Carian
Resdung
July 4, 2019 Amalina Hazaidi

Resdung

Resdung atau sinusitis adalah salah satu masalah lazim di seluruh dunia. Di Malaysia, dianggarkan 60 hingga 65 peratus penduduk mengalami resdung. Gejala resdung ini menunjukkan simptom yang selalu berlaku seperti hidung tersumbat, lelehan hingus berlebihan, bersin selalu, bengkak mata dan kegatalan di hidung mulut dan mata.

Sejak mengalami simptom resdung ini, perbagai cara mahupun ubatan saya cuba. Saya juga pernah terjebak dengan penggunaan letak asap atas hidung. Pada mula rawatan, ia amat memedihkan bahagian hidung dan kawasan muka kerana suhu corong lilin panas. Ia juga mengakibatkan kegatalan hidung yang dikatakan ulat resdung keluar. Setelah menjalani terapi itu ternyata ia tidak berkesan.

Sumber : drresd.com

Seterusnya, saya mencuba terapi sinus bioHerba dari DrResd. Terapi tersebut menggunakan pengewapan air dan beberapa titisan herba yang dititiskan di kawasan muka dan hidung. Perawat juga menekan titik resdung di rongga-rongga hidung dan muka. Ia amat melegakan dan resdung semakin berkurang.

Sumber : Sinus Rinse Regular Kit – NeilMed Pharmaceuticals, Inc.

Setelah tempoh yang panjang tidak medapatkan rawatan, resdung kembali menyerang. Jadi, saya mendapatkan nasihat farmasi pula dengan membeli alat untuk mencuci hidung (Neilmed Sinus Rinse). Sesetengah individu yang mengalami alahan teruk akan menyebabkan sistem imum badan bertindak balas secara berlebihan. Ia dipanggil sebagai hypersensitiviti. Dalam resdung, lapisan yang menyelaputi bahagian dalam hidung sangat sensitif terhadap habuk halus mahupun hama.

Walaupun gejala ini tidak mendatangkan masalah serius, tetapi komplikasi ini boleh berlaku dan ia memberi kesan kepada kualiti hidup. Sebagai contoh, tidur yang tidak selesa ataupun mengalami sumbatan sewaktu tidur (Obstructive Sleep Apnea) ketika resdung menyerang. Ia boleh menyebabkan prestasi kerja terganggu pada keesokkan harinya.

Oleh itu, saya kongsikan beberapa tips penjagaan resdung agar pesakit boleh mengawal keradangan hidung ini berlaku.

  1. Elakkan memelihara binatang berbulu
  2. Elakkan menggunakan perabut yang akan berhabuk seperti karpet
  3. Sarung tilam perlu selalu ditukar
  4. Pakai penutup hidung ketika mengemas rumah
  5. Elakkan makan makanan laut seperti udang, sotong dan kerang
  6. Lap muka dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam atau melakukan pernafasan wap
  7. Hirup sup atau cecair yang panas dan banyakkan minum air

Sekiranya resdung anda berlarutan jangan lupa untuk mendapatkan rawatan doktor. Tidak perlu pergi berubat kampung letak asap atau mengambil ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat doktor. Paling penting kita haruslah menjaga pemakanan dan persekitaran.

Komen