Primer Make Up Untuk Setiap Jenis Kulit – Bagi Make Up Tahan Lebih Lama! 

Untuk siapa yang gilakan make up, primer memang wajib ada dalam simpanan! Bukan sahaja primer untuk membuat solekan korang tahan lama dari biasa, make up tidak akan hilang atau cair semasa cuaca panas. Maklumlah, Malaysia kan selalu panas. Tetapi sekarang,  make up primer bukan hanya mengawal minyak muka, malah bagi muka nampak glow, untuk pudarkan garis-garis halus, pudarkan pori-pori dan membuat muka lembab sebelum memakai make up. Tapi, semua tu ke kena pakai? Tidak, korang hendaklah pakai mengikut keadaan kulit muka korang sendiri. 

Makeup Set

Primer ada banyak jenis ke?

Ya, primer ada banyak jenis. Face primer dibuat berasaskan air dan juga berasaskan silikon dimana hadir dalam bentuk krim atau pun cecair. Primer yang berasaskan silikon ni menjadi kegemaran orang ramai kerana ia mampu memudarkan garis halus, menutup pori-pori dan buat foundation kekal lebih lama dari biasa.

Tapi hati-hati untuk kulit yang berjerawat, primer silikon ni mungkin buat pori-pori tersumbat dan akhirnya timbul jerawat!

Primer mengikut jenis kulit

Kalau korang ingin memilih primer yang betul, haruslah mengikut jenis kulit muka korang sendiri tau. Jika kulit anda berminyak, pilih primer khas untuk kulit berminyak. Sama juga jika korang mempunyai kulit kering. Contoh kalau muka korang berminyak, tetapi pakai primer yang akan memberikan muka lebih lembab. Apabila 3 atau 4 jam lagi, besar kemungkinan muka korang jadi sangat berminyak seterusnya menghancurkan make up!

Kulit kering 

Hello Fab Coconut Skin Smoothie Priming  Moisturizer

Kalau kulit kering, pastikan primer korang nak pakai tu hydrating atau moisturising. Antara contoh, ialah primer Hello Fab Coconut Skin Smoothie Priming Moisturizer dari First Aid Beauty, ianya berasaskan air dan dirumuskan dengan air kelapa, protien, minerals yang dapat memberi kelembapan yang optimum sekaligus menghilangkan  liang pori dan ketidaksempurnaan. Selain itu, ia dapat memberikan muka nampak ‘dewy’ dan sihat selain membuat make up korang tahan lebih lama.

Kulit normal 

Laura Mercier Foundation Primer Radiance 

Untuk kulit normal, agak senang untuk korang cari primer foundation. Boleh pilih nak nampak lembab, atau sedikit matte. Semuanya tiada masalah kerana kulit tidak mempunyai cela. Gunakan Laura Mercier Foundation Primer Radiance untuk menampakkan muka bersinar,  lebih sihat dan segar sepanjang hari. Ianya mempunyai bahan dari mutiara yang membuatkan muka kelihatan bercahaya dan sebagai persediaan yang licin sebelum memakai foundation.

Kulit berminyak 

Hourglass Veil Mineral Primer 

Untuk kulit berminyak, cari make up primer yang matte finishing  Jadi make up korang takkan nampak berminyak dan berlengas disebabkan foundation korang cair. Hourglass Veil Mineral primer ni antara primer yang mendapat perhatian orang ramai. Katanya, make up korang akan dapat bertahan lebih 15 jam! Lebih menarik lagi, primer ni tanpa minyak , dapat menyediakan kanvas yang cantik untuk foundation korang, selain dapat pudarkan pori-pori, kedutan dan memberikan perlindungan SPF15!

Kulit berjerawat 

Becca Ever Matte Poreless Priming Perfector 

Untuk kulit berjerawat pula, hindari primer yang berasaskan silikon kerana kemungkinan silikon ini akan membuat pori-pori korang tersumbat. Tapi jangan bimbang, ada primer yang bebas silikon tapi masih menawarkan matte finishing tau! Becca Ever Matte Poreless Priming Perfector akan membuatkan muka korang nampak matte finishing  tanpa rasa ragu-ragu jika primer ni akan buat pori-pori tersumbat atau tidak. Lebih menarik lagi, ia juga bebas dari alkohol, sangat sesuai juga untuk kulit yang sensitif.

Semua produk di atas ni, korang boleh dapatkan di Sephora Malaysia untuk beli. Pastikan betul-betul jenis kulit korang, baru pilih primer yang sesuai. Korang akan rasa perbezaannya bila make up pakai primer dengan tak pakai primer. Yang pasti, make up korang akan terletak cantik dan akan bertahan sepanjang hari!