TikTok Hadir Dengan Pelbagai Kempen Dan Cabaran Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019
Menjelang raya ini, terdapat banyak jenama-jenama yang tidak ketinggalan dalam melaksanakan kempen raya untuk semua pengguna. Begitu juga, TikTok yang kini melancarkan program bersempena sambutan hari raya, iaitu #TikTokRaya2019. Kempen ini bertujuan bagi menggalakkan individu dalam merapatkan hubungan silatuhrahim di kalangan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan melalui pelbagai cabaran yang dianjurkan di dalam aplikasi TikTok.

Bermula hari ini, anda boleh mencuba pelbagai cabaran bersama TikTok bersempena #TikTokRaya2019 ini. Terdapat banyak cabaran yang diperkenalkan setiap minggu, antaranya cabaran #RayaDahDekat. Cabaran ini membolehkan semua rakyat Malaysia menunjukkan, memperjuangkan, atau kreatif dalam menggambarkan penyediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama rakan-rakan dan keluarga melalui aplikasi Tiktok.
Bukan itu sahaja, TikTok turut memperkenalkan cabaran #FesyenRaya2019 dan #BalikKampung2019 bagi anda yang tidak mahu ketinggalan dalam mengetahui maklumat terkini berkenaan fesyen dan trend perjalanan balik kampung pada tahun ini. Pada 4 Jun, cabaran # TikTokRaya2019 khas akan menyaksikan sembilan pemenang bertuah yang bakal memperoleh baucar bernilai RM100 – satu-satunya kriteria untuk pengguna TikTok untuk menjadi kreatif dan diilhamkan oleh Hari Raya Aidilfitri. Mengikuti cabaran ini adalah # JuadahRaya2019 yang akan memperkenalkan juadah dan makanan tradisional khas untuk hari Raya.

Di samping itu, cabaran #PowerPuasPuas turut diperkenalkan, dengan kerjasama TeaLive,yang mana rakyat Malaysia boleh merakam momen-momen kreatif bersama minuman kegemaran mereka pada aplikasi TikTok. Video 50 TikTok yang terbaik berpeluang memenangi baucar TeaLive bernilai RM200. Peraduan berakhir 9 Jun 2019.
Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk beraya bersama TikTok. Pelbagai cabaran dan hadiah yang disediakan oleh TikTok Malaysia untuk anda. Tunggu apa lagi, muat turun aplikasi TikTok di telefon pintar anda dan mula merakam momen kreatif hari ini!