Carian
Kulit Terlampau Kering Dan Bersisik? Lihat Cadangan Pelembab Muka Di Bawah! 
June 18, 2019 Aida Kamalia

Kulit Terlampau Kering Dan Bersisik? Lihat Cadangan Pelembab Muka Di Bawah! 

Tidak seperti kulit berminyak dan kulit normal, mereka yang mempunyai kulit kering memerlukan penjagaan yang lebih rapi berbanding jenis kulit lain. Ini kerana jika dibiarkan kulit kering tanpa memakai sebarang pelembab, kulit akan rasa seperti tertarik, kering malah rasa bersisik apabila disentuh. Malah lebih teruk lagi, apabila permukaan kulit sudah pun kering dan sakit apabila disentuh, kemungkinan kulit akan berdarah kerana kulit tidak mampu menahan tekanan tersebut.

Bukan apa, jika anda mempunyai kulit yang kering, permukaan yang kasar, sudah tentu sekali apabila anda memakai make up, ia akan nampak pelik! Malah foundation yang anda gunakan juga akan lebih sukar untuk ‘lekat’ di atas kulit,  foundation yang diapaki juga turut akan menampakkan garis-garis halus di muka lebih ketara. Pastinya ia merosakkan keseluruhan make look anda pada hari itu.

Disebabkan ini lah, mereka yang mempunyai kulit kering atau kering yang ekstrem, sangat disarankan memakai pelembab yang lebih ‘thick’, serta memakai minyak muka (facial oil) untuk lebih lembap.

Apa penyebab kulit kering?

Banyak faktor sebenarnya yang menyumbang kepada kulit kering, antaranya adalah :

  • Persekitaran yang sejuk (winter)
  • Duduk di dalam bilik penghawa dingin
  • Kerap mencuci muka (lebih 2 kali sehari)
  • Kerap exfoliate kulit muka
  • Menggunakan air terlalu panas
  • Keturunan

Jadi apa yang perlu anda cari di dalam sebuah pelembab? Pastikan pelembab anda mempunyai bahan seperti di bawah yang mana sangat bagus untuk memberi kelembapan ke atas kulit kering anda.

Emollient 

Emollients digunakan untuk melembutkan dan melicinkan permukaan kulit, yang membantu mengurangkan kulit kasar dan bersisik. Emollient juga mempunyai agen occlusive iaitu bahan  yang membantu mencegah kelembapan (air) hilang dari kulit.

Contoh bahan emollient

Petrolatum

Paraffin

Beeswax

Squalene

Coconut, jojoba, sesame, almond, and other plant oils

Cetyl alcohol

Olive oil (oleic acid)

Triethylhexanoin

Humectants

Humectants adalah salah satu bahan yang terdapat dalam pelembab, losyen tanagn dan badan untuk memberi kelembapan pada kulit dengan menarik molekul air seperti magnet. Secara kimia, ia seperti membentuk ikatan hidrogendengan molekul air, dan ianya membantu melembapkan kulit dengan menarik air dari lapisan sel kulit.

Contoh bahan humectants :

Glycerin

Propylene glycol

Sorbitol

Sodium PCA

Hyaluronic acid

Allantoin

Urea

Cadangan pelembab untuk kulit yang kering

Rosken Skin Repair Dry Skin Cream (RM 16.90)

DERMA-E Hydrating Night Cream (RM163)

Essano Rosehip Regenerating Facial Moisturiser (RM76)

Sukin Moisture Restoring Night Cream (RM 59.90)

Tidak kira anda lelaki atau perempuan, cara untuk memilih produk penjagaan wajah berdasarkan muka anda, bukannya jantina. Jadi jangan risau para lelaki di luar sana, atau anda boleh pesan kepada adik, suami, teman lelaki, produk penjagaan wajah wanita semuanya boleh digunakan untuk lelaki. Pelembab khas untuk lelaki di rak-rak kedai hanyalah gimik semata-mata! Malah ia mungkin mempunyai bahan yang tidak sesuai untuk anda, kerana kebiasaan pelembab untuk lelaki pasti akan ada rasa berangin. Jika kulit tidak tahan, pasti akan meragam dan jadi lebih teruk! Oleh itu, jika anda salah seorang yang sering menghadapi masalah kulit kering, boleh cuba cadangan pelembab di atas.

Komen