Pakej Perkahwinan Lengkap Yang Premium Di Sekitar Selangor Dan Kuala Lumpur

Bizmilla Wedding Centre atau Bizmilla Catering kini hadir dengan pakej serba lengkap yang sesuai mengikut bajet seseorang individu. Ia menawarkan pakej bermula RM22,500. Menarik mengenai Bizmilla Catering ini, mereka menguruskan segala kelengkapan dan persiapan perkahwinan anda dari pelbagai aspek termasuk katering, pelamin dan dekorasi, dewan dan bermacam-macam lagi.

clear wine glass lot on table
BIZMILLA CANOPY RUMAH, KL & SELANGOR
Sumber: Bizmila Catering
BIZMILLA GARDEN HALL - SUBANG
Pakej Bizmilla Garden Hall

Bagi anda yang mempunyai bajet yang lebih untuk persiapan majlis perkahwinan anda, Bizmilla turut hadir dengan penawaran yang lebih premium mengikut citarasa anda. Setiap pakej mempunyai dewan majlis mereka yang tersendiri. Antara lokasi dewan yang di sekitar Subang termasuk Bizmilla Grand Palace Ballroom, Bizmilla Garden Hall, Bizmilla The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Hall, Bizmilla City Hall dan Bizmilla Event Hall

BIZMILLA GRAND PALACE BALLROOM, SUBANG
Pakej Bizmilla Grand Palace Ballroom
BIZMILLA THE ROYAL BALLROOM
Pakej Bizmilla Royal Ballroom

Manakala, untuk anda yang ingin melakukan majlis di sekitar Kuala Lumpur, Bizmilla turut menyediakan pakej Bizmilla Insya Hall di Viva Home, Cheras. Selain itu, Bizmilla Catering juga boleh didapatkan di kawasan sekitar Kajang.

Menerusi pakej-pakej yang ditawarkan, ia amat bersesuaian dengan bilangan hadirin seramai 1000 orang yang mana hidangan katering yang disediakan adalah termasuk hidangan utama, buah-buahan, minuman, sudut santai, sudut kek pengantin dan hidangan makan beradab. Jadi, anda tidak perlu lagi membuat tempahan lain untuk setiap jenis hidangan kerana Bizmilla Catering menyediakan setiap jenis hidangan sewaktu majlis berlansung.

BIZMILLA EVENT HALL SUBANG - Only RM29/PAX - Hot Package!
Pakej Bizmilla Event Hall

Bukan itu sahaja, Bizmilla Catering turut menawarkan set pakaian pengantin serta jurusolek yang berpengalaman untuk solekan nikah dan sanding. Untuk set pakaian pengantin, ia disertakan untuk kedua-dua pasangan lelaki dan perempuan bersama-sama bunga gubahan tangan untuk pengantin perempuan. Tempahan untuk baju pengantin turut boleh dibuat menerusi Bizmilla Bridal Factory. Di laman tersebut, anda boleh mengisi maklumat mengenai rekaan baju pengantin mengikut ciri-ciri yang anda gemari dan ingini. Antara koleksi baju pengantin yang disediakan adalah bertemakan tradisional, moden, glamor dan macam-macam lagi.

BIZMILLA WEDDING HALL - SUBANG
Pakej Bizmilla Wedding Hall
BIZMILLA CITY HALL, SUBANG
Pakej Bizmilla City Hall

Untuk hiasan pelamin dan dekorasi pula, Bizmilla Catering juga menyediakan set pelamin, bunga-bungaan, set renjis, set tapak bungan telur dan pelbagai hiasan dewan yang lain. Tidak ketinggalan juga, anda juga boleh mendapatkan lain-lain perkhidmatan seperti kompang, juruacara (emcee), set karaoke dan PA sistem serta bilik hotel untuk pengantin. Bagi gambar sewaktu acara, anda juga boleh mendapatkan khidmat jurukamera yang mana ia juga sudah dimasukkan sekali di dalam pakej yang anda tempah. Menarik bukan?

Kesimpulannya, bagi anda yang mencari pakej serba lengkap dari aspek pelamin, katering, dewan dan macam-macam lagi, Bizmilla Catering ada pilihan yang terbaik untuk anda.  Hal ini kerana, anda tidak perlu mencari atau membuat sesuatu tempahan secara berasingan. Bizmilla Catering adalah one stop centre untuk anda mendapatkan segalanya buat majlis perkahwinan anda. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.bizmillacatering.com untuk tempahan majlis.