Carian
6 Cara Untuk Mengawal Belanja Sewaktu Melancong
July 10, 2019 Lina Rosli

6 Cara Untuk Mengawal Belanja Sewaktu Melancong

Terdapat banyak tempat percutian menarik yang anda boleh lawati dan terokai tidak kira luar atau dalam negara. Mungkin ada dalam kalangan anda yang ingin merasai pengalaman bermalam diatas kapal, berkhemah dibawah langit malam dihias bintang, atau menenangkan minda sambil dikelilingi hutan hijau yang belum pernah disentuh manusia. Namun, kadangkala percutian seperti ini boleh menjangkau bajet yang terlalu tinggi. Jadi, untuk memastikan anda tidak berbelanja besar, Tajria ingin berkongsi tips dan cara untuk mengawal belanja percutian anda.

Great Wall Of China, China

Lokasi

Pilih lokasi yang mempunyai akses untuk pengangkutan yang mudah. Hal ini dapat mengurangkan bajet dan kos untuk pengangkutan. Jika anda memilih tempat yang agak sukar untuk diakses, ia akan mengganggu perjalanan serta kos dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kenali tempat yang anda ingin lawati supaya ia akan menjadi lebih mudah untuk anda merancang perjalanan sewaktu anda sedang melancong.

Sebagai contoh, jika anda ingin ke Seoul, Korea. Anda boleh cuba mendapatkan pas perjalanan mengikut jam atau hari yang anda kehendaki untuk bergerak ke mana-mana. Dengan ini, anda dapat mengawal perbelanjaan anda ketika berada di sana.

Penginapan

Bandingkan harga penginapan Airbnb atau mana-mana hotel di Traveloka, Agoda atau Booking. Anda boleh membuat perbandingan untuk hotel bajet pilihan anda. Kebiasaannya, harga bilik penginapan atau hotel adalah lebih murah berbanding kos pengangkutan. Jadi, anda tidak perlu risau mengenai permasalahan untuk mencari tempat tidur yang selesa. Tambahan, untuk anda yang mempunyai aktiviti yang padat di siang hari, anda tidak perlu mencari hotel atau tempat tidur yang mahal. Hal ini kerana, anda tidak duduk di hotel pada waktu yang lama.

Pengangkutan

Jika anda membahaskan cara terbaik untuk melancong, lihat laman web Rome2rio. Ia akan membuat perbandingan untuk beberapa pilihan bas, kereta api, pengangkutan udara, feri, dan rideshare supaya anda boleh membuat pilihan berdasarkan bajet anda. 

Untuk perjalanan darat, lihat pas laluan pelbagai arah. Eropah mempunyai beberapa tawaran hebat yang akan membolehkan anda melihat benua dengan harga murah. Anda juga boleh ketahui tawaran lain di Interflix Euro Bus Pass dan Eurail untuk beberapa promosi yang menarik.

Aktiviti Berbajet

Bagi anda yang ingin melakukan aktiviti sewaktu melancong, anda boleh cuba layari Klook bagi mendapatkan tawaran harga yang lebih rendah untuk aktiviti kegemaran anda. Sebagai contoh, Klook menawarkan diskaun sehingga 50% untuk Singapore Cable Car Skypass untuk mana-mana pengunjung atau individu yang berminat. Dengan ini, anda boleh jimat lebih banyak kos jika anda membuat tempahan atau pembayaran pas secara atas talian di Klook.

Belanja Makan

Untuk menjimatkan kos perbelanjaan makanan ketika di negara luar, anda boleh membawa stok makanan segera dari rumah. Contohnya, anda boleh mempersiapkan makanan seperti mee segera, biskut atau apa-apa jenis produk makanan yang sesuai untuk dibawa ke mana-mana dengan mudah.

Jika di penginapan anda mempunyai tempat atau dapur untuk memasak, mungkin anda boleh menyediakan produk makanan yang boleh dimasak atau ready to eat seperti Brahim atau Yeo’s yang mana ia disediakan di dalam tin atau di pek di dalam kotak. Produk-produk seperti ini boleh didapati di pasaraya besar seperti Giant, Tesco atau Mydin.

Cenderamata Dan Hadiah

Bagi anda yang ingin mendapatkan cenderamata atau hadiah sebagai tanda peringatan ketika melancong, elakkan daripada membeli keychain atau apa-apa barangan di kedai bebas cukai. Hal ini kerana, ia akan menambah kos atau bajet perjalanan anda.

Tidak perlu cenderamata: Cari satu produk atau barangan yang istimewa untuk dibawa pulang. Barangan tersebut hendaklah sesuatu yang benar-benar memberi impak sewaktu perlancongan anda.

DIY: Anda juga boleh menghasilkan cenderamata sendiri (DIY) yang mana ia menggambarkan seluruh pengalaman anda ketika melancong. Anda mungkin boleh melakukan seni kolaj dengan gambar-gambar yang anda ambil ketika di tempat anda melancong. 

Kedai Tempatan: Bagi anda kurang kreatif, anda mungkin boleh pilih di mana-mana kedai tempatan untuk miliki barang-barang yang benar-benar istimewa sebagai tanda peringatan.

Pulangan Cukai: Ingatlah untuk menyimpan resit anda kerana anda sering boleh mendapatkan bayaran balik cukai di lapangan terbang pada akhir perjalanan anda!

________________________________________________________________________

Bagi anda yang ingin melancong dengan bajet yang rendah, anda boleh cuba pratikkan tips dan idea ini sewaktu merancang percutian anda. Di harap, dengan perkongsian ini, ia dapat membantu memudahkan perjalanan percutian anda. Selamat mencuba!

Komen