Lip Balm vs Lip Mask
Bagi mendapatkan kulit bibir yang cantik dan menawan, kebiasaannya anda pasti akan meletakkan sedikit lip balm atau pelembab bibir padanya. Tidak hanya dapat mencantikkan bibir anda, malah ia juga turut boleh mengelakkan bibir anda dari kering dan merekah. Namun, tahukan anda akan perbezaan lip mask dan lip balm untuk kegunaan harian. Oleh itu mari kita lihat, apakah yang membezakan kedua-dua produk ini dari segi tekstur, kandungan dan penggunaanya.

Apa itu lip mask?
Topeng bibir melembabkan bibir yang kering dan menjadikan bibir lebih lembut dan menawan. Seperti mask yang lain, ia turut digunakan sebagai produk tambahan dalam rutin penjagaan bibir anda. Menurut pakar dermatologi, anda dicadangkan untuk menggunakan mask bibir satu hingga dua kali seminggu selepas membersihkan dan mengeringkan wajah. Selain membantu dalam merawat bibir, ia turut mengandungi beberapa bahan-bahan penghidratan tambahan dan ditambah dengan khasiat mentega shea. Untuk lip mask, kesan pada bibir akan dapat dilihat beberapa hari selepas penggunaan, yang mana ia adalah lebih kekal berbanding lip balm.
- Kandungan: Mengandungi vitamin C dan hadir dengan pelbagai aroma termasuk peach, mint choco, pear, rosemary dan lavender.
- Penggunaan: Waktu penggunaan bagi topeng bibir ini biasanya adalah pada waktu malam iaitu dengan kekerapan untuk memakai adalah satu sehingga dua kali seminggu.
Apa itu Lip Balm?
Kebanyakkan balm bibir ini berfungsi sebagai produk bibir yang bertujuan untuk melindungi bibir daripada kering atau merekah. Selain itu, ia turut dapat membantu dalam menyembuhkan dan merawat bibir yang mempunyai masalah tersebut. Balm bibir mengandungi lilin yang menghalang kelembapan daripada menguap dari lapisan atas bibir. Berbanding minyak, ia masih akan hilang pada lapisan atas bibir sekaligus tidak dapat menghalang kehilangan kelembapan pada bibir. Untuk lip balm, ia sesuai untuk pemakaian jangka masa pendek, yang mana ia tidak kekal pada keesokkan harinya. Anda perlu memakainya semula untuk mendapatkan penghidratan bibir untuk hari seterusnya.
- Kandungan: Ia mengandungi lilin yang mampu menghalang kelembapan hilang dari bibir. Selain itu, ia turut menggunakan shea butter dan minyak almond bagi melindungi bibir daripada kering dan merekah.
- Penggunaan: Jika dibandingkan dengan topeng bibir, balm bibir ini adalah sesuai untuk penggunaan harian. Ia boleh digunakan sama ada sebelum anda memakai lipstick atau lip gloss atau ia turut boleh dipakai sewaktu aktiviti biasa.