Carian
Petua Kilatkan Semula Barang Kemas Kesayangan Anda 
July 5, 2019 Aida Kamalia

Petua Kilatkan Semula Barang Kemas Kesayangan Anda 

Boleh dikatakan hampir kesemua wanita dewasa di luar sana mempunyai barang perhiasan emas ini. Sama ada cincin, rantai mahupun gelang tangan, pasti anda mempunyai salah satu daripada ini kan? Kebiasaannya, barang kemas ini adalah barang pusaka keluarga, pemberian ibu semasa kecil atau pun ketika anda menyatukan rumah tangga. Namun ada juga yang membeli emas sendiri dengan tujuan pelaburan jangka panjang kerana harga emas yang dikatakan tidak akan jatuh dengan merudum. 

Memakai perhiasan emas ini tidak serumit perhiasan jenis lain seperti Silver, Swarovski dan banyak lagi kerana penjagaannya lebih mudah. Jika Swarovski sendiri mempunya pantang larang seperti tidak boleh terkena minyak wangi, emas tidak begitu dan boleh dipakai setiap masa. Walaupun begitu, saban hari emas akan kurang berkilat kerana terdedah, disebabkan itu la anda juga digalakkan untuk mencuci barang kemas anda di kedai emas! Untuk memastikan emas kekal berkilat setiap masa. 

Bagi mereka yang tidak berkesempatan, jangan risau kerana anda juga boleh mencuci emas di rumah sahaja! Jom tengok petua di bawah. 

Colgate toothpaste and toothbrush

Ubat gigi

Cara ini sangat mudah dan paling banyak orang guna untuk mencuci emas mereka. Caranya, didihkan air di dalam periuk di atas dapur, titiskan sedikit pencuci tangan berserta barang kemas anda. Setelah 15 minit, keluarkan, letak sedikit ubat gigi dan sental menggunakan berus gigi supaya dapat mencuci di bahagian kecil yang susah dicapai. 

Asam jawa

Asam jawa juga berkesan untuk mengilatka barang kemas anda tau! Yang pasti bahan ini pasti ada di dapur anda. Caranya, ambil sedikit asam jawa dan bancuh menggunakan air. Bancuhan ini jangan terlalu cair ya. Rendamkan barang perhiasan anda selama 30 minit, kemudian jangan lupa sental menggunakan berus gigi lembut untuk cuci lebih dalam. 

 

 

 

sliced lime on grey bowl

Limau nipis 

Petua seterusnya adalah dengan menggunakan limau nipis bagi mengilatkan barang kemas anda supaya nampak seperti emas yang baru sahaja dibeli. Caranya sangat mudah, di dalam mangkuk, perahkan limau nipis, kemudian titiskan sedikit sabun pencuci. Rendamkan barang perhiasan anda selama 30 minit, kemudian sental menggunakan berus gigi halus, bilas dan keringkan. 

 

 

Mudah kan? Hanya menggunakan barang dapur sahaja anda boleh mencuci dan kilatkan semula perhiasan emas anda tanpa memerlukan kos yang tinggi. Untuk kesan terbaik, anda boleh mencuci emas anda setiap 4-5 bulan sekali bagi memastikan emas anda kelihatan cantik dan berkilau setiap masa. Bagi mereka yang tidak mempunyai waktu untuk pergi ke kedai emas, bolehlah anda mencubanya di rumah ya! 

Komen