gunakan primer yang mengandungi hidrasi, anti oksida atau anti penuaan yang mampu memberikan kesan anjal kepada kulit wajah. Elakkan primer yang mempunyai kilauan kerana ia akan menyebabkan kedutan kelihatan lebih ketara.
Kulit Kusam: Primer dengan warna ungu sebagai asas mempu memberikan impak seolah-olah kulit anda cerah dan berseri. Gunakan primer dengan light reflecting particles atau shimmer supaya kulit kelihatan glowing.
Gunakan Corrector
Pernahkah anda memakai foundation dan concealer tetapi kesan cela seperti parut, jerawat atau jeragat atau masih jelas kelihatan? Oleh yang sedemikian, anda perlukan colour corrector. Corrector digunakan sebelum pemakaian foundation dan concealer untuk membolehkan sebarang cela di wajah dapat ditutup dengan sempurna.
Pemilihan colour corrector adalah berasaskan roda warna di bawah yang menentukan warna apakah yang wajar digunakan untuk menyembunyikan cela di wajah.
Setiap warna di dalam roda warna di atas akan mengurangkan penampilan warna yang bertentangan. Fungsi setiap warna corrector adalah seperti berikut:
Hijau: Sesuai untuk menutup jerawat yang kemerahan dan rosacea, terutamanya mereka yang yang berkulit cerah yang senang mengalami kemerahan.
Oren: Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit tona medium hingga gelap, ia digunakan untuk menutup kesan gelap di bawah mata atau sekitar mulut.
Merah Jambu/ Peach: Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit tona cerah yang ingin menutup kesan gelap bawah mata. Boleh juga digunakan di bawah kening untuk kesan ‘lifting’ dan pipi untuk menyeragamkan warna kulit.
Kuning: Untuk mereka yang mempunyai kesan lebam, gelap bawah mata atau urat yang berwarna keunguan. Ia juga digunakan untuk menutup kesan jeragat yang tidak terlalu gelap atau menyeragamkan warna kawasan kelopak mata.
Ungu: digunakan untuk mengurangkan kesan warna kuning pada kulit yang menyebabkan kulit kelihatan kusam dan pucat. Corrector dengan warna asas ungu juga sesuai untuk menyamaratakan tona kulit dan membuatkan kulit tampil cerah.
Gunakan Foundation yang bersesuaian
Terdapat pelbagai jenis foundation di pasaran untuk memenuhi jenis dan keperluan kulit masing-masing. Namun untuk solekan yang tahan sepanjang hari, gunakan foundation dengan liputan medium hingga menyeluruh. Ini memastikan agar solekan mampu bertahan untuk tempoh yang lama tanpa kelihatan ‘cair’ apabila tiba waktu tengahari ataupun ketika anda berpeluh. Foundation tidak semestinya menyelaputi kulit bagaikan topeng. Ia masih boleh membuatkan kulit bernafas, tidak terasa ketat dan gatal.
Cara terbaik untuk mendapatkan foundation yang sepadan dengan kulit anda ialah dengan mencuba beberapa tona warna foundation yang sepadan dengan warna dan undertones kulit anda. Calitkan foundation tersebut ke rahang anda dan foundation yang paling padan ialah warna yang kelihatan seakan-akan ‘hilang’ dengan kulit anda.
Antara foundation yang boleh anda pertimbangkan untuk pemakaian yang mampu bertahan sepanjang hari:
Liquid foundation: Sesuai untuk kulit kering atau berminyak, bergantung kepada bahan yang digunakan.
Oil-based liquid foundation sesuai untuk mereka yang berkulit kering kerana ia mampu memberikan lembapan dan kulit tidak kelihatan kering. Manakala water-based liquid foundation sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak, berjerawat atau mempunyai liang pori yang besar. Silicone-based liquid foundation pula sesuai untuk mereka yang mempunyai tekstur kulit yang tidak rata dan inginkan kemasan yang lebih tahan lama.
Pastikan anda menggunakan primer yang sepadan dengan liquid foundation yang digunakan. Solekan anda akan kelihatan bercapuk sekiranya anda menggunakan silicone-based primer tetapi menggunakan oil-based foundation.
