Carian
Resepi Bomboloni Tiramisu 
July 10, 2019 Aida Kamalia

Resepi Bomboloni Tiramisu 

Jika anda penggemar donut, pasti anda sudah ketahui satu jenis kuih yang tular baru-baru ini, iaitu bomboloni. Jika lihat dengan sekali pandang, bomboloni kelihatan seakan-akan donut bulat biasa, namun ianya dipanggil Bomboloni. Sama seperti donut yang mempunyai filling di dalamnya, ia turut mempunyai lubang kecil yang diisi dengan pelbagai jenis krim seperti coklat, nutella, krim kustard dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga rata-rata bomboloni mempunyai pelbagai warna yang terang seperti hijau, merah dan biru untuk menarik perhatian orang ramai untuk membeli bomboloni ini. 

Pada bulan puasa yang lepas, ramai yang mengambil kesempatan untuk menjual bomboloni di Bazaar Ramadhan, dan  saya jangkakan hasil jualan mereka juga pasti lumayan kerana ramai yang beratur untuk membeli kuih ini sebagai juadah berbuka puasa. 

 

Sebenarnya, cara untuk membuat bomboloni sangat mudah, yang penting anda bebas menghiasi bomboloni serta filling yang ingin diletak mengikut citarasa anda! Hari ini Tajria ingin kongsikan resepi Donut dari Mrs Lina Thomas di Instagram yang juga boleh digunapakai untuk membuat bomboloni kerana bahannya sama sahaja, lihat dibawah! 

Bahan-bahan bomboloni 

  • 1 / 4 cawan gula 
  • 3 /4 cawan air suam atau susu segar suam 
  • 1 sudu teh yis
  • 3 biji telur 
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil parutan lemon
  • 1 sudu kecil garam 
  • 100gram pure butter pada suhu bilik

Cara-caranya

  1. Masukkan yis ke dalam air suam atau susu segar suam dalam mangkuk, ketepikan selama 10 minit atau sehingga yis mengembang.
  2. Di dalam bekas adunan yang lain, pukul telur satu per satu. 
  3. Kemudian masukkan butter, tepung, lemon zest dan campuran yis yang sudah mengembang tadi. 
  4. Setelah itu, menggunakan pemutar elektrik, putar selama 5 minit, setelah itu masukkan garam dan putar sehingga adunan nampak berkilat dan elastik. 
  5. Ambil cling wrap dan tutup bekas adunan untuk membiarkan doh kembang dengan baik selama 2 jam.
  6. Seterusnya, buka wrap tadi dan tumbuk adunan untuk menghilangkan angin yang berada di dalam doh, dan tutup semula dengan cling wrap tadi. 
  7. Masukkan bekas adunan tadi ke dalam peti sejuk selama 12-16 jam untuk merehatkan doh.
  8. Keesokan harinya, keluarkan doh tadi dan rehatkan sebentar. 
  9. Sediakan bekas atau alas untuk menguli doh untuk membuat bentuk bulat. Taburkan sedikit tepung untuk megelakkan doh melekat. 
  10. Uli doh dengan menggunakan roller, ambil gelas yang berbentuk bulat untuk membuat bentuk bomboloni. 
  11. Setelah itu, goreng doh dengan minyak penuh dan panas. Pastikan anda guna minyak yang banyak untuk menggoreng ya.
  12. Semasa goreng, bomboloni akan mengembang dan akan terlihat seperti bentuk ring disekeliling bomboloni, goreng sehingga emas keemasan. 
  1. Angkat dan tapiskan minyak, di dalam mangkuk yang berlainan, letakkan gula halus atau pun gula aising, kemudian golekkan bomboloni di dalam mangkuk. Pastikan bomboloni anda masih panas ketika membuat proses ini supaya gula dapat melekat cantik.
  2. Gunakan chopstick untuk membuat ruang bagi meletakkan filling di tepi bomboloni. Kemudian, anda boleh masukkan pelbagai filling mengikut citarasa anda! 
  3. Siap untuk dihidang. 

 

 Mudah kan? Disebabkan resepi ini menggunakan resepi untuk membuat donut, anda boleh membuat donut berbentuk cincin dengan menggunakan doh yang sama jika anda mahukan pelbagai jenis variasa donut! Untuk filing di dalam bomboloni, anda bebas meletakkan apa sahaja mengikut citarasa anda. Antara filling yang popular adalah nutella, krim tiramisu, krim custard, krim putar bersama jem strawberry, krim putar bersama caramel dan banyak lagi. 

Bagi suri rumah di luar sana, ini juga merupakan antara peluang anda untuk menjual bomboloni ini, yang mana sangat mudah untuk dibuat di rumah. Boleh anda gunakan resepi ini untuk mendapatkan duit sampingan semasa anda di rumah. Memasak dan membuat kek ini juga merupakan satu terapi untuk anda menghilangkan stress. Hasil masakan/kek yang dibuat pasti akan memberi satu kepuasan kepada seseorang apabila ianya menjadi dengan baik. Lebih-lebih lagi apabila melihat insan tersayang makan dan memujinya, cubalah! 

Komen