Aida Kamalia Diterbitkan 12 June 2019

Awasi Pengambilan Gula Anda – Diebetes Memakan Diri! 

Awasi Pengambilan Gula Anda – Diebetes Memakan Diri! 

Tamat sudah perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi umat Islam seluruh negara, tetapi biasalah di Malaysia ini, raya kan sebulan! Pada minggu-minggu akan datang, pasti anda sudah mempunyai jemputan rumah terbuka yang sangat banyak, kan? Makan lagi lauk-pauk raya seperti lemang, rendang ayam, mee kari ditambah pula dengan pemanis mulut kek coklat leleh, bersama air manis oren sunquick. Amboi, menu rumah terbuka awak semua ke tu? Hehe! 

Ya, makan-makan juga, tapi anda juga harus memantau pengambilan gula lebih-lebih lagi pada musim perayaan ini yang rata-ratanya menghidangkan makanan yang tinggi kalori serta gula yang tinggi. Tujuan utama kita membuat rumah terbuka adalah untuk mengeratkan silaturrahim dengan berkumpul bersama rakan-rakan dan keluarga jauh. Bila sudah berkumpul sebegini terutamanya rakan-rakan anda yang hanya berjumpa setahun sekali, mulalah anda berborak sambil tangan mencapai makan sebagai kudapan. Sedar tak sedar, dah 4 round makan rupanya! 

shallow focus photo of unicorn lollipops

Haruslah anda beringat semasa makan, tahukah anda kira-kira 2.5 juta orang dewasa di Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes (kencing manis) mengikut pengerusi eksekutif Institut Diabetes Kebangsaan Datuk Dr Mustaffa Embong. Malah ramai orang dewasa sebenarnya tidak sedar mereka menghidap penyakit ini, kerana tidak menunjukkan sebarang gejala. Umumnya, diabetes Jenis 2 langsung tidak menunjukkan tanda-tanda awal, sehinggalah anda terkena serangan jantung, strok, buah pinggang bermasalah dan banyak lagi. Marilah kita kenali tanda-tanda diabetes dan dapatkan rawatan awal sebelum komplikasi lebih serius berlaku.

Apa itu diabetes

Ia terjadi apabila gula dalam darah (glukosa), terlalu tinggi. Glukosa diperlukan oleh badan untuk   tenaga, dan pankreas menghasilkan hormon yang dipanggil insulin yang membantu gula tadi ditukarkan kepada tenaga. Apabila badan tidak menghasilkan insulin atau menghasilkan insulin yang sikit, glukosa tadi tidak dapat ditukarkan kepada tenaga dan akhirnya mengakibatkan diabetes. 

Jenis-jenis diabetes

Type 1

Diabetes Type 1 ini dikenali sebagai Dependent Insulin Diabetes. Diabetes jenis ini dipanggil sebegitu kerana pesakit akan bergantung sepenuhnya pada insulin kerana ketidakupayaan badan menghasilkan insulin. Biasanya, ia terjadi pada kanak-kanak kecil. 

Type 2

Diabetes Type 2 pula dikenali dengan Independent Insulin Diabetes. Ini terjadi apabila badan menentang wujudnya insulin dalam badan, atau pun badan tidak mampu menghasilkan insulin bagi mengekalkan tahap glukosa yang normal untuk badan. Kebanyakan penyakit diabetes ini, 90% dikatakan menghidap Type 2 Diabetes, ini kerana penyakit ini sering menyerang warga tua dan pesakit obesiti. Walaupun begitu, semakin ramai orang dewasa yang masih muda menghidap penyakit kencing manis ini ekoran pemakanan yang tidak sihat. 

Tanda-tanda mempunyai diabetes 

Sering lapar

Sistem pencernaan memecahkan makanan ke dalam bentuk glukosa, dimaa ia diperlukan untuk ditukar kepada tenaga. Bagi pesakit diabetes, tahap glukosa tadi tidak dapat diproses dengan sempurna, membuatkan badan seperti menganggap tidak menerima glukosa yang cukup. Oleh itu, pesakit akan sentiasa berapa lapar, walaupun banyak mana mereka makan.

Sering ke tandas dan selalu berasa haus

Apabila gula didalam darah anda tinggi, buah pinggang akan cuba untuk memproses lebihan gula dan mengeluarkannya dari darah. Jadi ia menyebabkan seseorang kerap kencing dalam dalam masa yang singkat terutamanya apda waktu malam. Apabila air kencing banyak dikeluarkan dari badan, pesakit diabetes pula  akan sering berasa haus dan dahaga. 

Penglihatan yang kabur 

Oleh kerana pesakit diabetes mempunyai gula yang tinggi di dalam darah, ia mampu merosakkan saluran darah kecil di mata, yang mana menyebabkan mata pesakit menjadi kabur. Jika pesakit tidak mendapatkan rawatan dengan segera dan membiarkan perkara ini terjadi, ia mampu membuatkan mata menjadi buta. Namun, apabila paras gula sudah menjadi normal atau hampir normal, penglihatan akan pulih.

 

Jangkitan kulat

Selain itu, lebihan gula di dalam darah membuat yis lebih aktif seterusnya mampu membawa ke jagkitan kulat. Harus diingatkan, lelaki dan wanita juga mampu mendapat jangkitan ini. Jangkitan kulat lebih cenderung pada kawasan yang lembab seperti di kemaluan, ketiak, dan mulut. Ia aka menjadikan kulit gatal, merah-merah dan akan mengakibatka rasa sakit. 

 

Luka lambat sembuh

Tanda ini sudah tidak asing lagi apabila sebut sahaja kencing manis. Dimana apabila pesakit diabetes mempunyai luka kulit, masa untuk sembuh lebih lama berbanding orang biasa.  Ini kerana tahap gula yang tinggi dapat merosakkan saraf dan saluran dalam tubuh untuk meredakan peredaran darah. Walaupun luka di kulit hanya kecil, namun ia mungkin mengambil masa berminggu atau sebulan untuk sembuh. 

Badan lesu dan penat 

Pesakit diabetes juga cenderung untuk rasa sangat letih dan penat sepanjang masa. Ini kerana badan perlu mengimbangi kekurangan glukosa yang tidak stabil di dalam badan. Oleh itu, apabila pesakit berasa penat dan lebih, mereka lebih cenderung untuk marah. 

 

Jika anda mengalami tanda-tanda di atas, seharusnya jumpalah doktor secepat mungkin untuk mendapatkan kepastian dengan lebih mendalam. Diingatkan sekali lagi, Diabetes Type 2 lebih sukar untuk dikenalpasti kerana tanda-tanda tidak terlalu ketara. Jika keadaan sudah kronik, barulah pesakit tahu yang sebenarnya mereka menghidap kencing manis. Pada zaman sekarang, mereka yang berumur 40an yang menghidap kencing manis juga sudah menjadi kebiasaan tau. Kenapa? Semuanya kerana corak pemakanan yang tidak sihat. Lebih-lebih lagi sekarang, demam ‘bubble tea’ sedang melanda anak-anak muda! Tidaklah saya melarang minum air kegemaran anda, namun anda perlu tahu had pengambilan air manis ini. Tidak lupa juga semasa jemputan rumah terbuka hujung minggu nanti, ingat ya! 

 

Rujukan : 

https://www.medicalnewstoday.com/articles/323185.php