Kebanyakan wanita pasti pernah mengalami period pain yang teruk paling kurang sekali, kan? Sama ada pada hari pertama haid, atau sebelum datang haid. Setiap wanita pula mengalami kesakitan yang berbeza-beza, ada yang tak terlalu sakit, namun ada juga yang sampai pengsan dan tidak sedarkan diri.
Bagi yang mengalami senggugut atau period pain ini, anda akan berasa sakit di bahagian bawah perut seperti ditekan-tekan, ini kerana berlaku kontraksi di dalam rahim yang melibatkan otot kita.
Apabila kontraksi terlalu kuat, ia akan mengganggu saluran darah, seterusnya memberikan rasa ketidakselesaan yang amat perit. Selain senggugut, wanita juga sering mengalami simptom-simptom ini iaitu :
- Sakit belakang
- Sakit pinggang
- Kaki lenguh
- Mood tidak stabil
- Hilang selera makan
Hari ini Tajria akan berkongsi cara untuk mengurangkan period pain khas untuk wanita di luar sana yang mencari alternatif lain selain mengambil ubat tahan sakit.
Tukar ke pemakanan lebih sihat
Semasa hari period, seeloknya menukar diet pemakanan yang lebih sihat. Ini kerana ketika haid, badan akan menjadi lemah dan mudah terkesan dengan apa yang dimakan. Elakkan memakan makanan yang mengandungi trans fat dan lemak tepu di mana ia akan menambah kesakitan semasa period.
Soda bikorbonat, makanan tinggi sodium, serta kaffein haruslah dielakkan semasa hari period. Lebihkan sayur-sayuran hijau seperti brokoli, bayam, sawi dimana ia tinggi dengan magnesium yang mampu untuk mengurangkan kesakitan.
Tuam dengan tuala panas
Haba yang panas sangat berkesan untuk mengurangkan kesakitan semasa haid terutamanya senggugut serta sakit belakang. Ini kerana apabila anda menuam tuala panas di perut, ia akan membantu merilekskan otot serta membantu melancarkan peredarah darah, sekaligus mengurangkan kesakitan. Caranya mudah sahaja, ambil air panas dan celupkan tuala ke dalam air.
Perah hingga kering dan letakkan di atas perut. Bukan sahaja boleh dituam padaperut, malah di pinggang dan belakang badan juga boleh sekiranya bahagian itu lenguh dan sakit.
Minum teh
Untuk tips ini, anda boleh amalkan pada waktu malam sebelum tidur. Selain membantu mendapatkan tidur yang lebih nyaman, teh panas juga mampu untuk meredakan kesakitan semasa hari haid korang.
Lebih-lebih lagi selepas hari yang memenatkan, ambil apa-apa jenis teh pilihan korang dan minum sebelum tidur. Antara teh yang boleh anda cuba adalah teh halia yang dapat melegakan perut yang berangin dan kembung, atau teh peppermint yang dapat merilekskan otot rahim dan senggugut.
Urut badan
Berurut merupakan salah satu cara yang effektif untuk melegakan sakit period pain ini. Malah sengal-sengal badan, sakit otot juga dapat dikurangkan dengan mendapat urutan yang betul. Untuk suri rumah, dapatkan khidmat urutan ini dari orang yang bertauliah dan menawarkan khidmat urut secara mobile spa.
Fokuskan di bahagian bawah perut, belakang badan atau bahagian yang lenguh. Boleh juga anda campurkan sedikit minyak essential ke dalam minyak urut untuk dapat kesan yang lebih baik.
Amalkan tips-tips di atas setiap bulan sepanjang hari period terutamanya pada 3 hari pertama, pasti dapat mengurangkan kesakitan period pain yang andahadapi.
Pada ketika ini, sangat penting untuk wanita menjaga kesihatan dan badan dengan baik kerana badan lebih cenderung untuk letih dan penat. Kurangkan pulang lewat dari tempat kerja, dan sebolehnya tidur sebelum pukul 11 malam.
Jika anda tidak cukup rehat ketika waktu period, percayalah badan akan terasa sangat lesu keesokan harinya. Sungguh tak seronok kerana sedikit sebanyak ia akan mengganggu mood kita. Elakkan ya!
Sekiranya, anda mengalami sakit yang luar biasa seperti muntah-muntah, pitam dan demam, segera berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan.