Carian
Makeup Remover-Bagaimana Anda Memilih Pembersih Solekan?
July 10, 2019 Lina Rosli

Makeup Remover-Bagaimana Anda Memilih Pembersih Solekan?

Setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan dalam mengurus rutin pembersihan muka. Ada sesetengah individu lebih gemar melakukan rutin yang panjang dan kompleks. Mungkin juga dikalangan anda yang lebih suka melakukan rutin yang ringkas dan padat. Jadi, rutin ini bergantung kepada cara dan gaya seseorang individu. 

Cosmetic, Skincare, Female, Natural, Treatment, Healthy

Dari produk pembersihan sehingga ke produk penyegar, terdapat pelbagai fungsi yang membezakan setiap langkah dalam sesuatu rutin. Untuk membantu anda dalam mengetahui cara bagaimana memilih pembersih solekan yang bersesuaian, kami di Tajria ingin berkongsi sedikit petua dan tips untuk memilih produk pembersih solekan. 

Mungkin ramai yang masih keliru mengenai fungsi setiap produk pembersih solekan atau makeup remover. Jadi, mari kita lihat apakah jenis pembersih yang sesuai dengan kulit anda:

Tisu atau Wipes

Pada artikel sebelum ini, Tajria telah berkongsi maklumat tentang perbezaaan di antara tisu pembersih dan minyak pembersih. Namun, untuk topik kali ini, kami ingin berkongsi lebih lanjut mengenai kelebihan dan kesesuaian sesuatu produk mengikut jenis pembersih.

Tisu pembersih ini mudah digunakan bagi mereka yang mempunyai jadual yang padat tidak kira siang atau malam. Pakar penjagaan kulit menyarankan untuk mencuci wajah selepas memakai produk kimia di muka setiap hari, jika tidak kulit anda boleh menjadi rosak atau kusam. Dengan adanya tisu muka, rutin pembersihan anda kini menjadi lebih mudah untuk membersihkan wajah anda sebelum tidur.

Tekstur: Bersifat pakai buang (All in one)

Kelebihan: Membersihkan kulit selain mempunyai tekstur yang ringan. Ia mampu untuk menghilangkan kotoran pada kulit atau menghapuskan sel mati tanpa menjengkelkan kulit yang mana sesuai untuk rutin harian.

Kesesuaian Penggunaan: Sesuai untuk semua jenis kulit selain ia hadir dengan pelbagai variasi dan pilihan produk. 

Produk: Argan Oil Cleansing Wipes, Sephora Face 25

Minyak pembersih

Cleansing oil atau minyak pembersih adalah cara lain untuk membersih solekan, kotoran di wajah dan minyak berlebihan. Jika anda mempunyai kulit kering, anda boleh mendapatkan pembersih dengan bahan alpukat, jojoba atau minyak bunga matahari. Manakala, bagi anda yang mempunyai kulit yang sensitif, anda disarankan untuk memilih pembersih dengan bahan seperti minyak biji rosemary dan camellia.

Sumber : Allure

Tekstur: Bersifat lebih heavy berbanding air micellar.

Kelebihan: Menghapuskan solekan dan sunscreen dengan lebih cepat dan mudah selain membuatkan kulit terasa gebu dan halus. 

Kesesuaian Penggunaan: Minyak pembersih mengandungi bahan-bahan yang menghidrat dan melembutkan kulit yang sememangnya berkesan untuk membersih kotoran dan solekan pada permukaan kulit.

Produk: Hado Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizer Cleansing Oil, Dior Hydra Life Oil To Milk Removing Cleanser

Air Micellar

Air Micellar adalah pembersih muka mengandungi micelle, partikel yang sangat kecil yang berfungsi sebagai magnet untuk membuang kotoran, minyak, dan solekan di wajah hingga bersih. Pembersih ini mengandungi bahan-bahan yang dapat menembus dan membersih liang pori di permukaan kulit dengan baik.

Tekstur: Air dengan kompilasi partikel yang kompleks. Boleh bertindak sebagai makeup remover, toner dan pembersih muka.

Kelebihan: Pembersih wajah yang dapat membersih makeup, kotoran, dan minyak tanpa perlu dibilas.

Kesesuaian Penggunaan: Jika anda memiliki kulit yang sensitif, sebaiknya berhati-hati memilih jenis air micellar. Elakkan daripada membeli air yang  mengandungi parfum dan alkohol yang berlebihan. Hal ini kerana, ia akan menjadikan kulit anda kering dan gatal.

Produk: Bioderma Hydrabio H20, Garnier Micellar Cleansing Water, Simple Micellar Cleansing Water

Komen