6 Kuih Raya Yang Akan Menjadi Rebutan Ramai Pada Hari Raya Aidilfitri 

Bercakap tentang persiapan Hari Raya Aidilfitri, pasti pada waktu sekarang anda bersama anak-anak ralit membuat pelbagai kuih dan biskut raya untuk dijamu kepada tetamu nanti. Ini lah waktu yang terbaik untuk membuat kuih kegemaran anak anda, mungkin ada yang sudah meminta berbulan lamanya. Sekarang apabila menjelang Hari Raya, barulah mempunyai masa yang sesuai! 

Sebenarnya memang saya tabik kepada anda semua yang rajin membuat kuih raya sendiri di rumah, kerana sejujurnya amat renyah membuat kuih raya ini. Tidak seperti memasak, membuat biskut lebih memakan masa dan tenaga untuk menghabiskan satu adunan. Sudahlah memakan masa, hasil kejadian biskut belum tentu lagi jadi atau pun tidak. Semuanya bergantung kepada teknik serta sukatan yang sempurna untuk menghasilkan kuih yang cantik rupanya. Jadi bagi sesiapa yang mahir membuat kuih terutamanya aneka kuih raya, memang hebat! 

Berbalik kepada kuih raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, jom kita lihat kuih raya apa yang bakal menjadi rebutan orang ramai jika anda hidang sahaja di meja makan. Adakah kuih raya kegemaran anda ada di dalam senarai ini? 

 

Red velvet cookies 

Red Velvet (2019)
Sumber : Radmas Cookies

 

Kalau sebut sahaja red velvet, pasti teringat kek baldu merah yang mempunyai keju di tengah serta atas kek. Sedapnya! Bukan sahaja kek red velvet, malah ada yang membuat perisa red velvet cookies juga. Tetapi red velvet cookies tidak mempunyai rasa keju, namun sebagai ganti ada yang meletakkan kepingan coklat putih atau pun kacang untuk memberi warna sebenar seakan kek baldu merah ini. Rasanya pula seperti butter cookies dengan sedikit rasa koko, dan anda akan dapat rasa kerangupan kacang sebati dengan rasa cookies. Pasti menjadi rebutan kanak-kanak nanti! 

 

 

 

 

Tart Coklat 

Tat Coklat (2019)
Sumber : Radmas Cookies

 

Bagi anda yang merupakan penggemar coklat pasti akan sukakan tart coklat ini! Kalau sebelum ini anda biasa lihat kuih tart nenas, iaitu kuih yang berwarna kuning dan mempunyai inti nenas dikaramelkan. Sama seperti tart coklat, kuih ini juga mempunyai inti coklat di dalam. Bahagian luar tart ini biasanya lembut dan rapuh, apabila anda masuh sahaja ke dalam mulut, kulit tart akan terus cair kemudian diikuti dengan inti coklat. Sedapnya! Pasti anda yang sukakan coklat ini sudah terbayang-bayang kan?

 

Biskut Onde Onde
 

https://www.junandus.com.my/wp-content/uploads/2018/05/IMG_6312_-555x555.jpg
Sumber : Junandus

 

Wow! Ini merupakan kali pertama saya melihat biskut raya onde onde yang pastikan diilhamka dari kuih onde onde sendiri. Jika kuih onde-onde diperbuat dari tepung ubi, diletakkan ketulan gula Melaka serta bersalut kelapa parut, adakah biskut raya onde onde ini rasanya sama? Mengikut Junandus, biskut onde onde ini berperisa pandan, diletakkan gula Melaka di dalam adunan, mempunyai inti coklat kemudian disalut dengan kelapa kering. Wah, sedikit berbeza kerana Junandus meletakkan inti coklat di dalam biskut. Jadi apabila anda makan sahaja biskut ini, ia seperti gabungan kepingan kelapa yang rangup berserta rasa coklat yang akan cair di dalam mulut. Bukan sahaja orang alama yang akan suka biskut ini, malah pasti yang muda akan suka!

 

Bangkit Cheese

https://kuihraya.com.my/images/thumbnails/280/186/detailed/39/pts83933.jpg
Sumber : Kuih Raya

 

Kuih ini memang menjadi antara kuih paling laris semasa Hari Raya nanti. Pergi sahaja ke rumah orang untuk beraya, pasti tercari-cari kuih bangkit cheese di dalam balang kuih. Jika nampak sahaja bangkit cheese, terus ambil balang kuih! Siapa tidak tahu rasa bangkit cheese ini, ia sebenarnya sama seperti kuih bangkit biasa tetapi diberi sentuhan istimewa dengan menambah keju sebenar ke dalam adunan. Hasilnya, kuih ini akan terus cair di dalam mulut dengan penuh rasa keju. Tapi awas ya, jangan makan kuih ini sambal bercakap atau pun buka mulut, jika tidak memang tersembur jawabnya.

 

Puteri Salju 

Puteri Salju

Lihat sahaja warna biskut Puteri Salju ni, memang boleh tergoda iman melihat kecantikan kuih ini kerana warnanya. Mungkin sebab inikah ia dinamakan sebagai Puteri Salju? Warna cantik bak puteri? Mungkin! Biskut Puteri Salju mempunyai tiga warna yang berbeza iaitu warna krim, hijau serta merah jambu serta disalut dengan gula halus. Rasanya pula seperti butter cookies yang bersalut gula. Sedikit rangup seperti cookies dan manisnya datang dari salutan gula. Sedap! Biskut ini memang akan menjadi rebutan anak-anak kecil kerana tertarik dengan warna biskut yang cantik. 

 

Almond London 

https://kuihraya.com.my/images/thumbnails/280/419/detailed/39/pts83908.jpg
Sumber : Kuih Raya

 

Kuih kegemaran bagi ramai orang sepanjang zaman! Saya pasti antara anda semua yang membaca artikel ini pasti menyukai biskut Almond London, terutamanya penggemar coklat. Biskut ini mempunyai inti kacang almond yang disangai terlebih dahulu atau pun bakar untuk kacang yang rangup. Kemudian setelah meletakkan inti ke dalam biskut, biskut akan dibakar dan disalut dengan coklat cair dimana ia akan mengeras dalam beberapa minit. Jadi apabila anda makan sahaja biskut ini, kerangupan biskut ditambah dengan rangup kacang dan rasa coklat yang sangat rich! Memang tuan rumah akan refill kuih ini cepat kerana ramai peminat biskut Almond London! 

 

Terbayang-bayang aneka kuih raya yang diletakkan dalam bekas kuih berbentuk hati. Pasti ada antara anda yang mempunyai bekas kuih ini di kampung kan? Nampaknya hangat Hari Raya betul-betul terasa kerana sudah hampir! Tetapi jangan lupa apabila anda sudah pun makan kuih raya berplastik, jangan pula ada tinggalkan plastik di dalam bekas kuih. Asingkan plastik kuih dan buang ke dalam tong sampah, atau pun letak sahaja di atas pinggan kerana biasanya pasti tuan rumah akan hidang bersama hidangan sampingan lain. Jangan susahkan tuan rumah ya!