Garam Epsom Dapat Memberi Banyak Kebaikan Pada Badan
Apa itu garam epsom? Untuk pengetahuan anda semua, garam epsom mempunyai banyak kebaikan dan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Sebagai contoh untuk kecantikan, kesihatan, tanaman dan banyak lagi. Garam epsom ni bukan seperti garam yang biasa anda gunakan untuk tujuan memasak ya! Walaupun rupa garam epsom ini sama seperti kebanyakan garam yang lain, namun ia berbeza dari segi kebaikannya. Garam epsom ini ialah gabungan magnesium, sulfat dan oksigen. Nak tau apa kebaikan garam epsom? Baca dibawah ini!
Menghilangkan stress
Garam epsom ini dapat menghilangkan stress dengan membuatkan badan relaks dan tenang. Caranya mudah, rendam sahaja di dalam tab mandi dan masukkan 2 cawan garam epsom selama 20-30 minit.Untuk kesan yang terbaik, anda boleh mencampurkan sedikit essential oil pilihan anda. Bagi mereka yang sering penat selepas pulang dari kerja, cubalah cara ini untuk menenangkan diri dan badan anda.
Mengurangkan lenguh otot
Berendam dengan garam epsom ini juga dapat mengurangkan otot-otot yang lenguh. Disebabkan kebolehan garam ini sendiri, ramai para atlit yang menggunakan cara ini sebagai rendaman selepas mereka bersenam atau berlatih untuk mengurangkan lenguh-lenguh. Cara ini bukan sahaja sesuai untuk para atilt, malah suri rumah yang sering melakukan kerja-kerja berat, atau pun ibu-bapa anda yang berumur.
Menghilangkan toksik
Menarik lagi apabila berendam dengan garam epsom ini, ia mampu menarik toksin yang tidak baik dalam badan kita. Jika anda terasa badan lesu dan tak bermaya, cuba rendam dengan garam epsom untuk detoks badan supaya badan lebih sihat. Mempunyai banyak toksin di dalam badan juga memberi kesan yang tidak bagus pada diri, seperti hilang mood baik dan sentiasa lesu.
Menghilangkan jerawat
Garam epsom ini juga boleh menghilangkan jerawat tidak kira jerawat di muka atau pun jerawat di belakang badan. Sifat garam epsom ini tidak mengeringkan seperti garam yang lain, jadi tak perlu risau untuk letak di kulit. Kerana garam epsom mempunyai sulfur yang mana bagus untuk menghilangkan jerawat. Caranya mudah, semasa korang cuci muka campur secubit garam epsom ke dalam pencuci muka dan cuci muka seperti biasa. Anda akan lihat garam epsom ini larut dengan sangat mudah apabila bercampur dengan air.

Mengurangkan rambut gugur
Tips ini pasti ramai wanita di luar sana ternanti-nanti, ya garam epsom boleh mengurangkan rambut gugur! Garam epsom ini akan membersihkan kulit kepala dan detoks tanpa mengeringkannya. Elakkan menggunakan garam biasa kerana sifatnya mengeringkan. Caranya, campur sahaja sedikit garam epsom ke shampoo yang sudah dipicit di tapak tangan, kemudian shampoo rambut seperti biasa.
Memberi ‘volume’ pada rambut
Selain itu, garam epsom ini dapat membuat rambut nampak lebih tebal. Jika inginkan effect rambut yang tebal dan lebat seperti artis pujaan anda, boleh cuba tips ini dengan harga yang jauh lebih murah. Ambil botol spray kosong, masukkan air mineral dan campur sedikit garam epsom. Spray rambut ketika rambut kering dan sikat menggunakan sikat bergigi besar untuk mendapatkan volume rambut yang lebih tebal.
Pokok lebih sihat
Jangan terkejut garam epsom juga boleh membuatkan pokok korang lebih sihat dan tumbuh lebih cepat, disebabkan garam epsom diperbuat daripada sulfur dan magnesium yang diperlukan oleh pokok tanaman. Cara untuk gunakannya, taburkan sedikit garam epsom ke dalam pasu sahaja, kemudian jaga pokok seperti biasa.
Ternyata garam epsom ini memang wajib ada di rumah kerana terdapat pelbagai kebaikan yang ada di dalam garam epsom ini. Malah selamat digunakan pada semua peringkat umur tidak kira anak kecil mahupun warga tua.

Anda boleh dapatkan garam epsom ini di farmasi berhampiran seperti Aeon Wellness, Vitacare atau Village Grocer dan juga Jaya Grocer. Harganya juga tidak mahal, dalam lingkungan RM8-15 sahaja.