Carian
Kelebihan Yoga Untuk Kesihatan 
July 9, 2019 Lina Rosli

Kelebihan Yoga Untuk Kesihatan 

Yoga adalah salah satu senaman yang merangkumi kesihatan jiwa dan fizikal. Terdapat banyak gaya dalam yoga yang mana ia mampu mendidik jiwa berada dalam keadaan positif sekaligus menjadikan diri dan tubuh anda lebih sihat. Yoga mempunyai gerakan yang sangat banyak dan beragam. Ia bermuka dari gerakan asas atau pemula hingga gerakan kompleks yang memerlukan keseimbangan, kekuatan otot, kelenturan dan jangkauan tubuh esktra.

person doing yoga on floor

Yoga juga adalah satu seni yang menggabungkan tubuh dengan meditasi. Berbanding aktiviti kecergasan yang lain, yoga tidak memerlukan anda untuk berlari atau berpanas di bawah matahari. Senaman ini boleh dilakukan di dalam rumah mahupun di mana-mana tempat yang bersesuaian.

Mengurangkan Stres Dan Menenangkan Fikiran

Bagaimana yoga boleh mengurangkan stres? Yoga merupakan satu aktiviti yang dapat menenangkan diri selain turut membantu memperbaiki emosi seseorang individu. Asana dalam yoga adalah melibatkan penggunaan sistem penafasan dengan betul. Melaluinya, tahap oksigen dalam badan dapat ditingkatkan selain menjadikan aktiviti harian anda lebih positif. 

Selain itu, seni yoga ini menjadikan tubuh dengan postur lebih baik dan tepat. Disiplin pada senaman ini memerlukan anda sentiasa tenang dan menjaga pernafasan ketika melakukan jenis senaman yang diinginkan.

five black rocks

Meredakan Rasa Bimbang

Bukan itu sahaja, yoga turut meningkatkan keyakinan diri. Hal ini kerana, ia menarik elemen positif dalam badan sekaligus dapat membantu anda dalam meningkat konsentrasi yang lebih tinggi. Bagaimana hendak meningkatkan konsentrasi? Konsentrasi yang baik dapat memberikan keputusan yang lebih baik. Sebagai contoh, apabila anda mempunyai konsentrasi yang baik, segala aktiviti dan kerja dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Selain meditasi, asana juga membantu dalam meningkatkan keyakinan diri. Proses sepanjang gaya tersebut menjadikan tubuh anda menjadi lebih teliti dan tepat. Antara senaman yoga yang seringkali dikaitkan dengan keyakinan ialah Warrior iaitu Satria yang terdiri daripada 3 variasi. Ia boleh mengurangkan keresahan dan meningkatkan keyakinan.

Sumber: fimela.com

Menurunkan Berat Badan

Tidak seperti senaman lain, yoga turut boleh menurunkan berat badan yang mana impaknya boleh dilihat seakan berjoging, melakukan senaman di gim ataupun menari. Bukan itu sahaja, yoga juga mampu anda membakar lemak jika anda melakukannya selama sejam. Sebagai contoh, jika anda melakukan senaman ini selama satu jam ia membantu membakar kalori kira-kira 200 sehingga 540kcal.

Mengurangkan Masalah Jantung Dan Sakit Kronik

Yoga adalah satu senaman atau latihan yang membantu meningkatkan daya penafasan yang baik. Selain itu juga, yoga meningkatkan kapasiti paru-paru, membaiki saluran penafasan serta mengawal denyutan jantung. Hal ini juga dapat melancarkan peredaran darah, ketahanan otot dan mengurangkan masalah keradangan.

Bagaimana ia berfungsi untuk jantung?  Menurut American Heart Association, mereka mencadangkan amalan yoga kerana ia baik untuk kesihatan jantung, mengurangkan tekanan darah dan kolesterol serta menurunkan tekanan dan indeks jisim badan. Antara jenis yoga yang bagus termasuk fizikal (asana), breathwork (pranayama) dan meditasi. Terdapat banyak gaya yoga yang anda boleh pelajari seperti Hatha, Iyengar dan bermacam lagi.

Menambahbaik Kualiti Hidup

Seterusnya, meditasi atau yoga membantu dalam mempengaruhi kondisi sel dalam tubuh. Hal ini kerana, apabila kondisi sel berada dalam keadaan yang baik, ia dapat memberikan seseorang individu itu daya pemikiran yang lebih bersih dan jernih. Menerusi yoga juga, ia dapat melatih seseorang individu untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengambil diet dan pemakanan yang seimbang selain mencegah seseorang daripada 

Melawan Kemurungan (Depression)

Bagi anda yang mempunyai masalah kemurungan atau lain-lain, anda dinasihatkan untuk melakukan senaman yoga ringkas sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Hal ini kerana, yoga membantu dalam melawan kemurungan yang mana ia menghasilkan peningkatan dalam mood sewaktu melakukan senaman seperti berjalan. Dengan ini, masalah kemurungan sedikit sebanyak dapat dikurangkan melalui senaman ini.

Sumber: fimela.com

Melalui perkongsian di atas, kita dapat lihat yoga atau meditasi mempunyai bermacam kelebihan dan kebaikan. Ia meliputi kebaikan dari segi fizikal dan juga mental. Bagi anda yang ingin mula melaksanakan dengan senaman yoga ini, anda disarankan untuk mempelajari dahulu gaya (pose) yang sesuai sebagai pemulaan. Hal ini kerana, setiap gaya yang ditunjukkan mempunyai maksud dan kebaikannya yang tersendiri. Selamat mencuba!

Komen