Tips Dan Resepi Membuat Fudgy Brownies Serta Cakey Brownies 

Brownies adalah pencuci mulut yang penuh rasa coklat di dalam setiap potongan. Biasanya, bentuk brownies hadir dalam bentuk empat segi, teksturnya pula padat dan bergantung pada resepi sama ada ia lebih fudgy atau pun cakey. Boleh dikatakan cara untuk membuat brownies sangat mudah dan tidak rumit seperti anda membuat kek atau pun biskut. Ini kerana brownies tidak memerlukan masa yang lama untuk dibuat, malah anda tidak perlu risau akan kek yang tidak naik, kerana sememangnya brownies seakan-akan kek bantat! 

Berbalik semula kepada jenis brownies iaitu fudgy dan cakey. Untuk fudgy brownies, tekstur brownies lebih padat dan lebih lembab. Manakala untuk cakey brownies, tekstur kurang padat dan lebih kepada tekstur kek, juga sedikit kering. Ada mereka yang sukakan tekstur lembab dan ada juga yang suka tekstur brownies yang kering. Namun buat pengetahuan anda semua, setiap ratio yang berbeza dalam resepi brownies akan menentukan tekstur terakhir brownies anda. Kiraan gula, lemak, coklat, telur dan tepung setiap satunya jika lebih atau kurang kiraan, ia akan menganggu hasil kejadian brownies anda. 

Sebelum kita teruskan dengan resepi brownies, kita lihat dahulu bahan-bahan untuk membuat brownies! 

Tepung 

  • Lebih banyak kuantiti tepung, brownies akan menjadi fudgy begitu juga sebaliknya, tepung yang banyak akan membuatkan brownies anda akan mejadi cakey. 
  • Elakkan menggunakan tepung kek kerana bahan terkandung didalamnya akan menganggu tekstur brownies. Gunakan tepung gandum atau pun tepung serbaguna. 

Lemak  

  • Kebanyakan resepi brownies menggunakan butter (mentega), namun ada juga yang menggunakan minyak sebagai gantian.
  • Penggunaan mentega di dalam resepi akan menjadikan brownies lebih cakey, dan minyak akan menjadikan brownies anda lebih fudgy.

Coklat 

  • Coklat yang digunakan di dalam brownies adalah blok coklat yang dicairkan, serbuk koko atau pun kedua-duanya sekali. Biasanya akan ada potongan coklat ketul dicampurkan ke dalam resepi, untuk memberikan rasa coklat cair di dalam mulut apabila anda makan brownies itu. 
  • Lebih banyak coklat yang dicairkan di dalam resepi serta kurang serbuk koko, ia akan memberikan tekstur yang lebih fudgy dan lembab. 
  • Kuantiti serbuk koko yang banyak lebih daripada coklat cair, ia akan memberikan tekstur lebih kepada kek. 

Gula 

  • Ada yang menggunakan gula kastor sahaja atau pun gula perang sahaja di dalam resepi brownies namun gula kastor dan gula perang akan memberikan tekstur yang berbeza. 
  • Lebih banyak gula perang akan menjadikan brownies lebih fudgy, dan lembab manakala gula kastor akan memberikan tekstur lebih cakey. 
  • Ada juga yang mencampurkan kedua-dua gula kastor dan gula perang untuk hasil brownies yang terbaik. 

Telur 

  • Resepi fudgy brownies menggunakan banyak kuantiti telur di mana ia akan memberikan tekstur yang lembab, dan padat. 
  • Manakala cakey brownies pula menggunakan kuantiti telur yang sedikit. 

Resepi Fudgy Brownies 

sliced cookies and cup of coffee on brown coaster
  • 400gram coklat masakan 
  • 100gram tepung serbaguna/tepung gandum
  • 30gram serbuk koko
  • 150gram mentega 
  • 4 biji telur
  • 200gram gula kastor (boleh buat 100gram gula kastor, 100 gram gula perang)

Cara-cara

  1. Cairkan coklat masakan dan mentega, terpulang kepada anda untuk buat kaedah double boil mahupun menggunakan ketuhar gelombang mikro. 
  2. Di dalam bekas yang berlainan, masukkan gula kastor dan gula perang. Kemudian masukkan telur satu per satu.
  3. Kacau sebati adunan, tetapi jangan terlalu lama. Cukup dengan menggunakan hand whisker sahaja. 
  4. Kemudian, masukkan coklat yang sudah cair ke dalam adunan tadi. Kacau sedikit sahaja. 
  5. Seterusnya, ayak tepung bersama serbuk koko dan masukkan ke dalam adunan, gunakan kaedah kaup balik untuk mengacau adunan tadi. 
  6. Siap! Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 25-30 minit pada suhu 165 darjah selsius. 

Tonton Video : Resepi Fudgy Brownies 

Resepi Cakey Brownies. 

  1. 120gram mentega 
  2. 230gram coklat masakan 
  3. 1 1/2 cawan gula kastor 
  4. ¼ cawan serbuk koko 
  5. 1 ½ tepung serbaguna 
  6. ¾ sudu serbuk penaik

Cara-cara: 

  1. Cairkan coklat masakan dan mentega, terpulang kepada anda untuk buat kaedah double boil mahupun menggunakan ketuhar gelombang mikro. 
  2. Di dalam bekas yang berlainan, masukkan gula kastor dan gula perang. Kemudian masukkan telur satu per satu.
  3. Kacau sebati adunan, tetapi jangan terlalu lama. Cukup dengan menggunakan hand whisker sahaja. 
  4. Kemudian, masukkan coklat yang sudah cair ke dalam adunan tadi. Kacau sedikit sahaja. 
  5. Seterusnya, ayak tepung bersama serbuk koko dan serbuk penaik, kemusian masukkan ke dalam adunan, gunakan kaedah kaup balik untuk mengacau adunan tadi. 
  6. Siap! Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 25-30 minit pada suhu 165 darjah selsius. 

Tonton Video : Resepi Cakey Brownies

Senang sungguh kan? Bagi saya fudgy brownies lebih menepati citarasa saya yang sememangnya penggemar coklat. Untuk rasa yang lebih enak, anda boleh cuba letakkan kepingan coklat, atau pun pelbagai jenis kacang seperti badan, almond dan lain lain untuk memberi rasa yang lebih crunchy. Malah waktu untuk menyediakan brownies ini juga hanya 15 minit sahaja tidak termasuk masa membakar brownies. Semestinya pencuci mulut ini akan menjadi kegemaran anda sekeluarga terutamanya anak-anak anda!