Lokasi Makan Malam Romantik Di Sekitar Kuala Lumpur
Jika anda masih tercari-cari tempat makan malam romantik untuk memberi kejutan pada insan tersayang, hari ini Tajria akan kongsikan lokasi yang menarik khas untuk anda bersama pasangan! Apakah definisi makan malam romantik bagi anda? Adakah anda dan pasangan sukakan pemandangan kota yang sibuk, dikelilingi bangunan pencakar langit serta meriah dengan lampu oren di sekitar kota?
Namun pasti ada juga yang lebih gemarkan suasana yang senyap dan tenang, seakan-akan berada di hutan ditemani dengan bunyi cengkerik dan aliran air semulajadi.
Usah bimbang lagi kerana lokasi restoran-restoran ini berada di Kuala Lumpur dan sekitarnya sahaja!
Jom kita lihat restoran menarik, khas buat mereka untuk lakukan ‘candle light dinner’ bersama yang tersayang!
Fuego, Stroika Sky Dining
Fuego adalah satu restoran ekslusif yang berada di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Makanan yang ditawarkan pula lebih kepada Western, dimana anda pasti akan teruja dengan setiap gigitan daging yang dimasak sempurna oleh chef-chef disini. Menariknya disini, ruang makan di Fuego terletak di bahagian luar, dan anda dapat menyaksikan pemandangan KLCC di hadapan anda sahaja! Perfect for two!
Kos : RM 250 untuk 2 orang.
Menu : Klik sini
Subak Restoran
Buat anda yang gemarkan suasana menghijau, mempunyai lampu malap yang dapat menaikkan suasana romantis bersama pasangan, Subak Restoran adalah jawapannya. Dengan konsep seperti di Bali, anda pasti akan berasa tenang dan nyaman dengan dekorasi kayu-kayuan, serta ianya dikelilingi hutan Bukit Lanjan.
Di Subak, mereka juga menawarkan khidmat ‘candle dinner’ tau! Anda cuma perlu membuat panggilan dan menempah meja, mereka akan hias meja anda dengan taburan bunga ros serta lilin di atas meja.
Kos : RM250 untuk 2 orang.
Menu : Klik disini
Heli Lounge
Jika anda mahukan sedikit kelainan, apa kata cuba datang di Heli Lounge yang terletak di Jalan Sultan Ismail. Mengapa heli? Ini kerana lokasi ini sebelum ini adalah tempat helikopter mendarat, dan ia ditukarkan kepada satu restoan berkonsepkan ‘open dining’. Anda dapat lihat di lantai masih terdapat lambang H buat helikopter sebelum ini. Selain dapat menikmati pemandangan di Rooftop, terdapat juga live band pada malam hari untuk menghiburkan pelanggan. Makanan di sini pula lebih kepada Western ya!
Kos : RM200 untuk 2 orang.
Tamarind Spring
Terletak di Ampang, anda dan pasangan pasti akan terpukau dengan suasana tempat menghijau ini. Tamarind Spring adalah restoran yang berkonsepkan Indonesia Chinese Cuisine, anda akan berasa teruja dengan rumah-rumah tradisional, dihiasi patung batu serta lukisan tradisional. Sangat sesuai bagi mereka yang sukakan alam semulajadi! Jangan risau tentang kualiti makanan, sememangnya restoran Tamarind Spring ini sudah menerima pelbagai anugerah
kerana pencapaian mereka.
Kos : RM 200 untuk 2 orang.
Khrua Thai
Mahu makan makanan Thai dalam suasana romantik? Ajak pasangan anda untuk pergi di Khrua Thai yang terletak di One City, Subang Jaya. Menariknya di restoran ini, ia terletak di rooftop One City! Suasana di balkoni rooftop Khrua Thai dihiasi dengan pokok-pokok yang membuatkan anda dapat menikmati makanan Thai dengan suasana yang sungguh mengasyikkan! Bahan-bahan yang dimasak juga banyak diimport dari Thailand, bagi mengekalkan rasa authentic thai, rugi tidak cuba disini!
Kos : RM130 untuk 2 orang.

Mungkin pasangan anda tidak gemar lokasi yang penuh dengan orang ramai, dan lebih sukakan ketenangan. Jika mahu membuat kejutan, tanya dahulu soalan-soalan yang berkaitan. Seperti apa yang mereka teringin, suasana apa yang mereka lebih gemar. Tetapi jangan terbongkar pula rahsia anda ya! Tidak salah sekali sekali kita menghadiahkan sesuatu yang bermakna lebih-lebih lagi pada hari yang istimewa buat pasangan anda. Pasti ia akan menjadi saat dan pengalaman yang tidak dilupakan bagi pasangan anda.
Paling penting, semua restoran di atas hanyalah di sekitar Kuala Lumpur dan kawasan berdekatan, tidak perlu pergi jauh!