Carian
Kebaikan Waxing Bulu Badan
March 22, 2019 Aida Kamalia

Kebaikan Waxing Bulu Badan

Setiap orang pasti mempunyai pilihan tersendiri untuk mencabut bulu di badan, dan yang paling popular adalah dengan mencukur. Akan tetapi, kesan sampingan mencukur bulu badan sememangnya merimaskan. Sebagai contoh, bahagian yang dicukur mungkin akan gatal terutamanya di tempat sulit. Kemudian, kulit juga berpotensi akan naik jerawat jika dicukur. Oleh sebab itu, ramai wanita yang beralih ke pilihan lain untuk mencabut bulu di badan. Salah satu kaedah yang popular adalah waxing. Apa yang menarik tentang waxing bulu badan ini, korang tidak perlu untuk melakukannya setiap 3 atau 2 hari, kerana bulu akan tumbuh  seminggu selepas waxing. Seronok kan? Jom Tajria terangkan lagi apa itu waxing.

 

Apa itu waxing? 

Waxing akan mencabut bulu di badan dari akar kulit dengan menggunakan bahan tersendiri. Oleh kerana ia mencabut bulu dari akar, ia akan tumbuh seminggu selepas proses waxing ini. Waxing juga terbahagi kepada dua jenis iaitu hard wax dan juga soft wax. Dimana bahan yang digunakan juga berbeza. Hampir seluruh badan korang boleh wax tau, termasuklah kening, ketiak, kaki, tangan, dan juga di bahagian alat sulit atau dikenali sebagai brazilian wax.

Jenis-jenis waxing : 

 

  • Hard wax 

Hard wax biasanya memerlukan mesin untuk mencairkan wax itu sendiri. Wax hadir dalam bentuk pepejal dan ia memerlukan mesin untuk memanaskan wax tersebut menjadi cecair. Untuk gunakannya, cecair yang dipanaskan tadi akan diletakkan di atas kulit menggunakan spatula untuk ratakan cecair tadi. Disebabkan wax ini dipanaskan, apabila diletakkan di atas kulit, korang akan rasa sedikit panas. Selepas wax rata di atas kulit, ia akan dicabut dengan cepat tanpa menggunakan kain muslin.  

                                                                   Sumber : Shopee

  • Soft wax

Soft wax pula dalam bentuk cecair melekit, kebiasaannya diperbuat daripada gula. Kemudian cecair tersebut diletakkan di atas kulit menggunakan spatula untuk ratakan cecair tadi, kemudian kain muslin diletakkan di atas cecair tadi. Tunggu seketika untuk ia melekat di kulit, kemudian kain tadi dicabut serta merta dengan cepat. Korang akan dapat lihat bulu badan melekat di kain tersebut.

                                                      Sumber : Norah

Kebaikan waxing : 

1. Tahan lama

Waxing mencabut bulu dari akar kulit, disebabkan itu bulu hanya akan tumbuh seminggu selepas proses waxing. Berbeza dengan mencukur dimana bulu akan tumbuh semula pada keesokan harinya. Malah, bulu yang akan tumbuh nanti akan jadi lebih halus.

2. Kulit menjadi licin dan tidak gatal 

Setelah waxing, kornag akan perasan kulit menjadi sangat lembut dan licin. Malah, ia tidak akan membuatkan ada rasa gatal di kawasan yang telah waxing. Berbeza dengan mencukur, terutamanya di kemaluan, korang akan rasa gatal sebaik sahaja habis proses mencukur, kan?

3. Tiada luka

Apabila mencukur, kulit berpotensi untuk luka disebabkan mata pencukur yang tajam. Ini kerana korang mungkin cukur di kawasan kulit yang sama sehingga ia melukakan kulit tanpa korang sedar. Akhirnya, kulit menjadi erah dan pedih semasa terkena air.

4. Cepat dan tidak sakit

Proses waxing ini mungkin membuatkan korang rasa sedikit tekanan terutamanya bagi yang ingin mencuba waxing buat kali pertama. Semasa proses waxing, mereka akan menarik kain waxing atau hard wax dengan cepat, supaya korang tidak akan rasa terlalu sakit. Lama kelamaan, korang pasti akan terbiasa!

Waxing sememangnya menjadi pilihan wanita, dan yang paling penting ia juga selamat untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Korang tidak lagi akan rasa gatal, pedih atau pun luka seperti mana jika anda mencukur bulu badan. Malah bukan sahaja wanita boleh buat waxing, lelaki juga boleh tau! Jadi kalau korang pergi spa untuk waxing, boleh ajak sekali teman lelaki atau suami!

Komen