Tawaran Promosi Di Kedai Atas Talian Watson Sehingga 60% Untuk Barangan Terpilih

Promosi Watson kembali lagi, ia hadir dengan pelbagai tawaran hebat untuk semua jenis barangan termasuk topeng muka, kosmetik, kesihatan dan bermacam-macam lagi di platform atas talian Watson. Bagi anda yang tidak mahu ketinggalan, jangan lupa tetapkan tarikh di kalendar anda. Tapi untuk promosi kali ini, Watson mengadakan diskaun bersempena 7.7 atau 7 Julai yang bakal berlangsung dalam masa terdekat. Sebagai pelanggan yang sering berbelanja di Watson, anda pasti akan menemui pelbagai jenis barangan yang menarik dan berkualiti pada harga yang murah. Berikut adalah tawaran promosi sehingga 7 Julai ini yang berlangsung di platform atas talian Watson. 

77_main3.jpg

Bagi anda yang meminati jenama Maybelline, anda boleh mendapatkan  Maybeline Hpersharp Powe Black Eyeliner pada harga promosi RM20.93. Bukan itu sahaja, ia turut menawarkan Maybelline Hypercurl Waterproof Mascara Black pada harga diskaun RM19.53. Tawaran yang menarik bukan? Diskaun bagi barangan Maybelline tidak berhenti disini sahaja, ia turut menampilkan Maybeline Nude Palette Eyeshadow, 24 Karat Palette Eyeshadow serta The Blushed Palette Eyeshadow pada harga RM35.45. 

Menariknya, jenama Watson turut menawarkan beberapa jenis topeng muka (face mask) yang pasti akan menjadi pilihan semua wanita. Harga untuk setiap satu mask Watsons hanya RM6.50, tapi jika anda membeli dua, anda berpeluang mendapatkan satu lagi mask secara percuma! Menerusi pembelian ini, anda boleh berjimat sehingga RM4.33.

Selain itu, terdapat pelbagai produk lain yang hadir dengan diskaun sehingga 50% termasuk Freeman Clay Mask, Nano White Awakening Snow Wash 100g, Pure Beauty Urban Shield Protective Sun Gel dan bermacam-macam lagi. Tidak ketinggalan juga, produk Simple, L’oreal dan Safi turut boleh didapati dengan diskaun serendah 35%. Jadi, apa tunggu lagi. Dapatkan kesemua barangan di Watson pada harga yang lebih rendah.

https://www.watsons.com.my/medias/brand-thumbnail-03.jpg?context=bWFzdGVyfHJvb3R8MTIzNjcyfGltYWdlL2pwZWd8aDE5L2g3ZC84ODY2ODUyMjQxNDM4LmpwZ3xlYTc1OWViZTgyZmQzM2I1ZmE4NTRhMDE3YjAwNDM3ZTNmNzlmM2ViMDgzYThjNmYzMjQzMzQ2MWJkMzRkMzYz

Di atas adalah beberapa jenama yang boleh anda dapati pada harga yang lebih murah. Selain itu, anda turut boleh mengumpul mata ganjaran dari Watson bagi menebus beberapa barangan menggunakan ganjaran terkumpul pada akaun Watson anda. Berbelanja di Watson bukan sahaja memudahkan anda memperoleh barangan keperluan untuk diri anda, bahkan anda juga boleh menemukan berbagai barangan pada harga yang jauh lebih rendah berbanding kedai-kedai kecantikan yang lain. Semoga menerusi perkongsian kami di Tajria, ia dapat membantu anda mendapatkan barangan kosmetik dan kecantikan anda.