Carian
4 Inisiatif Dari PLUS Untuk Elak Trafik Sesak Ketika Pulang Beraya
May 28, 2019 Lina Rosli

4 Inisiatif Dari PLUS Untuk Elak Trafik Sesak Ketika Pulang Beraya

Bila tiba musim raya pasti trafik akan padat dan sesak, tambah lagi apabaila semua orang sudah mula sibuk untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Tidak kira anda ke utara atau selatan, timur atau barat, pasti akan menghadapi masalah seperti ini apabila pulang ke kampung. Ia bertambah sesak lagi apabila semua orang menjadualkan perjalanan yang lebih kurang sama seperti orang-orang lain. Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, terdapat beberapa syarikat yang hadir dengan pelbagai alternatif bersempena raya ini, termasuk PLUS Malaysia. PLUS kini hadir dengan beberapa inisiatif yang mungkin dapat membantu anda pulang dengan lancar.

cars passing through north and south

Semak laluan pulang anda

Menurut PLUS, dijangka kira-kira 2 juta kenderaan akan menggunakan lebuhraya sewaktu musim perayaan akan datang. Dengan pertambahan jumlah pengguna di laluan utama lebuhraya ini, PLUS telah menyediakan alternatif dan Jadual cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk membantu pelanggan merancang perjalanan Balik Kampung atau Balik Kota masing-masing.

Bagi pengguna yang pulang ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak atau Johor sekitar 30 Mei hingga 10 Jun ini, anda dinasihatkan untuk memasuki lebuhraya sebelum jam 10 pagi. Manakala, untuk pengguna yang ingin pulang ke Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor pula memasuki lebuhraya selepas jam 10 pagi. Dengan ini, kesesakan di beberapa lebuhraya dapat dikurangkan selain perjalanan lalu lintas menjadi lebih lancar.

Periksa jalan alternatif lain

Bukan itu sahaja, PLUS turut hadir dengan alternatif lain seperti menyediakan drone bagi memantau trafik-trafik di beberapa lokasi selain menutup lorong tambah nilai di Plaza Tol bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Jadi, bagi anda yang menggunakan lebuhraya, anda dinasihatkan untuk menambah nilai lebih awal di mana-mana kaunter Touch N Go di stesen minyak atau kiosk-kiosk berhampiran. Anda juga boleh menggunakan laluan biasa atau bebas tol untuk pulang beraya. Selari dengan inisiatif ini, PLUS turut akan menghentikan kerja-kerja naik taraf di sepanjang lebuhraya bermula 31 Mei sehingga 10 Jun ini.

Peka dengan berita dan pengumuman trafik

Bersempena musim perayaan ini, pastikan anda tidak ketinggalan dalam mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi twitter PLUSTrafik, talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000, aplikasi PLUS Mobile dan mana-mana stesen radio utama. Menerusi laman media rasmi dari PLUS, anda boleh mengetahui maklumat terkini secara langsung dengan cepat dan pantas.

Persediaan ketika memandu

Untuk pemandu yang mungkin sudah memandu untuk tempoh waktu yang lama, anda boleh dapatkan minuman Kopi ‘O’ secara percuma pada 1 hingga 3 Jun 2019 di 24 R&R terpilih bermula jam 10 malam. Selain itu, PLUS turut menawarkan set ‘Value Meals’ di semua R&R dari 1, 2, 3, 8 dan 9 Jun pada harga RM6.90.

______________________________________________________________________________________________

Oleh itu, rancang perjalanan anda agar lebih selamat dan mudah. Semak jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk membantu pelanggan merancang perjalanan Balik Kampung atau Balik Kota masing-masing. Bukan itu sahaja, dapatkan khidmat talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan layari aplikasi rasmi PLUS Mobile.

 

Sumber: Plus Malaysia

Komen