5 Kebaikan Anti-oksida Dan Kafein Dalam Kopi
Suka untuk saya berbicara mengenai kopi ini. Kopi adalah salah satu minuman yang kaya dengan ejen anti-oksida yang mampu meneutralkan bahan kimia dan toksin berbahaya yang masuk ke dalam badan anda. Pengoksidaan adalah salah satu penyebab pembentukan toksik dalam badan kita sekaligus menjadikan kopi sebagai satu medium yang baik dan bermanfaat. Selain meneutralkan toksik dalam badan, bahan anti-oksida terkandung dalam kafein turut membantu melancarkan aktiviti dalam usus dan meningkatkan metabolisma kita dengan baik setiap hari.
Percaya atau tidak, kopi juga merupakan minuman yang paling sesuai untuk diambil pasca latihan yang mana ia membantu dalam menstabilkan dan menguatkan badan anda. Dalam pada masa yang sama, kopi adalah ubat yang terbaik bagi anda yang mengalami sakit otot dan sendi bengkak, terutamanya selepas anda selesai melakukan senaman yang melampau atau aktiviti fizikal yang ekstrem. Anda tidak perlu minum secawan kopi setiap pagi untuk teknik kecergasan ini untuk menjadi berkesan. Jika anda mahu, anda hanya perlu minum pada hari latihan anda atau hari tertentu di gym.
Melindung daripada kanser dan penyakit berbahaya
Menurut kajian oleh Universiti Havard, pengambilan dua atau tiga cawan kopi sehari mampu mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti Alzheimer, kanser, diabetes, dan penyakit jantung. Dengan meminum kopi dengan kuantiti yang tidak keterlaluan, ia boleh mengurangkan jumlah keradangan penyakit-penyakit ini dalam sistem dalaman anda.
Menghalang penurunan kognitif (keboleh-upayaan)
Menghalang masalah mental atau segala bentuk dementia. Membantu mengurus dan mengurangkan stress dan mengelakkan ‘depression’.
Membendung penuaan jangka masa singkat
Kopi mengadungi lebih banyak anti-oksida berbanding teh hijau atau teh hitam. Ini kerana dalam sebiji bijih kopi, ia mempunyai sebanyak enam ejen anti-oksida iaitu cafestol, trigonelline, chlorogenic acid, melanoidins, quinine dan caffeine.
Meningkatkan pemprosesan memori jangka pendek
Kafein memberi kesan kepada otak yang mana ia bertanggungjawab dalam memberi konsentrasi (fokus) dan daya ingatan yang baik kepada peminum. Selain, ia meningkatkan memori jangka pendek dan ketajaman fokus seseorang individu.
Menggalakkan prestasi dalam melakukan aktiviti
Dalam pada waktu yang sama, kopi juga turut mengaktifkan ruang di antara otak dan sistem saraf yang mana ia membantu dalam meningkatkan daya fokus, tenaga dan turut mengurangkan rasa penat. Selain itu, kopi juga mempengaruhi suhu badan seseorang dengan membantu membakar lebih banyak lemak melalui peningkatan penghasilan haba dan atau termagenesis
Konklusi
Bagi anda yang meminati kopi, kini anda tidak perlu risau lagi akan bahaya kafein pada tubuh anda. Namun, sudah tentu anda masih perlu mengawal kuantiti yang di ambil kerana pengambilan yang berlebihan pastinya akan ada buruknya juga. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.