Stick foundation: Sesuai untuk kulit berminyak atau berjerawat, stick foundation mudah digunakan dan sesuai untuk liputan penuh.
Mousse/ Whipped foundation: Mousse/ Whipped foundation sebenarnya ialah liquid foundation yang di sebatikan dengan udara untuk menghasilkan tekstur yang ringan. Ia mempunyai kemasan matte yang halus dan non-cakey. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, namun sangat padan buat mereka yang mempunyai kulit kering atau matang.
Tutup Cela dengan Concealer
Concealer adalah langkah seterusnya untuk memastikan asas solekan anda tampak sempurna. Ia memberikan liputan yang lebih menyeluruh untuk kawasan wajah yang tidak dapat diberikan oleh foundation seperti di kawasan bawah mata, sekitar hidung dan tepi bibir. Selain menutup cela, concealer juga dapat memberikan sorotan kepada wajah seperti di kawasan hidung, tulang pipi dan dagu; serta mengemaskan solekan di kawasan kening dan bibir.
Concealer yang digunakan untuk bawah mata dan sorotan adalah 1 hingga 2 tona lebih cerah berbanding foundation yang anda gunakan. Manakala concealer untuk kawasan wajah yang lain haruslah senada dengan warna foundation. Ratakan dengan baik agar solekan anda kelihatan seamless.
Tetapkan dengan Bedak
Ini adalah langkah terakhir dalam asas solekan wajah. Berbedak akan menetapkan apa yang telah anda kenakan wajah agar ia tidak ‘bergerak’ dari tempatnya. Ia juga turut mengawal kilauan, mengaburkan liang pori dan garisan halus di wajah.
Ada 2 jenis bedak yang boleh anda gunakan:
Loose powder: Mempunya partikel yang halus, maka ia menjadikan solekan kelihatan lebih kemas. Loose powder memberikan liputan ringan untuk solekan. Namun ia sukar di bawa ke mana-mana kerana saiznya dan kandungannya mudah tumpah. Gunakan bedak tabur untuk kemasan solekan ketika bersolek di rumah.
Pressed powder: Hadir dalam bentuk kompak, ia mempunyai bahan seperti silikon atau lilin yang membolehkan ia dimampatkan. Sekiranya anda tidak serasi dengan bahan tersebut, ia mungkin akan menimbulkan masalah kepada kulit anda. Partikelnya adalah lebih besar maka penggunaan bedak kompak yang keterlaluan akan menyebabkan solekan kelihatan cakey. Gunakan pressed powder sebagai touch-up solekan anda sahaja.
Bedak wajah juga hadir dalam dua jenis, iaitu setting powder dan finishing powder.
Setting powder digunakan selepas foundation dan concealer, dan digunakan untuk ‘set’ solekan di wajah agar ia mampu bertahan lama. Ia terdapat dalam warna translucent atau tinted yang seakan-akan warna kulit anda.
Finishing powder pula digunakan selepas setting powder untuk mengaburi garisan halus atau liang pori di wajah, sekaligus memberikan kemasan sempurna untuk solekan. Bedak ini hadir dalam warna putih dan sesuai digunakan sekiranya anda ingin tampil flawless dalam gambar kerana ia mampu membalikkan cahaya. Tetapi jangan gunakan keterlaluan atau anda akan nampak seperti memakai bedak bayi pula dalam gambar nanti. �
Gunakan Alatan Solekan yang Bersesuaian
Untuk hasil solekan yang lebih rata dan kemas, penggunaan alatan solekan yang bersesuaian juga adalah penting. Gunakan span muka yang dibasahkan untuk meratakan foundation ke wajah. Berus juga sesuai digunakan untuk meratakan produk ke wajah dengan pergerakan ke bawah mengikut arah liang pori. Ini akan menghasilkan liputan yang kemas berbanding menggunakan jari semata-mata.
Penggunaan berus digalakkan bagi kemasan concealer di kawasan yang rumit seperti tepi hidung, kening dan mulut, manakala jari hanya digalakkan untuk meratakan concealer di kawasan seperti pipi dan dahi.
Manakala penggunaan berus untuk berbedak pula dapat memastikan anda mendapat hasil solekan yang halus dan kemas berbanding penggunaan powder applicator.