Masih di dalam mood syawal. Syawal 2019 membawa kehadiran sahabat lama yang tidak berjumpa rasanya ada 20 tahun, mengeratkan kembali silatulrahim.  Sahabat zaman ITM dan kemudian dinaiktaraf ke UiTM, di dalam jurusan yang saya tidak berapa berminat pada ketika itu. Teman teman inilah yang  banyak memberikan galakan dan sokongan. Terima Kasih datang beraya dari Kedah sudi bertandang, dari Meru walau sejengkal tapi lama tidak berjumpa dan yang selalu jumpa :)

Balik dari pejabat, bersiap untuk menyediakan juadah untuk tetamu anggaran 17 orang. Meriah rumah kecil saya dengan kelatah anak anak sahabat.  Rahmat dan keindahan bila saya berpindah semula dari Pantai Timur ke Bandaraya ini. Jika masih di pantai timur agak payah untuk kami berhimpun semula begini. Inshaallah, berharap persahabatan ini dapat berkekalan walaupun kita tidak selalunya berjumpa. 

Joom try menu raya istimewa. Ikut perancangan awal hendak menyajikan Kari Kepala Ikan, sudah nya kejadian Asam Kepala Ikan dan Mee Kari sambil sambil juga bakar Kambing. Inshaallah di entri seterusnya kita kongsi resipi perapan kambing bakar yea. 

Masak Asam Kepala Ikan Tenggiri
(untuk 3 pax)

1 no Kepala Ikan Tenggiri

Bahan A (Blend)
3 ulas bawang merah kecil
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1/2 inchi halia
2 batang serai
1/2 lengkuas
1 bij buah keras
1/2 kunyit hidup
5 ulas cili padi (merah)

Bahan B (Blend)
250gm Cili Kering
1 camca air asam 
1 camca besar minyak masak
sedikit belacan yang telah dibakar
Sedikit jintan manis
Sedikit ketumbar

Bahan C
Bendi
Tomato
Bunga Kantan
Daun Kesum
1/2 camca halba
350 ml Air asam jawa (boleh adjust mengikut tahap kelikatan)
Garam dan Gula

Methodnya adalah:-
Bahan A ditumis sehingga pecah minyak dan naik bau, (saya suka bawang nya agak garing sedikit), masukkan halba dan bahan B, kacau sehingga cili pecah minyak atau agak2 garing. 
Masukkan air asam dan kacau sehingga kuah mendidih, boleh dimasukkan kepala ikan dan bahan C apabila ikan agak hampir masak dan dibiarkan mereneh (bagi mengelakkan ikan hancur) dan perasakan dengan gula dan garam mengikut citarasa. 

Selamat Mencuba, Masak Asam Kepala Ikan. 
** Boleh guna Kepala Ikan Merah juga yea. 

Salam Syawal. 

 

 

 

Lihat profil
norzalia

9 artikel di Tajria.