Plus Size – Jadikan Hari Anda Kini Lebih Bergaya
Apabila kita sebut mengenai fesyen, pasti akan ada orang yang tidak berani untuk mencuba sesuatu kelainan pada diri. Tambah lagi untuk anda yang mempunyai badan dengan saiz yang lebih besar. Bagi sesetengah wanita saiz plus, ia adalah sukar mencari fesyen yang sesuai untuk dipakai untuk kelihatan hebat. Di sini, anda akan mendapatkan tips gaya terbaik dan nasihat yang akan membuatkan anda kelihatan cantik dan lebih ramping.
Cuba gaya oversized
Bagi anda yang tidak yakin dengan tubuh anda, anda boleh menyarungkan tubuh anda dalam pakaian yang besar untuk tampak lebih kecil. Ia bukan sahaja membantu menampakkan bentuk tubuh yang kecil, bahkan anda juga akan kelihatan lebih bergaya dan cantik. Tambahan, ia turut memberikan kesan tubuh yang lebih berlekuk, mengurangkan efek lebar secara horizontal, dan membuatkan tubuh kelihatan lebih ramping. Dengan ini, anda tidak perlu risau jika bentuk anda akan memenuhi ruang ketika anda mengambil gambar.
Apabila membeli pakaian saiz plus untuk diri anda, tumpuan utama anda adalah untuk menampakkan bentuk yang lebih langsing yang membuat anda kelihatan cantik. Anda juga perlu pandai bermain dengan warna yang anda pilih untuk pakaian dan aksesori yang anda gunakan dengan struktur badan anda. Jika dibandingkan dengan orang yang bertubuh agak kecil atau petite, wanita plus saiz mempunyai ruang tubung lebih banyak untuk mempamerkan aksesori. Walau bagaimanapun, anda harus pandai memilih aksesori yang sesuai dengan saiz badan anda agar ia tidak kelihatan janggal atau pelik.

Pakai pakaian dengan corak yang minimal
Memakai aksesori dan cetakan (printed) secara keterlaluan haruslah dielakkan kerana ia akan memberikan efek yang besar pada si pemakai. Elakkan daripada memilih pakaian dengan corak melintang kerana ia akan membuatkan bentuk badan anda lebih besar. Cuba gayakan fesyen anda dengan tema yang tampak feminin dengan elemen warna cerah seperti warna tanah atau putih.

Bukan itu sahaja, jika anda menambah aksesori dapat memindahkan fokus perhatian dari bentuk tubuh anda. Contohnya, kalung besar, gelang (bangles), atau anting-anting yang disesuaikan dengan warna lipstick. Begitu juga, anda boleh memakai beberapa aksesori lain secara strategik untuk mencipta penampilan yang dipadankan dengan saiz badan anda. Dapatkan bimbingan pereka gaya professional bagi mengetahui aksesori atau pilihan gaya yang sesuai untuk saiz badan anda.
Ukur saiz tubuh
Perkara asas dalam memilih fesyen yang bersesuaian adalah kenal pasti bentuk tubuh anda dahulu. Apabila anda sudah mengetahui saiz dan bentuk tubuh anda, baru anda boleh menentukan apakah jenis pakaian yang sesuai dengan postur tubuh anda. Untuk ketinggian dan saiz tubuh yang berbeza akan menghasilkan keputusan yang berbeza. Bukan itu sahaja, ia turut memerlukan satu jenis atau kategori pakaian dengan gaya yang berbeza untuk mendapatkan rupa mereka yang terbaik.
Dengan mengetahui bentuk badan anda, anda dapat menentukan bagaimana dan di mana anda meletakkan aksesori dan pakaian dengan betul. Anda juga akan dapat membuat lengkung di tempat yang betul dan membuat mana-mana bahagian badan yang kurang ketara untuk membuat anda kelihatan lebih ramping. Pada dasarnya, mengurangkan setiap aksesori pada bahagian tubuh yang ketara, dapat membolehkan anda kelihatan lebih langsing dan lebih tinggi.
Ketinggian
Satu lagi faktor berpakaian yang perlu anda pertimbangkan untuk ketinggian badan anda. Anda mungkin mempunyai kaki panjang atau kaki pendek daripada tubuh anda yang bermaksud anda memerlukan penyesuaian dalam pakaian anda. Walaupun penasihat imej menuntut bahawa angka tubuh yang seimbang adalah bentuk yang tepat dari seorang wanita yang ideal, mempunyai kaki panjang sama menarik kerana memberikan gambaran bahwa anda lebih langsing dan lebih tinggi.

Hindari pakaian beropol atau material berkilat
Selain itu, untuk wanita dengan saiz tubuh besar, anda perlu mengelak daripada memakai material yang berkilat, terlalu tebal, atau strecthable seperti lycra atau jersey. Adalah lebih baik jika anda memakai pakaian dengan tekstur matte yang menyerap cahaya dan mampu membuatkan kamu nampak kurus. Jika anda mempunyai lengan yang besar hindari memakai baju yang berlengan pendek atau yang tanpa lengan. Hal ini kerana ia akan memberikan kesan besar pada tubuh.
Seterusnya, anda juga perlu menghindari pakaian beropol atau seluar baggy kerana ia akan membuatkan anda tampak lebih berisi. Selain warna hitam, warna-warna gelap seperti kelabu, maroon atau navy blue, merupakan warna-warna yang patut anda ada di wardrobe anda. Ini adalah kerana warna gelap lebih menyerap cahaya dan merampingkan. Jika anda memiliki pinggul yang besar, anda disarankan untuk memakai warna yang lebih gelap untuk seluar.
Di harap menerusi perkongsian di atas, ia dapat membantu anda menemukan imej atau gaya anda tanpa menjejaskan efek tubuh anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengikut gaya masa kini selain turut bergerak selari dengan fesyen terbaru tanpa perlu khuatir akan masalah saiz tubuh anda.