Lina Rosli Diterbitkan 8 July 2019

Mengapa Kulit Wanita Berbeza Dengan Lelaki?

Mengapa Kulit Wanita Berbeza Dengan Lelaki?

Jika kita lihat dalam dunia kecantikan sekarang, wanita adalah kumpulan yang paling ramai membincangkan atau membahaskan topik berkenaan kecantikan dan penjagaan kulit. Hal ini kerana, mereka lebih tertarik dan cenderung untuk tampil cantik. Bukan itu sahaja, kebanyakkan produk yang dikeluarkan lebih memfokuskan tawaran kepada perempuan seperti pelembab, pencerah dan penyegar.

floating woman on body of water

Mungkin masih ramai yang belum tahu mengenai perbezaan di antara kulit lelaki dan kulit wanita. Bukan itu sahaja, jika kita lihat di pasaran sekarang, produk penjagaan kulit untuk wanita lebih banyak variasi dan hadir dengan pelbagai jenama. Namun, masih ada segelintir jenama yang masih mengeluarkan beberapa barisan produk seperti pencuci muka, skrub dan juga banyak lagi.

Ketebalan kulit

Secara luarannya, sudah pasti kita dapat melihat perbezaan besar kulit untuk kedua-dua lelaki dan wanita. Secara fizikalnya, lapisan kolagen pada kulit lelaki adalah 25% lebih tebal, selain lelaki menghasilkan lebih 10 kali ganda hormon testosteron berbanding wanita. Untuk pengetahuan umum, wanita juga turut menghasilkan hormon testosteron dan estrogen di ovari. Namun, testoteron yang dihasilkan adalah dalam kuantiti yang sedikit yang mana ia mengalir masuk ke saluran darah melalui ovari dan kelenjar adrenal.

shallow focus photography of men's muddy face

Selain itu, lelaki mempunyai lapisan kolagen yang lebih tebal berbanding wanita. Kuantiti kolagen yang tinggi menyebabkan lapisan kulit lelaki lebih tahan kepada kerosakan matahari kerana ia 20% lebih tebal dan anjal. Jadi, tidak hairanlah kulit lelaki lebih kebal jika dibandingkan dengan wanita.

Penghasilan folikel bulu dan minyak pada kulit

Berbalik kepada penghasilan hormon testosteron pada lelaki, ia membantu tumbesaran bulu pada muka. Lelaki mempunyai folikel rambut yang lebih banyak berbanding wanita. Oleh itu, mereka lebih cenderung untuk tumbuh misai dan janggut. Malah, lelaki juga lebih kerap berpeluh yang mana asid laktik mempunyai nilai pH yang lebih rendah iaitu sekitar 0.5 pH. Jadi, kulit lelaki nampaknya lebih baik kerana lebihan pengeluaran minyak yang bertanggungjawab untuk tahap penghidratan tisu.

Penghasilan sebum pada kulit

Kebiasaannya, lelaki mempunyai kelenjar minyak yang lebih besar, selain mengandungi reseptor positif untuk androgen pada sel kelenjar. Dengan ini, ia menghasilkan lebih banyak sebum pada kulit berbanding wanita kerana kulit mengeluarkan lebih banyak minyak.  Untuk wanita pula, hormon estrogen membuatkan sebum mereka menjadi lebih nipis. Selain itu, kulit wanita adalah lebih halus dan lembut berbanding lelaki, jadi mereka lebih cenderung untuk mudah mendapat jerawat atau terkena iritasi pada kulit.

Nivea: What is Sebum?

Walau bagaimanapun, dengan kehadiran hormon testosteron yang tinggi, ia akan membuatkan jerawat untuk lelaki adalah kekal dan sukar untuk hilang. Bukan itu sahaja, apabila seseorang lelaki itu semakin berusia, kulitnya juga akan menjadi semakin nipis dan kandungan sebum juga akan semakin berkurangan. OLeh itu, para wanita tidak usah risau jika kulit anda tidak menghasilkan sebum yang mencukupi kerana ketebalan kulit wanita tidak berubah walau umur seseorang itu semakin meningkat.

Dengan ini dapat disimpulkan, kulit lelaki adalah lebih tebal berbanding kulit perempuan yang mana ia mengandungi kolagen kulit yang lebih padat. Bukan itu sahaja, lelaki turut menghasilkan jumlah dan kandungan sebum yang lebih banyak yang menjadikan kulit mereka lebih bersih dan tampak berseri. Walaupun sudah terbukti yang kulit wanita lebih mudah terjejas kerana keadaan fizikal semula jadinya, asalkan anda rajin menjaga dan membelainya dengan seleksi penjagaan intensif, ia pasti akan sihat dan kekal cantik.