5 Kebaikan Berenang Untuk Wanita
Renang merupakan satu senaman yang mendapat perhatian ramai pada zaman kini. Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina badan( sistem kardiovaskular).
Di Malaysia, terdapat banyak kolam – kolam awam yang boleh di kunjungi, kalau kita tidak pandai berenang, kolam – kolam awam ini menyediakan kelas renang kepada pelbagai lapisan umur, selain kelas renang asas, ada juga kelas untuk rehabilitasi air bagi pemulihan di dalam air daripada kecederaan seperti sakit lutut, sakit belakang, sakit sendi dan sebagainya.

Antara yang popular, anda boleh mengunjungi kolam renang di Kelab Danau UKM, Bangi, kawasan persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ataupun mahukan kolam bersaiz olimpik? Pusat sukan air Putrajaya salah satu destinasi yang boleh kita kunjungi.
Justeru, tahukah anda bahawa berenang juga memberi kebaikan buat wanita. Jadi, mari kita lihat apakah kebaikan kita perlu ketahui.
1. Turun berat badan
Berat badan yang ideal merupakan impian setiap wanita. Berenang boleh membakar lebih 500 kalori tubuh selama 1 jam. Badan memerlukan tenaga bagi melawan arus air dan menampung berat badan untuk terus bergerak di dalam air. Ia juga membantu seseorang menurunkan berat badan serta menguatkan otot di samping meningkatkkan kesihatan tubuh badan. Dengan penglibatan beberapa bahagian otot yang berbeza dan sistem kardiovaskular, berenang dapat memberikan impak yang sangat baik untuk wanita yang bercadang untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan ramping..
Jadi, jika anda ingin menurunkan berat badan tanpa mengeluarkan peluh atau malas untuk berlari, berenang adalah antara aktiviti yang paling sesuai.
2. Mencegah penuaan
Tampil awet muda dan cantik sentiasa menjadikan idaman buat setiap wanita. Pelbagai cara dan produk untuk tampak lebih menawan malah beberapa faktor persekitaran juga mengakibatkan penuaa kulit wajah. Oleh itu, melalui berenang boleh mencegah penuaan khususnya untuk kulit. Ketika badan kita berada di dalam air secara tidak langsung kulit akan menjadi lembab. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus pada kulit dan penuaan akibat usia. Wajah akan kelihatan sihat dan remaja.
3. Mengurangkan tekanan stress
Wanita sentiasa dipengaruhi oleh tekanan stress kerana emosi mahupun persekitarannya. Stress yang berpanjangan akan menghasilkan depresi dimana kita tidak dapat tanggani dan ia mampu memberi kesan buruk terhadap kesihatan. Bagaimana cara untuk kita mengurangkan stress? Caranya mudah, sentiasa berfikiran positif dan melakukan senaman renang. Kebaikan berenang selama 30 minit boleh membuatkan anda berasa relax dan kurang stress. Badan yang berendam di dalam air akan terasa lebih relax kerana air membantu mengurangkan tekanan pada sistem saraf hingga perasaan menjadi tenang dan aman. Jadi, lepaskan bebanan di bahu anda dengan berenang wahai para wanita.
4. Meningkatkan kesihatan jantung
Secara umumnya kita ketahui bahawa berenang amat baik untuk kesihtana tubuh badan kita mahupun dari segi dalaman. Dengan melakukan aktiviti rutin renang secara teratur, fungsi jantung akan bertambah baik. Jantung dapat mengepam darah dengan lancar dan baik ke seluruh tubuh badan. Hasil kajian dari Columbia University Medical Center mendapati bahawa aktiviti berenang dapat melawan risiko penyakit jantung kronik.
5. Baik untuk ibu mengandung
Pernahkah para ibu mencuba berenang ketika hamil? Berenang adalah aktiviti senaman yang aman dilakukan sepanjang kehamilan kerana risiko yang kecil bagi ibu mengandungl ataupun kandunganya. Berenang membolehkan ibu mengandung bergerak tanpa menekan sendi tubuh. Selaras dengan keadaan perut yang semakin membesar, bahu dan tulang belakang yang berubah dari posisi idealnya. Hal ini secara automatik meningkatkan beban pada punggung. Otot-otot akan menjadi lebih kuat disebabkan aktiviti berenang kerana ia melibatkan otot di lengan dan kaki. Berenang dapat mengurangkan tekanan dan kegelisahan yang dialami selama kehamilan.
Baby Center melaporkan bahawa berenang membantu wanita tidur lebih baik dan memberi kekuatan untuk wanita menghadapi cabaran mengandung. Manfaat berenang bagi wanita mampu mempengaruhi pada kesihatan mental dan fizikal. Di samping itu, dinasihatkan juga perlu mendapatkan nasihat doktor atau perlu diaawasi oleh seseorang ketika ingin berenang.
Kita ketahui pelbagai aspek kebaikan berenang untuk kesihatan tubuh badan. Jadi, marilah kita bersama-sama mempelajari asas berenang agar ia mendatangkan manfaat yang baik untuk diri sendiri dan keluarga.