Beg Tangan Wanita – Mana Satu Pilihan Anda?
Adakah anda seorang yang hanya mempunyai 1 beg sahaja, dan beg itu lah yang anda bawa ke pejabat malah keluar ke acara-acara lain di luar. Atau pun anda seorang penggemar beg tangan wanita, malah mempunyai koleksi beg tangan yang sangat banyak? Tidak mustahil anda mempunyai satu rak atau bilik khas untuk menyimpan kesemua beg tangan ini!
Beg tangan bagi wanita digunakan untuk menyimpan segala barang peribadi dan berharga untuk dibawa setiap masa. Jika anda lihat rakan wanita sekeliling anda, pasti di dalam beg tangan mereka sangat penuh dan berat kerana pelbagai barang di dalamnya, seperti harta karun! Bukan sahaja dompet, kunci kereta malah terdapat pelbagai resit belian makanan, make up dan banyak lagi. Tidak kurang juga wanita yang juga seorang ibu, kemungkinan pampers bayi mereka juga ada di dalam beg tangan!
Walaupun bagi sesetengah wanita beg tangan yang biasa sahaja sudah memadai, namun bagi mereka yang mementingkan penampilan, beg tangan adalah sesuatu yang sangat penting kerana ia seperti melengkapkan gaya seseorang. Setiap satu beg yang dimiliki, ia pasti digunakan pada acara yang berbeza.
Jadi pada artikel kali ini saya ingin berkongsi tips dan panduan memakai setiap jenis beg tangan wanita, terutamanya bagi mereka yang masih keliru beg apa untuk digayakan pada setiap acara!
Shoulder bag
Shoulder bag biasanya hadir dalam saiz yang agak besar membolehkan anda meletakkan barang peribadi anda. Sangat sesuai dipakai dalam acara santai atau pergi membeli belah bersama rakan dan keluarga. Untuk gayakan beg ini, pakai kemeja kosong bersama seluar skinny dan flats! Jangan lupa cermin mata hitam sebagai aksesori tambahan anda. Keseluruhan outfit ini pasti akan nampak bergaya bersama shoulder bag anda!
Handbag
Ingin nampak formal namun anggun di pejabat? Gayaka handbag seperti ini untuk menyerlahkan aura feminin dalam diri anda. Sangat sesuai untuk dibawa ke pejabat atau bertemu dengan pelanggan di luar. Anda boleh gayakan beg ini dengan memakai skirt para lutut, kemeja putih dan kasut tumit tinggi pendek. Harus diingatkan disini, jika beg anda sudah mempunyai corak tersendiri, pastikan outfit anda lebih kosong supaya beg anda yang akan menjadi perhatian.
Sling bag
Sumber : Charles & Keith
Sumber : Charles & Keith
Semua wanita pasti mempunyai paling kurang 1 sling bag ini di almari anda. Sling bag yang sangat ‘travel friendly’, kecil dan paling penting menampakkan seseorang lebih manis! Sling bag biasanya datang dengan tali panjang yang membolehkan seseorang memakai beg dengan menyilang di dada untuk nampak lebih ranggi. Hampir kesemua acara juga sesuai dipadankan dengan sling bag, oleh itu jika anda keliru beg apa untuk dipakai, ambil sahaja sling bag!
Fanny bag
Fanny bag merupakan beg yang menjadi kegilaan anak muda sekarang dan sangat ‘in trend’! Ianya seperti pouch kecil yang anda gayakan dengan memakai dipinggang, silang di dada atau pun silang di belakang badan anda. Jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru, anda boleh memakai dengan jeans lebar, baju lengan pendek bersama jaket, serta kasut sneakers! Hasilnya anda akan kelihatan sungguh bergaya ditambah dengan fanny bag yang dipakai.
Backpack
Ketika anda bercuti atau travel ke luar negara, memakai backpack ini lebih memudahkan pergerakan seharian anda. Ini kerana beg akan disandang di belakang badan dan tangan tidak terbatas untuk membuat apa-apa. Terutamanya bagi ibu-ibu yang mempunyai anak kecil, ini membolehkan anda mendukung anak tanpa rasa tidak selesa memegang beg tangan. Untuk gayakan backpack, pilih outfit yang lebih santai dan selesa untuk anda bergerak.
Clutch
Corak clutch biasanya lebih glamour dengan hiasan labuci dan manik yang halus untuk dipakai di acara makan malam istimewa atau acara rasmi. Clutch tidak mempunyai sebarang tali maka ia harus dipegang sepanjang masa, malah storan pula sangat kecil. Jadi tidak sesuai untuk mereka yang mahu meletakkan pelbagai barang di dalam beg ini.
Jadi bagi mereka yang masih keliru untuk menggayakan beg apa hujung minggu ini, bolehla lihat panduan dan tips di atas ini! Lebih-lebih lagi Hari Raya Aidilfitri masih belum berakhir, pasti terdapat banyak jemputan rumah terbuka hujung minggu ini kan. Lihat kembali koleksi beg tangan anda, lihat apa yang paling sesuai untuk outfit minggu ini, selamat mencuba!