Sebut sahaja asid folik, pasti sudah terbayang itu persediaan wanita untuk mengandung, kan? Ya, benar. Biasanya asid folik ini diambil oleh wanita sebagai persediaan untuk mengandung. Untuk wanita yang akan berkahwin pula, mereka akan mengambil asid folik 3 atau 6 bulan sebelum berkahwin sebagai persedian awal. Tapi sebenarnya untuk pengetahuan korang, asid folik bukan hanya untuk mengandung sahaja! Banyak lagi kebaikan asid folik untuk badan. Sebelum itu mari kita lihat apa itu asid folik.
APA ITU ASID FOLIK
Asid folik atau folate ini adalah vitamin B9 yang biasanya hadir dalam bentuk pil. Ia sangat penting untuk membina sel-sel baru di dalam tubuh badan. Asid folik ini juga penting untuk membantu menghasilkan sel darah merah baru yang sihat. Apabila badan tidak mempunyai sel darah merah yang cukup, badan mungkin akan mempunyai penyakit anemia iaitu badan tidak mampu membawa oksigen ke dalam badan dengan baik. Oleh itu, ia menyebabkan badan menjadi lemah dan tidak bermaya.

KEPENTINGAN ASID FOLIK
- Mengurangkan kelahiran bayi dengan kecacatan saraf seperti spinia bifida.
- Mengurangkan risiko mendapat anak yang mempunyai masalah jantung, lelangit terbelah dan juga bayi lahir pramatang.
- Membantu tumbesaran sel bayi di dalam kandungan.
- Membantu merawat masalah kesuburan lelaki.
- Menambah sel darah merah yang sihat.
- Membantu menyihatkan rambut.
DOS PERLU DIAMBIL
- Wanita biasa : 400 microgram (0.4mcg)
- Wanita hamil : 600-800 microgram (0.6-0.8mcg)
Untuk wanita yang merancang untuk berkahwin dan mempunyai anak, sangat penting untuk wanita memakan asid folik dengan lebih awal iaitu seawal 6 bulan sebelum perkahwinan.

MAKANAN YANG MEMPUNYAI SUMBER FOLATE
Bayam dan sayur-sayuran berdaun hijau yang gelap
- Oren
- Kekacang
- Ayam (ayam, ayam belanda, dll) dan daging
- Bijirin penuh
Jadi untuk korang yang mula merancang untuk mempunyai anak, boleh dah mula mengambil asid folik setiap hari! Malah, lelaki yang akan berkahwin tak lama lagi juga patut amalkan bersama. Korang boleh dapat pelbagai jenama asid folik ini di farmasi berhampiran, harga pula boleh dikata agak murah. Tapi ingat, konsisten tau!
Jangan pula korang beli tapi tak makan. Lebih-lebih lagi jika disahkan mengandung, sangat penting untuk mengambil asid folik untuk tidak mengalami pelbagai risiko terhadap bayi dalam kandungan. Lebih baik mencegah daripada mengubati kan?
Rujukan : Dr. Zabidi