Carian
Kebaikan Berenang Untuk Bayi – Ternyata Sangat Selamat
June 20, 2019 Aida Kamalia

Kebaikan Berenang Untuk Bayi – Ternyata Sangat Selamat

Ibu-bapa pasti ingin yang terbaik untuk anak mereka kan. Lebih-lebih lagi di zaman moden sekarang, terdapat pelbagai kelas perkembangan untuk bayi dari umur 3 bulan lagi. Antaranya adalah, kelas berenang, kelas sensori dan banyak lagi. Mungkin ada yang berpendapat menghantar bayi kecil ke kelas agak pelik dan mungkin memberi tekanan kepada bayi. Sebenarnya, tiada istilah terlalu awal untuk mendedahkan bayi kecil anda kepada kelas perkembangan bayi. Dalam kelas perkembangan bayi kebiasannya kelas ini bersama ibu-bapa masing-masing. Antara aktiviti yang dilakukan adalah mengurut, yoga, muzik, serta sensori yang pastinya menjanjikan pelbagai kebaikan dan bagus untuk bayi kecil anda.

Tidak ketinggalan juga ibu-bapa zaman moden kini sudah mula menghantar bayi mereka ke kelas berenang. Adakah ianya selamat? Ya, anda tidak perlu risau kerana bayi sendiri mempunyai kelebihan di dalam air, malah setelah mengikuti kelas berenang, mereka mampu mengapungkan diri di atas air!

Sebenarnya terdapat pelbagai kebaikan untuk bayi jika didedahkan awal dalam berenang seawal 6 minggu. Ada ibu-bapa yang risau tentang keselamatan anak mereka tapi jangan khuatir, pilih kelas yang mempunyai lesen dan diiktiraf. Apa sebenarnya kebaikan berenang untuk bayi ni?

                                                                 

Meningkatkan keyakinan diri

Apabila bayi sudah didedahkan dengan aktiviti berenang dari peringkat awal lagi, mereka dapat meningkatkan keyakinan diri dari masa ke masa terutamanya keyakinan di dalam air. Kalau korang lihat bagaimana bayi di dalam air, mereka sebenarnya lebih berani ketika di dalam air seperti mengapungkan diri, serta mempunyai kebolehan untuk menahan nafas di dalam air.

Meningkatkan kemahiran diri

Berenang juga mampu meningkatkan kemahiran diri  seperti mampu seimbangkan diri dengan lebih baik serta menunjukkan fokus yang lebih tinggi terhadap sekililing. Secara tidak langsung, ia mampu meningkatkan kemahiran motor bayi yang lebih baik untuk masa akan datang. Terutamanya apabila mereka memasuki pra-sekolah atau tadika di mana memerlukan kemahiran yang lebih tinggi.

Menguatkan otot

Semasa berenang, bayi akan menggunakan semua anggota seperti kedua-dua tangan dan kaki apabila mereka menendang, menolak serta meregangkan badan. Ini mampu menguatkan otot bayi menjadi lebih kuat kerana penggunaan kesemua anggota di badan. Otot yang kuat sangat penting kerana ia dapat membantu  bayi semasa meniarap, merangkak serta berjalan dengan lebih lancar.

Grayscale Photography of Woman Holding Baby in Swimming Pool

Tidur yang lena

Apabila bayi sudah menggunakan masa mereka untuk aktiviti berenang, mereka akan berasa lebih letih daripada biasa. Ini kerana badan mereka sudah menggunakan tenaga yang banyak semasa berenang. Oleh itu mereka akan dapat tidur yang lebih berkualiti dan lena pada malam tanpa ibu-bapa bersusah payah menidurkan bayi.

Mengeratkan hubungan

Berenang bersama bayi dapat mengeratkan hubungan antara anak dan ibu atau bapa. Ini kerana pada waktu ini ibu bapa akan memberi perhatian sepenuhnya kepada anak mereka sepanjang sesi kelas berenang. Sentuhan dari ibu bapa dapat menguatkan emosi bayi seterusnya mereka akan lebih percaya pada diri sendiri.

Di samping kelebihan di atas, dengan menjadikan berenang sabagai salah satu rutin mingguan bayi, mereka dapat menyelamatkan diri mereka sendiri daripada lemas semasa berada di dalam air pada masa akan datang.

Bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada bayi, malah anda juga dapat meluangkan masa bersama anak tersayang. Jadi ibu-bapa di luar sana, boleh mula mencari guru berenang untuk bayi! Pastikan korang pergi ke tempat yang berdaftar atau seseorang yang mempunyai lesen untuk membuat kelas berenang.

Komen