Carian
Mari Cuba Resepi Laksa Johor Ini
June 23, 2019 Lina Rosli

Mari Cuba Resepi Laksa Johor Ini

Bahan-bahan

Bahan A (Tumis)

  • 1 sudu Jintan putih
  • 1 sudu Jintan manis
  • 1 sudu Ketumbar
  • 2 batang Kayu manis
  • 4 biji Bunga lawang
  • 5 biji Buah pelaga

Bahan B (KIsar))

  • 15 biji bawang merah besar
  • 2 labu bawang putih
  • 3 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 5 batang serai
  • Lada kering

Bahan C (Kisar)

  • 5 kg ikan kembung

Bahan D (Kisar)

  • 800 g udang segar
  • 100 g udang kering

Bahan E

  • 150g rempah kari
  • 4 batang bunga kantan
  • Daun kesum
  • Daun selasih
  • 1 L santan
  • 200 g kerisik
  • Garam
  • 2 bungkus Spaghetti

Bahan F

  • Timun
  • Bawang holand
  • Kacang panjang
  • Taugeh
  • Daun kesum dan daun selasih
  • Sambal belacan

Cara-cara memasak:

Ikan Kembung:

  • Basuh dan bersihkan ikan. Buang bahagian perut dan benda-benda kotor pada ikan.
  • Apabila sudah bersih, rebus ikan sehingga empuk.
  • Sesudah empuk, tanggalkan tulang pada isi ikan dan seterusnya kisar ikan sehingga hancur.

________________________________________________

Kuah Laksa:

1. Panaskan minyak. Jika minyak sudah panas, masuk dan tumis Bahan A ke dalam periuk.

2. Tumis bawang-bawang yang telah dikisar, merah yang telah dikisar ke dalam Bahan A. Seterusnya, tumis bawang putih, halia, lengkuas dan serai yang telah dikisar. 

3. Kemudian, tumis lada kering yang telah dikisar dan biarkannya selama beberapa minit sebelum meletakkan bahan-bahan lain. Gaulkan kedua-dua bahan hingga sebati.

4. Masukkan rempah kari dan kerisik. Kemudian, biarkan sehingga bahan tumisan naik minyak.

5. Selepas itu, masukkan ikan yang telah dikisar ke dalam rempah tumis sedikit demi sedikit. Seterusnya, masukkan udang yang telah dikisar ke dalam periuk. Biarkan ia selama beberapa minit agar rasanya menjadi sebati.

6. Apabila sudah kelihatan minyak pada permukaan bahan tumisan, anda boleh mula tuangkan santan ke dalam periuk dan gaulkan kesemua bahan-bahan secara serata agar semua bahan masak dengan sekata. Letakkan garam secukup rasa.

7. Kemudian, anda boleh masukkan bunga kantan yang telah dititik ke dalam periuk.

8. Akhir sekali, biar ia masak sedikit lama sehingga ia mendidih. Kebiasaannya, kuah laksa Johor adalah lebih pekat dan pedas. Namun, anda masih lagi boleh mengubahnya mngikut citarasa sendiri.

__________________________________________________________________________________________________

Ulam-ulam:

  • Timun: Kupas kulit timun dan potongkannya kepada beberapa bahagian. Kemudian, hiris timun gaya orang Johor.
  • Kacang panjang: Potong dalam keadaan menegak.  Pastikan ia tidak terlalu halus dan tidak terlalu besar.
  • Bawang Holland/Merah: Hiris bawang tersebut dengan tidak terlalu tebal.
  • Taugeh: Cabut kaki dan buangkan benda hitam pada kepala taugeh.
  • Limau: Dipotong dua
  • Daun kesum dan daun selasih: Hiriskan ia sekali. Hiris dengan halus.
  • Sambal belacan: Kisar cili api dan lada. Kemudian, masukkan belacan, sedikit garam dan gula secukup rasa.
Komen