Menagih Kasih Ibu ..
Betapa hebatnya nilai kasih sayang. Namun bagaimana dan dimana kita meletakkan value kasih sayang ini. Pengalaman yang menyedihkan di pagi raya ke-4, di mana seorang anak menantikan kehadiran ibunya di hari pertunangan, tetapi yang hadir hanya airmata ditubir mata si anak. Apakah salah anak ini? Wajarkah kasih sayang ini dibezakan hanya kerana si anak tidak hidup bersama nya selama 23 tahun ini?
Wahai ibu dan Ayah, usah sesekali dibezakan kasih sayang diantara mereka sehinggakan ada diantara mereka yang merasa tersisih dan disisih. Berikan anak anak ini sokongan dan fahami lah jiwa mereka yang dahagakan kasih sayang yang selama ini tidak mereka rasa. Tidak meletakkan kesalahan di bahu si ibu, namun kehadiran walau sekejap akan membantu emosi anak ini menjadi pemimpin keluarga di masa depan. Nyatakan lah kasih sayang kita kepada mereka, walau mereka telah meningkat usia menjadi remaja dan dewasa.
Perkongsian resipi hati yang lara. Joom kita buat Brownies yang mudah.
Brownies
(resipi untuk acuan kek bulat 6inchi – boleh gandakan untuk yang lebih besar)
Bahan A
200 gm coklat masakan(saya gunakan beryls dark chocolate coin)
75 gm unsalted butter (saya prefer tartura kerana rasa nya lebih creamy)
Bahan B
50 gm gula perang
50 gm gula kastor
2 biji telur (size A)
1 sudu esen vanilla
Bahan C (diayak)
50 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
20gm serbuk koko
Method:
Masakkan chocolate dan butter secara double boiler sehingga cair. Gaulkan rata biarkan sehingga sejuk.
Pukul bahan B sehingga sebati sahaja dan tidak perlu mix sehingga kembang.
Bahan C perlu diayak untuk memgelakan bendasing dan memberikan ruang untuk brownies mengembang semasa membakar nanti.
Masukan bahan A ke bahan B dan kacau sehingga rata, kemudian masukan bahan C sedikit sedikit sehingga habis sambil dikacau rata mengunakan senduk kayu.
Uleskan acuan menggunakan butter dan tepung atau alaskan menggunakan kertas pembakar, tuangkan adunan brownies ke dalam acuan. Its a bake time.
Pastikan oven telah dipanaskan dahulu yea untuk mendapatkan kek yang cantik. Untuk brownies suhu nya adalah 170c dan bakar selama 25 – 35 minit (mengikut size adunan) sehingga masak.
JIka inginkan brownies kedut, apabila telah masak boleh lah direnggangkan sedikit pintu oven untuk kedutan nya.
** Aduanan ini boleh ditambah walnut dan kekacang mengikut kesukaan yea. Topping saya gunakan nutella dan cadbury choc untuk kali ini.
Selamat mencuba.. !