Adakah anda tertanya-tanya mengapa perfume yang anda pakai mempunyai ketahanan yang berbeza? Atau tertanya-tanya mengapa semua wangian ini mempunyai nama yang berbeza?

Untuk pengetahuan semua, perfume ini semua dibahagikan dengan kadar kepekatan yang berbeza tau! Perfume, Eau De Parfum, Eau De Toilette dan Body Mist, semua ini mempunyai kadar kepekatan yang tersendiri di mana lebih tinggi kadar kepekatan, lebih tahan lama satu wangian itu.


Malah wangian yang lebih tinggi kepekatan biasanya harga lebih tinggi berbanding wangian yang mempunyai kepekatan yang rendah. Jom kita belajar lagi tentang jenis-jenis wangian ini!

Perfume – 20 Hingga 30%

Perfume mempunyai kadar kepakatan yang paling tinggi, membuatkan wangian ini tahan paling lama jika dipakai kerana kadar kepakatan ia adalah 20-30%. Oleh kerana angian ini mempunyai kepekatan yang tinggi, harga untuk Perfume juga paling mahal dia antara semua jenis wangian!

Biasanya Perfume hanya dijual dalam botol yang kecil dan hanya perlu pakai sedikit sahaja seperti di leher, serta pergelangan tangan. Perfume ini juga akan bertahan pada baju anda selama 12 jam dan keatas.


Sangat sempurna untuk dipakai jika anda inginkan wangian yang tahan dari pagi hingga malam. Jadi jika anda mempunyai makan malam istimewa, wangian Perfume ini masih melekat lagi tau!

Eau De Parfum – 15 Hingga 20%

Beralih ke wangian yang mempunyai kadar kepekatan kedua tertinggi di antara semua wangian. Harga untuk wangian ini pula masih lagi tinggi dan pastinya lebih mahal daripada Eau De Toilette.

Namun, kuantiti minyak wangi ini biasanya lebih besar daripada Parfum. Untuk ada yang suka wangian yang tahan lama dengan harga yang tidak terlalu mahal, eau de parfum ini sangat disyorkan untuk anda! Ini kerana minyak wangi ini dapat bertahan selama 6-8jam.


Eau De Toilette – 5 Hingga 15%

Kadar kepekatan yang berada di tangga ketiga pula adalah Eau De Toilette. Untuk minyak wangi ini hargaya jauh lebih murah berbanding Perfume dan EDP kerana kadar kepekatan wangian agak rendah iaitu 5-15%.

Minyak wangi ini lebih bayak ditawarkan di pasaran kerana harganya yang lebih mampu milik. Jika anda memakai minyak wangi ini, ia akan bertahan selama 4 hingga 6 jam sahaja.


Disebabkan ia tidak tahan begitu lama, mungkin perlu untuk memakainya minyak wangi ini semula selepas bau mulai pudar. Jadi minyak wangi Eau De Toilette perlu ada dalam beg tangan anda setiap masa!

Body Mist – 2 Hingga 4%

Body mist pula mempunyai kadar kepakatan yang sangat rendah iaitu 2-4% sahaja. Dimana jika anda memakai body mist ini, bau wangian akan kekal selama 1-2 jam sahaja!

Namun, harga untuk body mist ini pula paling murah di antara semua jenis minyak wangi di atas. Oleh disebabkan ianya murah, ia tidak membuatkan orang untuk rasa kedekut sembur minyak wangi ini di badan dan tidak kisah untuk memakainya semula banyak kali.


Ada juga wanita di luar sana yang tidak memakai body mist untuk keluar berjalan keluar, tetapi dijadikan wangian badan selepas mandi untuk tidur. Malah, ada yang semburkan body mist di bantal untuk dapatkan tidur yang lebih nyenyak tau!

Kesimpulannya, pilihlah minyak wangi mengikut pilihan dan kesukaan masing-masing. Ada yang tidak kisah untuk membeli minyak wangi yang mahal, namun tidak perlu untuk sembur pada badan berulang kali.

Ada juga sebaliknya kerana harga minyak wangi yang murah. Jadi, anda dah tau kan apa bezanya nama minyak wangi semua ini? Bolehlah anda survey minyak wangi baru lagi!