Kelebihan Beras Parboiled – Sangat Bagus Untuk Anda Yang Ingin Turun Berat Badan
Seperti kita semua tahu, beras ada pelbagai jenis dan kelebihan yang berbeza. Lebih-lebih lagi di Malaysia, nasi merupakan makanan ruji bagi kebanyakan orang. Antara yang terkenal adalah beras putih untuk nasi berlauk, beras basmathi untuk masak nasi yang berempah, beras pulut dan pulut hitam untuk membuat kuih. Tapi tahukah sebenarnya ada satu beras yang jauh lebih baik daripada beras putih? Beras putih bukanlah teruk, akan tetapi proses yang dilalui beras putih terlalu banyak hinggakan khasiat beras berkurang.
Untuk hari raya yang bakal tiba tak lama lagi, mungkin anda boleh menukar beras biasa kepada beras parboiled untuk menjamu tetamu. Lebih sihat! Dapatlah anda mengawal berat badan sepanjang perayaa nanti. Iyalah, rumah terbuka sahaja sudah berderet pada hujung minggu nanti.
Apa itu Beras Parboiled
Proses untuk membuat beras parboiled atau beras rebus ini berbeza daripada beras biasa. Ini kerana ia melalui tiga proses iaitu beras akan direndam, dikukus dan dikeringkan. Selepas itu baru bahagian luaran beras dibuang. Proses kukus tadi membuatkan beras ini menyerap khasiat dan nutrient di setiap permukaan beras dengan lebih baik.
Jom tengok Tajria kongsikan apa kelebihan beras parboiled atau dipanggil beras rebus ini!
Kadar glisemik yang sangat rendah
Apa itu kadar glisemik? Kadar glisemmik adalah skor yang menunjukkan keupayaan karbohidrat di dalam makanan untuk meningkatkan tahap glukos di dalam darah.
Maksudnya disini, lebih tinggi kadar glisemik, lebih tinggi keupayaan untuk gula di dalam darah untuk naik. Menariknya, kadar glisemik nasi rebus ini lebih rendah daripada beras perang! Sememangnya pilihan yang paling bagus untuk orang yang mempunyai penyakit kencing manis dimana mereka harus memantau bacaan gula didalam darah.

Kalori lebih rendah
Menjaga pengambilan kalori adalah salah satu kunci bagi orang yang ingin menurunkan berat badan mereka. Kalau anda masih mahu memakan nasi akan tetapi risau dengan kiraan kalori, jangan risau lagi kerana beras rebus ini sememangnya rendah kalori. Ini kerana dengan setengah cawan nasi yang dah dimasak, kalori nasi tidak kurang dari 100 kalori. Bukan sahaja bagus untuk orang yang ingin menurunkan berat, malah ianya pilihan terbaik untuk seisi keluarga untuk mengamalkan gaya pemakanan yang lebih sihat.

Vitamin B
Selain itu juga, beras rebus ini kaya dengan vitamin B dimana ia sangat diperlukan oleh badan. Pengambilan vitamin B sangat penting ini kerana ia akan menukar makanan yang dimakan ke tenaga yang diperlukan untuk badan. Dengan memasukkan nasi rebus ke dalam diet harian anda, badan akan mendapat kebaikan daripada vitamin B dengan secukupnya.
Mineral
Beras parboil atau beras rebus ini mempunyai kandungan mineral yang tinggi iaitu kalsium, iron, magnesium dan sebagainya. Sumber mineral yang cukup juga membantu untuk mendapat badan yang sihat. Kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang yang sihat serta gigi yang kuat. Pengambilan iron yang cukup juga membantu membawa oksigen ke dalam darah dengan lebih baik.
Memang banyak kebaikan serta nutrient yang amat diperlukan untuk badan di dalam beras rebus ini. Jadi jangan ingat kalau anda sedang berdiet, langsung tak boleh makan nasi. Pilih jenis nasi dengan betul dan beras rebus ini merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Malah beras ini juga baik untuk penyakit kencing manis. Bukan mereka yang ingin diet sahaja!
Cara untuk masak nasi ini juga, sama seperti beras biasa yang anda masak tu. Tapi untuk sukatan yang lebih tepat, pastikan anda baca dahulu cara memasak yang terdapat di bahagian belakang beras ya!