Kunci untuk mendapatkan kulit yang lembut, warna yang sekata serta bebas dari parut-parut hitam adalah dengan exfoliate kulit. Kenapa exfoliate? Pentingnya exfoliate ini adalah kerana lapisan kulit akan bertukar ke lapisan yang baharu dengan sendiri untuk satu jangka masa yang tertentu.
Disebabkan proses itu, ia akan meninggalkan sel kulit mati di kulit dan jika tidak dibuang, kemungkinan untuk kulit meresap kebaikan krim atau losyen menjadi kurang effektif.
Salah satu cara untuk exfoliate kulit badan adalah dengan memberus badan menggunakan berus, akan tetapi hari ini Tajria ingin berkongsi satu teknik yang dipanggil ‘dry brushing’ dan apa kebaikannya untuk kulit.
Apa itu dry brushing
Dry brushing adalah satu teknik memberus badan semasa badan masih kering, sebaiknya sebelum mandi dengan menggunakan berus yang kering dan sedikit kasar.
Cara dry brushing ini pula, mulakan berus dari bawah kaki hingga ke atas badan dengan bulatan, seterusnya berus seperti biasa. Untuk lebih berkesan, gunakan berus yang mempunyai pemegang diperbuat daripada kayu.
Kebaikan dry brushing
Melancarkan darah
Dengan teknik dry brushing ini, ia mampu melancarkan peredaran darah seseorang di dalam badan serta mampu membuang toksik dengan merangsangkan sistem limfatik di badan. Apabila peredaran darah menjadi lancar, badan akan menerima oksigen dengan lebih baik dan berkualiti.
Mencegah jerawat badan
Apabila korang menjadikan dry brushing sebagai salah satu rutin harian, ia akan membersihkan pori-pori serta mengahalang daripada pori tersumbat. Apabila pori-pori di kulit bersih dan tidak kotor, sekaligus mengahalang daripada terjadinya jerawat di badan.
Mengurangkan selulit
Rata-rata wanita yang melakukan dry brushing ini dengan tujuan untuk mengurangkan selulit di badan. Selulit terjadi apabila terdapat lebihan lemak di bawah kulit yang meyebabkan ia menolak tisu kulit dan dengan menggunakan tekanan daripada berus, sedikit sebanyak ia akan memudarkan selulit di badan.
Menghilangkan stress
Bukan sahaja teknik dry brushing ini dapat exfoliate kulit badan, malah proses dry brushing ini juga dapat menghilangkan stress anda. Jadikan ia satu rutin di mana setelah hari yang memenatkan, cari masa yang sesuai untuk beri ganjaran kepada diri sendiri dan lakukan dry brushing ini seperti di spa. Lakukan dengan teliti dan secara lembut seperti memberi satu terapi untuk diri.
Sudah menjadi lumrah wanita yang mementingkan kecantikan diri kan? Bukan untuk sesiapa, tetapi ia memberi satu kepuasan kepada diri apabila menjaga badan dengan baik. Lebih-lebih lagi setelah hari yang panjang ketika anda pulang dari kerja, apa salahnya memberi sedikit masa untuk diri anda sebagai ‘me time’,
Kalau anda belum cuba lagi teknik dry brushing ini, boleh mulakan mulai hari ini! Pasti ada di luar sana akan jatuh cinta dengan kesan pada badan lebih-lebih lagi ia dapat menghilangkan selulit di badan.