Carian
Mari Lihat Fakta Menarik Tentang Swarovski – Perhiasan Wanita Terkenal 
June 13, 2019 Aida Kamalia

Kalau sebut je nama Swarovski, memang sudah tak asing lagi terutamanya wanita dan peminat-peminat aksesori. Apabila anda pergi sahaja pusat beli-belah yang besar, pasti anda akan jumpa kedai perhiasan ini. Malah, ada orang lebih suka pakai Swarovski daripada emas tulen yang mempunyai nilai lebih tinggi jika dijual semula.


Namun Swarovski pula tidak mempunyai nilai setinggi emas tulen. Pasti ada keunikannya yang tersendiri kan? Antara perhiasan dari Swarovski yang menjadi perhatian adalah cincin, anting-anting dan rantai. Kalau korang pakai perhiasan dari Swarovski ni, mesti mempunyai satu perasaan yang berharga, kerana ianya Swarovski!

Jom Tajria nak cerita sedikit fakta menarik tentang Swarovski.

Siapa pencipta Swarovski 

Daniel Swarovski adalah anak kepada pemotong kaca di Bohemia. Pada tahun 1891, Daniel Swarovski mencipta satu mesin khas untuk memotong dan mengukir kaca kristal seterusnya mempatenkan mesin tersebut. Visi Daniel Swarovski ketika itu adalah ‘Berlian untuk semua’ dimana dahulu, berlian hanya untuk golongan elit sahaja.                  

Apa itu Swarovski 

Kristal Swarovski sebenarnya tidak terjadi dengan semulajadi seperti berlian. Ia adalah kristal kaca plumbum buatan manusia dan diperbuat daripada kuarza, pasir dan mineral. Akan tetapi, nisbah campurannya tetap menjadi rahsia Swarovski.

Logo

Pada permulaan kemunculan Swarovski, Syarikat Swarovski menggunakan bunga edelweiss sebagai logo sehingga 1988, kemudian, ia digantikan oleh angsa yang diiktiraf sekarang. Malah pelbagai ukiran angsa terdapat pada perhiasan Swarovski. 


Mengapa ia pilihan wanita 

Setiap kristal yang dihasilkan Swarovski, aa mempunyai nisbah lead kurang daripada 32%, menjadikan kristal Swarovski mempunyai kilauan yang sangat cantik . Ditambah dengan kemahiran ketepatan yang dipatenkan Swarovski, prisma yang menakjubkan terbentuk memaparkan lampu bersinar pada setiap sudut. 

Swarovski lebih mahal dari kaca 

Ini kerana Swarovski hanya menggunakan barang berkualiti tinggi. Proses untuk membuat satu kristal juga sangat rumit. Untuk mendapatkan kristal yang berkualiti tinggi dan cantik, ia mempunyai seratus aspek yang sama dalam beberapa arah. Setiap arah cahaya yang dicerminkan harus dikira terlebih dahulu dalam komputer, disimulasikan dalam 3D dan kemudian diprogramkan ke dalam mesin.


Cara untuk mengetahui Swarovski tulen

Terdapat cara untuk mengetahui keaslian kristal Swarovski ini. Akan tetapi, untuk tahu dengan lebih tepat, haruslah melihatnya dengan alat khas. Antaranya adalah :

  • Tidak mempunyai gelembung di dalam kristal.
  • Kristal Swarovski bersinar lebih cantik dan unggul daripada kristal tiruan.
  • Setiap kristal Swarovski mempunya saiz dan potongan yang sama kerana ia diperbuat daripada mesin.
  • Gosok pada permukaan kristal dan jika ia kelihatan seperti kilauan yang berminyak, ia menandakan kristal tiruan.

Selain daripada cincin, rantai dan anting-anting, jam tangan juga ada di Swarovski tau! Malah sekarang ni, penggunaan kristal Swarovski ni dah digunakan secara meluas oleh ahli perniagaan untuk produk mereka terutamanya pada pakaian serta tudung.

Sebagai contoh, Bawal Exclusive merupakan tudung bawal wanita yang dihiasi dengan kristal-kristal Swarovski. Jangan terkejut jika satu tudung bawal sahaja boleh mencapai ribuan ringgit! Jadi apa kata anda wanita diluar sana?  

Adakah anda salah seorang yang memakai perhiasan dari Swarovski ni? Adakah ia berbaloi dengan harga yang dibeli?

Komen