Carian
Cara Penyimpanan Koleksi Tudung Dengan Kemas Dan Mudah
May 30, 2019 Lina Rosli

Cara Penyimpanan Koleksi Tudung Dengan Kemas Dan Mudah

Jika anda seorang penggemar tudung, pasti anda mempunyai pelbagai koleksi yang telah anda beli dan kumpul. Mana tidaknya, untuk satu warna sahaja, ada pelbagai jenis tona dan tekstur kain. Itu baru sahaja warna, belum lagi kira jenama kegemaran. Untuk saya sendiri, saya ada beberapa warna pilihan dan kegemaran yang setiap kali saya nampak, pasti saya akan membelinya.

Namun, tahukah anda, lebih banyak tudung atau skarf yang anda miliki, menjadikan ia lebih susah untuk diuruskan atau disimpan dengan kemas. Jadi, hari ini Tajria ingin berkongsi bersama anda tips dan cara penyimpanan tudung atau skarf dengan mudah selain tidak menyelerakkan bilik anda.

Susun mengikut warna atau jenis

pile of cloth on white surface

Untuk anda yang mempunyai banyak pilihan warna untuk skarf, tidak kira tudung bawal atau shawl, anda dinasihatkan untuk susun semua skarf mengikut kategori warna. Ia akan menjadi lebih sulit jika anda mencampurkan semua koleksi warna tambah lagi jika ruang yang anda gunakan adalah sempit. Bagi saya, saya lebih memilih untuk menyusun struktur skarf mengikut warna, dari cerah ke gelap supaya lebih senang untuk match kan baju dan tudung. Malah, ia juga menjimatkan masa saya untuk membuat pilihan warna yang sesuai untuk gaya hari tersebut.

assorted-color textiles hanged on brown valet

Aturkan mengikut kekerapan penggunaan

Bagi mengelakkan tudung yang anda susun sebelum ini berselerak atau berterabur, letakkan tudung yang kerap anda guna di hadapan atau atas sekali. Selain daripada mudah untuk diambil, malah almari akan kelihatan lebih kemas dan memudahkan anda untuk memilih tudung harian anda. 

Susun dalam bakul atau rak khas

Macam saya sendiri, saya lebih gemar untuk menggulung dan meletakkannya di dalam bakul khas untuk tudung. Hal ini kerana, ia adalah lebih mudah untuk saya mencari tudung yang saya ingin pakai untuk hari tersebut. Cara penyusunan tudung juga memainkan peranan penting ketika memperagakan koleksi tudung yang anda miliki. 

basketful of textiles

Untuk simpanan di rak khas pula, teknik dan cara penyimpanan adalah lebih rumit berbanding simpan di bakul, kerana ia memiliki ruang lebih besar dan tidak terhad. Bukan itu sahaja, ia juga memerlukan masa yang lama untuk menyusun atur tudung agar ia tampak kemas dan teratur. Jadi, untuk anda yang memiliki ruang penyimpanan yang besar, anda dinasihatkan untuk menggunakan ‘organisers’ untuk menyusun setiap tudung anda. 

_________________________________________________________________________________________________

Memiliki puluhan jenis tudung dan skarf memang menarik dan menyeronokkan. Namun, bagaimana pula cara untuk pengendalian dan penyimpanan? Oleh itu, dengan panduan dan idea yang telah dikongsikan, ia dapat membantu anda menguruskan tudung anda dengan mudah selain tidak menjejaskan keadaan bilik anda. Selamat mencuba! 

Komen