Carian
Adakah Memakai Kasut Tumit Tinggi Akan Membuatkan Anda Lebih Berkeyakinan?
July 11, 2019 Lina Rosli

Adakah Memakai Kasut Tumit Tinggi Akan Membuatkan Anda Lebih Berkeyakinan?

Jika anda lihat diri anda di cermin dan anda kelihatan baik, maka ia akan menjadikan dunia anda berputar berbeza. Ya, anda akan terlihat lebih karisma dan berkeyakinan. Ia menjadi satu lumrah yang mana manusia ingin kelihatan cantik dan bagus, kerana melaluinya anda akan berasa konfiden tentang diri anda. Tidak kira melalui pakaian atau pengayaan, konfiden harus dipupuk supaya ia dapat menyerlahkan keperibadian diri seseorang.

Konfiden sebenar dalam fesyen adalah mengenai keyakinan anda dalam menyampaikan sesuatu mesej menerusi gaya anda. Oleh itu, setiap gaya anda haruslah dipadankan dengan keyakinan terhadap sesuatu perkara. Bercakap mengenai keyakinan, kasut tumit tinggi seringkali dikaitkan dengan keyakinan atau konfiden seseorang wanita. Apabila memakai kasut tumit tinggi, ramai dalam kalangan anda yang mengatakan kasut tumit tinggi adalah sumber keyakinan tidak kira sewaktu berjalan atau perbentangan di khayalak ramai dan juga ketika berada di sesuatu majlis. 

person holding black stilettos

Mengapa anda lebih konfiden apabila memakai kasut tumit tinggi? Mungkin kerana ia menjadikan anda lebih tinggi! Atau mungkin juga, ia mengubah postur tubuh anda. Ketika anda memakai kasut tumit tinggi, anda perlu berdiri tegak dengan keadaan bahu sedikit mendada. Jika tidak, anda tidak dapat mengimbangi postur badan sewaktu berdiri dengan betul, apatah lagi ketika anda berjalan. Semakin tinggi tumit, semakin penting untuk anda mengimbangi diri dalam keadaan berdiri tegak. Ini adalah satu fakta menarik yang mana jika anda berdiri tegak, otot di bahagian perut juga akan turut ditarik menjadikan postur tubuh anda lebih baik. Apabila anda mempunyai postur yang baik, anda turut akan kelihatan hebat dan lebih berkeyakinan.

white leather sandals on cabinet

Walau bagaimanapun, setiap orang mempunyai citarasa peribadi yang tersendiri. Apabila seseorang individu memakai sesuatu gaya atau perhiasan yang mereka sukai, ia memberikan impak imej diri yang lebih baik. Selari dengan itu, mereka akan lebih berkeyakinan untuk berkongsi mengenai pengalaman atau pengetahuan yang mereka pelajari kepada orang lain. 

Dengan rasa keyakinan yang hadir ini akan membuatkan anda lebih mudah untuk membuat pilihan yang baik sewaktu melakukan tugas lain. Memakai kasut tumit  tinggi yang baik akan mengubah cara anda berjalan dan gaya anda pada hari tersebut (Look for the day). Anda berjalan dengan lebih bergaya, berdiri dengan lebih tinggi, dan selalunya ia akan membuat anda berasa lebih yakin. 

Komen