Kebanyakan penghalang lipas atau kaedah pencegahan yang kebiasaannya ada di pasaran mengandungi bahan kimia berbahaya. Oleh itu, pasti ramai dalm kalangan anda akan mengelak daripada menggunakannya untuk membunuh lipas.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan lipas tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya yang mungkin anda tidak tahu. Dalam artikel ini, kami akan memberitahu anda tips dan cara untuk membunuh lipas dengan serta-merta.
Gula dan Baking Soda
Ia adalah rawatan yang mudah dan semula jadi untuk membunuh lipas. Letakkan gula dan serbuk penaik di suatu bekas. Hal ini kerana, gula berfungsi untuk menarik lipas dan soda penaik akan mampu membunuh lipas. Serbuk penaik akan menghancurkan sistem pencernaan lipas dan membinasakan mereka hingga mati.
Anda boleh membuat campuran serbuk gula dan serbuk penaik dengan mengambil jumlah yang sama untuk setiap bahan. Semburkan campuran ini berhampiran kawasan yang sering ada lipas di rumah anda. Menerusi campuran ini, lipas akan mati akibat reaksi kimia pada bahan serbuk penaik dengan asid perut dan menyebabkan ia menjadi gas.
Cecair Dengan Konsentrasi Tinggi
Selain gula dan soda penaik, cecair yang berkonsentrasi tinggi juga merupakan ubat yang terbaik untuk membunuh lipas.
Menggunakan cecair dengan konsentrasi yang pekat, ia bertindak sebagai penghalang atau racun untuk lipas sekaligus membantu menjauhkan lipas untuk tempoh masa 2 hingga 3 minggu. Gunakan campuran ini untuk membersihkan atau lap lantai dan mana-mana kawasan lain. Lakukan proses ini secara kerap untuk mencegah serangan semula.
Ammonia
Ammonia juga mempunyai bau yang kuat yang akan mengusir lipas dan boleh menyebabkan kecacatan pada serangga. Jika ingin menggunakan kaedah ini, tambahkan dua cawan serbuk ammonia dalam bekas penuh air dan jalankan melalui saluran bilik mandi anda dan sinki dapur.
Bau ammonia akan menghalang lipas bertapak di kawasan rumah anda. Lakukan proses ini sekali dalam dua minggu untuk mengelakkan lipas datang ke rumah anda.
Lada, Bawang Putih dan Bawang Merah
Untuk cara yang lebih mudah, anda juga boleh membunuh lipas dengan menggunakan bahan-bahan mudah yang berada di dapur seperti lada, bawang putih dan bawang merah.
Anda hanya perlu mendapatkan satu cengkih bawang putih, serbuk lada dan satu ulas bawang merah dengan satu liter air dan rendam kesemua bahan selama satu jam.
Tepung Putih dan Asid Borik
Ini adalah umpan buatan sendiri untuk membunuh lipas. Untuk kaedah ini, campurkan serbuk putih tepung dan asid borik. Setelah dicampurkan dan digaulkan sehingga menjadi doh, anda boleh menjadikannya bola kecil dan letakkan di beberapa kawasan di rumah yang ada lipas.
Lakukan aktiviti ini selama 1 hingga 2 minggu untuk memastikan bahawa semua lipas mati. Simpan campuran dari haiwan dan anak-anak anda kerana campuran ini berbahaya kepada haiwan dan manusia.
Gunakan Serbuk Asid Koko, Tepung Dan Borik
Campurkan satu bahagian asid borik, dua bahagian tepung dan satu bahagian serbuk koko. Walau bagaimanapun, campuran ini berbahaya kepada anak-anak dan haiwan peliharaan, tetapi ia bukan bahan toksik seperti semburan serangga. Sentiasa gunakan sarung tangan semasa menggunakan asid borik.
Menggunakan Semburan Serangga
Dapatkan semburan khas untuk membasmi tempat persembunyian lipas atau laluan mereka di dalam rumah. Kawasan ini termasuk, sepanjang dinding, perabot atau mana-mana sudut. Elakkan daripada menghala semburan ini daripada haiwan peliharaan atau anak-anak kecil sebagai langkah keselamatan.
Selain itu, elakkan daripada menyembur racun seranggan pada arah angin agar ia tidak terkena mata atau tempat-tempat sensitif. Pastikan anda telah membaca semua langkah berjaga-jaga dan keselamatan pada label produk.
Sabun Mandi
Anda juga boleh menggunakan sabun mandi harian anda untuk menghilangkan lipas dengan cepat dan secara semula jadi. Sediakan solusi air dan sabun dengan kuantiti sabun yang secukupnya dan semburkan air campuran ini pada lipas.
Selepas melakukan semburan, lipas akan mati serta-merta kerana liang pernafasan mereka tertutup oleh air sabun. Anda juga boleh menyembur di laluan atau tempat penyembunyian lipas. Ini adalah salah satu cara paling mudah untuk membunuh lipas dengan mudah
Di harap perkongsian ini dapat membantu anda memilih kaedah terbaik dan mengikutinya dengan berkesan.