Happy Fresh- Servis Penghantaran Untuk Barangan Dapur
Terdapat pelbagai servis penghantaran yang telah dilaksanakan oleh kebanyakkan syarikat masa kini. Dari servis penghantaran makanan panas sehinggalah ke servis penghantaran untuk barangan dapur. Apakah yang dilakukan oleh Happy Fresh? Happy Fresh adalah sebuah syarikat yang hadir dalam membawakan barangan dapur dari kedai terus ke pintu rumah anda. Dengan ini, anda tidak perlu bersusah untuk mengunjungi grocer untuk mendapatkan barangan keperluan harian anda.

Bagi anda yang gemar memesan makanan panas di platform atas-talian, sudah tentu anda sudah sinonim dengan model perniagaan seperti ini. Sebelum ini, Grab hanya hadir dengan penawaran seakan teksi. Kini, Grab turut hadir dengan platform memesan makanan atas talian, iaitu Grab Food. Seiring dengan aplikasi Grab Food, Happy Fresh turut hadir dengan servis seakan sama.
Melalui Happy Fresh, mereka menyertakan servis pemilihan barangan segar khusus buat pengguna yang telah membuat pesanan. Menariknya, Happy Fresh hadir dengan pelbagai jenama di bawahnya termasuk Tesco, Village Grocer, Giant Hypermarket, Mydin, AEON, Sam Groceria dan bermacam-macam lagi.

Mengapa anda perlu tukar ke servis penghantaran barangan dapur ini? Ini kerana ia hadir dengan jaminan untuk kesegaran makanan. Tambahan, Happy Fresh turut menyajikan pengalaman seakan sebenar untuk pergi ke pasar raya. HappyFresh turut menawarkan penghantaran pantas selain menyediakan pilihan yang banyak dan mudah untuk rakyat Malaysia.
Selain itu, mereka juga merevolusikan perbelanjaan runcit dalam talian dengan menjadikannya lebih mudah bagi orang untuk membeli barangan runcit mereka atas permintaan dengan hanya beberapa klik. Kini konsep industri e-dagang dan teknologi telah memainkan peranan yang besar selain memberi impak yang besar dalam pasaran masa kini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mula memuat turun aplikasi di App Store untuk pengguna iOS, manakala Play Store untuk pengguna Android. Untuk pelanggan baru, anda boleh mendapatkan promosi dan tawaran hebat pada bulan ini yang mana anda berkemungkinan besar boleh memperoleh diskaun sehingga RM15 untuk perbelanjaan RM50 (MYFIRST30). Selain itu, anda juga boleh mendapatkan servis penghantaran percuma tertakluk pada terma dan syarat.
Muat turun: Happy Fresh di App Store
Muat turun: Happy Fresh di Play Store