Tawaran Diskaun Sehingga 70% Di CarloRino Untuk Beg Dan Kasut

Bagaimana dengan persiapan raya anda? Sudahkah anda mendapatkan beg tangan dan kasut baru bersempena Aidilfitri ini? Jika belum, mari dapatkan kelengkapan baru untuk raya ini di CarloRino. Menarik bersempena musim perayaan ini, CarloRino hadir dengan pelbagai tawaran menarik termasuk promosi untuk barangan eksklusif dari mereka dengan potongan harga sehingga 70%. Pelbagai jenis beg dan kasut yang ditawarkan untuk koleksi raya tahun ini.

Antara rekaan beg yang boleh anda miliki dan gayakan pada Syawal ini termasuk beg top-handle, beg tote, beg cross-body, beg shoulder dan bermacam-macam lagi. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan kasut pada harga serendah RM49 untuk tempoh masa yang terhad. Bagi anda yang gemar akan kasut yang menjamin keselesaan sewaktu ziarah pada hari raya, Linear Mocassins adalah pilihan yang terbaik. Ia juga diperbuat dari faux leather atau kulit sintetik yang mana ia tampak premium selain lebih tahan lasak berbanding kulit asli.

Untuk anda yang gemarkan kasut dengan rekaan yang lebih moden, CarloRino turut menawarkan pelbagai jenis kasut bertumit dengan pelbagai pilihan ketinggian dan rekaan. Antara rekaan yang menarik minat saya adalah 2” Dress Sandals yang hadir dengan pilihan warna hitam dah khaki. Selain itu, sandal ini membawakan rekaan campuran antara fabrik dan kemasan emas pada bahagian tumit kasut yang menjadikannya tampak lebih eksklusif dan versatil.

Bagi anda yang berminat, anda boleh layari laman rasmi CarloRino untuk maklumat lanjut mengenai butiran sesuatu barangan atau anda juga boleh dapatkan beg dan kasut terus di kedai fizikal CarloRino di seluruh negara. Tawaran menarik ini sah bermula 24 Mei sehingga 9 Jun 2019. Jadi, tunggu apa lagi. Mari dapatkan beg dan kasut untuk anda dan seisi keluarga bersempena Hari Raya Aidilditi kelak!