Carian
Jom Cuba Buat Baja Tanaman Menggunakan Bahan Dapur 
June 27, 2019 Aida Kamalia

Jom Cuba Buat Baja Tanaman Menggunakan Bahan Dapur 

Pasti ramai wanita di luar sana yang mempunyai hobi bercucuk tanam dan berbakti pada tanah, tidak kiralah anda seorang suri rumah atau pun anda seorang wanita yang bekerja. Orang kata banyak manfaatnya jika kita berbakti pada tanah, pasti akan membuahkan hasil pada masa akan datang. Menanam pelbagai jenis pokok bunga, sayuran dan tidak kurang juga buah-buahan. Pasti tenang sahaja tatkala melihat pokok yang subur, bunga tumbuh dengan mekar serta buah-buahan yang sangat sihat! Ada yang mengatakan apabila anda menyiram pokok dan tanaman, anda haruslah bercakap dengan pokok dengan lemah lembut, serta mesra dengan ‘mereka’. Barulah pokok dan tanaman anda sihat-sihat belaka! 

Untuk pokok yang subur, memang memerlukan sedikit kos untuk membeli baja yang berkualiti, pelbagai jenis tanah untuk menyuburkan tanaman. Untuk baja pula, terdapat baja organik dan baja kimia dan setiap satunya berbeza manfaat untuk pokok. Pada artikel kali ini Tajria ingin ajar anda semua cara untuk membuat baja homemade di rumah, yang pastinya dapat membuatkan pokok anda lebih sihat, bunga yang cantik dan buah yang sihat! 

Dengan membuat baja homemade ini, sedikit sebanyak dapatlah anda menjimatkan kos. Jom lihat dibawah!

Baja kulit bawang 

Red Onions

Jangan terkejut kulit bawang sangat bagus untuk membuatkan tanaman ada subur! Ramai yang dan mencuba baja kulit bawang ini kerana keberkesanannya tau. Selain dapat menggalakkan pertumbuhan daun baru, baja bawang ini juga dapat mempercepatkan proses pengeluaran buah-buahan. Jadi selepas ini jika anda mengupas bawang merah dan bawang putih, jangan buang ke dalam tong sampah kerana ianya dapat dibuat baja. Jom lihat cara-caranya. 

Cara-cara 

  1. Kumpulkan kulit bawang yang anda telah kupas. Anda bebas untuk menggunakan apa sahaja kulit bawang merah dicampur dengan kulit bawang putih. Lebih bagus untuk lebihkan kulit bawang merah. 
  2. Cuci dahulu kulit bawang, kemudian rendamkan semalaman. 
  3. Air rendaman bawang tadi anda boleh siramkan pada pokok-pokok tanaman anda. Sisa kulit bawang juga boleh sahaja anda letak dalam pasu bunga!

Baja roti 

Slice Bread on Brown Chopping Board
  1. Seterusnya adalah baja yang diperbuat daripada roti, dipanggil baja roti. Sebenarnya proses ini dipanggil  MOL iaitu Mikroorganisma Lokal. Bahan yang digunakan juga memang sudah tersedia di dalam rumah anda. Pasti terdapat roti di atas meja makan, kan? Yang penting, anda harus gunakan roti yang elok dan belum tarikh luput. Kalau nak lihat tanaman anda cantik, berbuah lebat dan daun gebu-gebu, mari kita cuba baja ini! 
  2. Cara-cara 
  3. Ambil sekeping roti yang elok (belum tarikh luput), kemudian carikkan roti tadi.
  4. Ambil sebotol 1.5 liter air bersih tanpa klorin, boleh juga untuk anda gunakan air hujan. 
  5. Kemudian masukkan kepingan roti tadi ke dalam botol.
  6. Seterusnya anda haruslah menyimpan bahan tadi selama 4 hari di tempat gelap untuk memeram bahan tadi. 
  7. Selepas itu, larutan air tadi boehlah anda masukkan dalam penyiram bunga, tambahkan lagi air dan sedia untuk dibaja! 

Baja air beras 

Air basuhan beras ini bukan sahaja dapat menghilangkan hanyir ikan, melicinkan kulit muka tau! Maah lebih menarik lagi, air basuhan beras ini sangat bagus untuk tanaman anda, lebih-lebih lagi pokok bunga ros, bunga kertas dan macam-macam lagi, pasti warna bunga anda akan lebih menarik dan terang! Disebabkan nasi sudah menjadi makanan ruji, cuba jadikan rutin untuk menyiram air basuhan beras ini untuk tanaman anda.

Cara-cara

  1. Ambil basuhan pertama dan kedua air beras, kemudian letakkan di dalam bekas penyiram bunga. 
  2. Jika anda mempunyai air lebihan beras, simpan sahaja air tadi dan campur sahaja air basuhan ini dengan basuhan beras untuk keesokan hari. 

Baja kulit telur dan kulit pisang

Seperti namanya, anda pasti sudah ketahui bahan utama baja ini kan. Kulit telur mengandungi kalsium yang tinggi dimana boleh dijadikan baja organik untuk tanaman anda. Gabungan kulit telur dan kulit pisang ini dapat menyuburkan tanaman anda, meransangkan pembentukan biji benih serta membuatkan daun pokok yang cantik. Mudah sangat cara membuat baja ini, bahan juga sudah ada di dapur, jom kita tengok! 

Brown Egg Shell on White Surface

Cara-cara 

  1. Pastikan kulit telur sudah pun kering dan tiada sebarang air, begitu juga dengan kulit pisang, sebolehnya tunggu kulit pisang seperti kehitaman. 
  2. Ambil blender, kemudian blend dua bahan ini. Tidak mengapa jika tidak terlalu hancur. 
  3. Kemudian, taburkan pada sekitar tanaman anda. 

Jika anda lihat bahan-bahan yang digunakan di dalam setiap baja di atas, semuanya menggunakan barang dapur sahaja. Untuk memulakannya, jadikan tabiat untuk mengasingkan bahan-bahan yang diperlukan saat anda memasak di dapur. Iyalah, kadang-kadang diri pun terlupa untuk mengasingkan sisa-sisa bahan dapur. 

Yang pasti, baja homemade yang anda buat ini tiada bahan kimia, jadi tidak perlu risau kerana ia tidak akan memberi kesan buruk pada tanaman anda. Malah dapat menjimatkan duit daripada anda beli baja di luar sana yang mungkin mencapai puluhan ringgit. Apa salahnya mencuba kan? Komen dibawah jika anda pernah mencuba baja-baja di atas! 

Komen